Thursday, June 14, 2012

Ubah... Berubah... Perubahan VS Persepsi



simple tapi terkesan.... thumbs up, Qawiem!



Kadang-kadang kebaikan yang ingin kita lakukan tidak semuanya mendapat tentangan. Ada masa kita melalui lorong-lorong kebaikan itu tanpa ada yang menyusahkannya. Tetapi masalanya, kita tidak berani mengambil risiko dengan alasan "MULUT ORANG".

Suatu hari, si A dan si B berjalan-jalan di taman. Seketika kemudian, mereka terserempak dengan si C. Maka, berlakulah dialog seperti di bawah:-


Si A : Eh, hang ka si C? Hang nie, kalau aku tak kenai hang mesti aku ingat hang nie mesti macam geng-geng ustaz. (sebab olwayz share post status yang agak "ISLAMIC")

Si B : Ha'ah lah... Kalau aku tak kenai hang, mesti aku  ingat camtu gak... Padahal hang nie macam apa jer... Gila-gila gak.. Ahakz...

Si C : Tuhan sebaik2 penilai...


Kalau nak share post yang berunsur "ISLAMIC"....
perlu ke kena jadi warak, alim, baik giler2x dulu ke?
Apa salahnya nak share sesuatu perkara yang memberi kesan pada hati?
Tak kisah siapa orang tu...
Kalau seseorang itu sememangnya sikap dan pembawakannya baik...
well, itu sememangnya bonus...
luaran 'baik' tak semestinya dalaman juga 'baik'
luaran 'buruk' tak semestinya dalaman juga 'buruk'
Tapi.... itulah persepsi...
Mungkin, "keadaan luar" inilah yang menjadi "cerminan"

Sekadar suatu perkongsian dengan rakan aku.
Erm, begitulah adat resam manusia. Begitu banyak persepsi mereka terhadap sesuatu. Ada kalanya pro, ada kalanya kontra. Manusia sememangnya mahukan perubahan. Perubahan ke arah kebaikan adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun, perubahan itu adakalanya direncatkan oleh orang yang berada di sekelilingnya. Sikap pesimis seseorang itu, menjadikan seseorang itu hanya mahu berada di ZON SELESA. Walhal, perubahan itulah yang mungkin membawa kebaikan kepadanya kelak.
Sesungguhnya lihatlah pada apa perkara yang ingin disampaikan oleh seseorang itu, bukanlah pada luaran orang tersebut. Sukar untuk mempercayai, tapi itulah yang terbaik.


"Hati tempat jatuhnya pandangan ALLAH
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan ALLAH
Daripada pandangan manusia"



kredit utk sdr pelautrabbani & cik tikah



p/s : Satu perubahan dapat dimulakan dengan satu langkah.