Showing posts with label sastera. Show all posts
Showing posts with label sastera. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

::selamat hari raya aidiladha bersama pilihan hati::





Dup... Dap...
ku lihat tubuhmu...
ku tarik rapat tubuhmu...
lalu ku tumbangkan tubuhmu...
dirimu seakan-akan meronta-ronta...
kemudian, aku mengusap tubuhmu agar dirimu lebih tenang...
pabila perasaan diriku dan dirimu telah menjadi satu...

Aku berteriak "Pak Aji, moh kita sembelih lembu nie...!"



Salam Aidiladha...!


(kenangan korban : rasanya lepas SPM dulu kut...)


Pulanglah ke kampung masing-masing...
Selagi anda berpeluang...
Jangan sampai di suatu saat...
Tiada lagi yang menanti kepulangan kalian...

Kesyukuran Dalam Pengorbanan...



الله أكبر .. الله أكبر .. الله أكبر .. لا إله إلا الله ، الله أكبر .. الله أكبر .. ولله الحمد




p/s : sejauh mana pengorbanan kita kepada ISLAM?

Saturday, May 14, 2011

Kerana Tabung Masjid




Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu.

Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".





p/s : rizal bukan nama sebenar...he3x

Monday, January 31, 2011

Untaian Buat MESIR


Mesir,
Bila ada politik,
negara jadi kacau.
Rakyat tak tentu hala,
Jadi kacau bilau.
Mesir,
Bom sana sini,
Ada jeritan ada darah,
Tua muda kalut dan kusut,
Kanak-kanak cari ibu ayah.
Mesir,
aku aman di sini,
Doa sahaja kukirimkan ke sana,
moga kekacauan ini berakhir..
.




p/s : maher zain....
t/y : Syahrul Bariah Hamzah (moga dipermudah mengajar kelak....)

Monday, December 27, 2010

SMS Hutang





Suatu ketika, seorang lelaki mengirimkan sms kepada sahabatnya untuk meminjam wang sebagai dijadikan modal bagi menjalankan perniagaan.

SMS:
Adalah aku si polan bin si polan ingin meminjam wang sebanyak RM5,000 dan berjanji akan mengembalikan wang tersebut dalam tempoh 30 hari.


Kemudian, sahabatnya pun membalas.

SMS:
Wahai sahabatku, adakah engkau yakin bahawa engkau dapat hidup dalam tempoh 30 hari lagi? Sekiranya YA, nescaya aku akan meminjamkannya dengan serta-merta.




...
-terdiam-




P/S : erm, ringkas jer mesej yang ingin disampaikan...

Wednesday, September 23, 2009

PaNTuN RaYo MaLaYSiA...


Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita


Terengganu...

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile


Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie


Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur. ..


Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


Penang...

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq


Perlis...

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang



Salam lebaran,
Ahlan wasahlan wa marhaban bikum, kullu 'am wa antum bikhair
Sekadar ucapan raya buat semua...
Moga-moga lebaran ini membawa suatu rentetan tarbiah dari Ramadan yang lalu...
Sambutlah kemenangan ini dengan kesyukuran...

Atas dasar persaudaraan...
Kunjung-mengunjung amalan bersama...
Sambungkanlah ikatan ukhwah sesama ummah...
Bermaafan walau di mana...
Agar pemusuhan dapat dihindari
Seribu kemaafan dipohon atas kekhilafan diri...

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...!

Wednesday, June 3, 2009

Maksud Allah... Siapa yang tahu?


Salam 'alaik,
Suatu perkongsian yang dapat dijadikan sandaran kepada kita.
Moga-moga kita mengambil iktibar melalui perkongsian ini.

Di suatu zaman, ada seorang raja yang amat zalim. Hampir keseluruhan rakyat pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka dipaksa untuk menyembuhkan baginda. Namun, tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkan baginda.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya akan dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang ketika ini bukanlah musimnya untuk ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar perkhabaran ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat itu bukanlah musim ikan itu untuk muncul ke permukaan, namun dititahkan juga seluruh rakyatnya untuk mencari ikan tersebut. Aneh bin ajaib. Walaupun bukan musimnya, temyata ikan itu tersangat mudahlah untuk ditemukan. Maka, sembuhlah raja yang zalim itu daripada penyakitnya.

Di lain waktu dan di lain tempat, terdapatnya seorang raja yang amat terkenal akan kebijaksanaannya. Baginda sangat dikasihi rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana tersebut gering. Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang pada ketika ini sangat mudah didapati di permukaan laut. Lantaran itu, mereka sangat optimis bahawa raja mereka akan segera pulih seperti sediakala.

Namun, ternyata tanggapan mereka meleset. Ikan-ikan yang seharusnya mudah dijumpai di permukaan laut tiada satu pun yang tertangkap. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil ditemukan. Sehingga akhirnya, raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?"

Tuhan pun berfirman, "Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Lantaran itu, Aku membalas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!"

"Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku. Lantaran itu, Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"


Kita dapat mengambil beberapa pengajaran daripada kisah ini.

Pengajaran pertama:
Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia
ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak
diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita
apabila sedang tertimpa musibah.

Pengajaran kedua:
Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terleka. Barangkali Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pengajaran ketiga:
Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat sebarang kesalahan begitu juga sebaliknya. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan
untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pengajaran keempat:
Siapa yang tahu maksud Allah?

Wallahua'lam...



p/s : sekadar suatu perkongsian

Sunday, May 17, 2009

ExaM FeVeR...



Salam 'alaik,
Buat masa nie, aku agak busy ngan preparation utk exam...
Jd, skrng nie kena jd skema skit...
X dpt nak update blog...
Mudah-mudahan kita semua dipermudahkan atas semua ujian...

sekadar renungan....

kadang-kadang tue Allah bagi kita ujian,
bukan untuk lihat hamba-Nya dlm kesusahan...

kadang-kadang tue Allah bagi kita kesakitan,
bukan untuk lihat hamba-Nya dlm penderitaan...

kadang kadang tue Allah bagi kita kelebihan,
bukan utk kita menunjuk-nunjuk...

kadang-kadang tue Allah bg kita kekurangan,
bukan untuk kita meratapinya...

kadang-kadang tue Allah bg kita dugaan,
bukan utk kita bersedih...
tetapi ingatlah SEMUA YG BERLAKU ADA HIKMAHNHA....


p/s : gambar kat atas nie, waktu aku kat bilik study... Dah x de kojer, pening ckit.

Tuesday, March 10, 2009

Salam Maulidur Rasul




Salam Maulud.......
belajar mengenai erti syukur...
bersyukur pd orang yg menyakiti kita kerana
dialah yg menabahkan kita...

bersyukur pd orang yg menipu kita kerana...
dialah yg menambahkan pengalaman kita...

bersyukur pd orang yg x mengendahkan kita kerana...
dialah yg memupuk kita untuk berdikari...

bersyukur pd orang yg menjatuhkan kita kerana...
dialah yg menaikkan taraf kita...

bersyukur pd orang yg menfitnah kita kerana...
dialah yg menguatkan pendirian kita...

bersyukur dengan segala ujian dari-Nya kerana...
tanpa sedar, ujian-ujian tersebut dapat meningkatkan iman kita...





p/s : tit... tit... tit... satu mesej diterima. Mesej nie aku dapat daripada seorang teman. Hargai sangat dengan kata-kata nie. Moga-moga kita semua terkesan dengan nasihat nie. Sekadar berkongsi & salam maulidur rasul..!

Saturday, February 7, 2009

KeRaNA CinTa

salam,
entri kali nie aku sekadar hendak berkongsi lirik lagu....
lagu nie dah agak lama...
cuma sekadar berhibur...

penyanyi : in-team & mestica
judul : kerana cinta

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa
Merawat luka damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yg mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta …oh cinta…oh…cinta
oh cinta… kerana cinta

ulang rangkap 2 hingga 5

cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan

nak tengok klik video lagu nie?
[link]




Erm, entri kat bawah nie plak, aku pernah masukkan kat dalam blog nie...[tahun lepas]
Cuma sekadar nak refresh/recycle/re-use balik entri nie....
Maybe korang tak sempat singgah entri nie...


Tajuk : KaPeL BaNYaK MaNFaat.....?
Tarikh : 4 Jun 2008
Hari : Rabu
Link Blog : [link]



>> 1] seronok [DAPAT FITNAH] glemer tau. glemer dgn mende x baik


>> 2] seronok [DAPAT DOSA] bincang masalah masing2 macam orang dah kahwin la pulak.uhuk2!


>> 3] seronok [DAPAT GENG NGAN SYAITAN]


>> 4] dapat meluahkan masalah [ALLAH KAN ADA]..luah jangan x luah


>> 5] banyak habis duit [LEBIH BAIK GUNA UNTUK SEDEKAH] x kurang juga y habiskan duit beli prepaid & bayar bil tepon y melambung2..masuk tenet duk berjam2


>> 6] banyak risau [TAKUT AWEK KITA ORG LAIN KEBAS BERAPA KALI DAH MISS SOLAT PASAL DOK ASYIK BERDATING X PULAK RISAU ..] yups kalau solat pun macam lipas kudung sbb takut awek majuk..ihik3!


>> 7] banyak termenung & senyum sendiri [PASAL INGAT PERISTIWA RIANG NGAN AWEK..KITA SEBAGAI MUSLIM PATUTNYA BANYAK MENGINGATI MATI Y BOLEH DTG BILA2 MASA..] kadang2 muram sebab bergaduh ngan awek..padan muka!!


>> 8] lebih mengutamakan awek daripada org lain [HIDUP DALAM DUNIA SENDIRI, DYA & AWEK DYA..LAIN DAH X KISAH..] sanggup utamakan awek..serius gler bila kita terserempak dya duk dating..kita macam nak telan jer..renggang dgn kawan2 coz kapel..>>


9] menepati masa & janji [TAKUT AWEK MARAH/SAKIT ATI/MAJUK..SOLAT FARDU LEWAT X TAKUT PULAK..] fuuyo0oooo!!>>


10] lain2 lg yg memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada PAHALA.




p/s : hari untuk berkasih sayang dalam Islam bukanlah pada hari-hari yang tertentu tetapi sebenarnya setiap hari kita dituntut untuk berkasih sayang....

Saturday, January 10, 2009

Filem : IP MAN


Salam,

Baru-baru ni, aku ada menonton filem Ip Man. Well, cerita nie berkisarkan tentang kehidupan Ip Man yang merupakan seorang pengamal kung fu Wing Chun. Latar filem ini adalah ketika negara China sedang ditakluki Jepun (rasanya ketika Sino-Japanese War....pi check buku sejarah jap). Rakyat sangat menderita, pembunuhan kejam, kebuluran(akibat catuan makanan)sehinggakan bilangan penduduk telah menurun secara drastik daripada 300,000 kepada 70,000(..tak salah ar). Rakyat dipaksa bekerja sebagai buruh. Ip Man adalah ikon yang memperjuangkan hak mereka. Cerita ini mengandungi unsur patriotisme yang sangat tinggi, menekankan konsep keadilan, kasih sayang, kebebasan, serta semangat bangsa itu sendiri.

Apa yang paling menonjol di sini, iaitu, pengkhianatan terhadap bangsa itu sendiri yang membuatkan sesuatu bangsa itu jatuh. Harapkan pagar, pagar makan padi. Aku rasa filem ini memang patut korang kaji. Mesej yang disampaikan sangat jelas. Asbab sesuatu keharmonian sesuatu negara itu bergantung kepada kepaduan rakyat. Sekiranya rakyat tidak bersatu, maka sudah pastilah akan jatuhnya sesebuah negara itu.

Dari perspektif yang berbeza, aku merasakan filem-filem patriotik dari Timur ini agak berkualiti berbanding filem-filem patriotik di barat yang kebiasaannya bergantung kepada wanita-wanita cantik yang dizahirkan sebagai simbol seks semata-mata di samping lebih mementingkan keuntungan berbanding mesej yang hendak disampaikan kepada penonton. Lebih baik kita mengamalkan dasar pandang ke Timur kembali. Tambahan pula, ini adalah merupakan salah satu cara kita memboikot Barat.

Tepuk dada, tanyalah minda.
Tepuk dahi, lu fikirlah sendiri...!




p/s : Cuma sekadar berkongsi. Ingatlah, kemerdekaan itu adalah suatu nikmat. Sokonglah barangan buatan tempatan...!!!

Saturday, October 11, 2008

PiDaTo....!


"Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"

“Ayah….Ayah…. Di mana rumah kita? Ayah…. Ayah…. Di mana jiran kita? Ayah…. Ayah…. Di mana adik-adik saya? Ayah… Ayah… Di mana ayah?” Mungkin, inilah luahan hati seekor anak ular tedung selar yang telah kehilangan habitat akibat pembangunan.

Pembangunan adalah sebahagian daripada perkara yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Atas nama pembangunan, saban waktu kita melihat keadaan semula jadi di muka bumi ini terpaksa dikorbankan sedikit demi sedikit, demi apa? Demi mengejar seribu impian yang terkandung dalam istilah pembangunan.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan keadilan, semestinya, saudara penjaga masa Yang setia dengan randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam pertemuan. Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan pula membuat tarian salsa dan bukan juga mengalunkan irama pop yeh yeh akan tetapi menyampaikan pidato saya iaitu penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama. Di sini saya akan mengungkap beberapa persoalan yang bersangkutpaut dengan pelestarian alam sekitar tanggung jawab bersama.

Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, jika kita lihat tajuk pidato ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'tanggungjawab bersama'. Saya akan pecahkan tajuk saya ini kepada tiga kompenan utama. Yang pertama akan saya kupaskan punca-punca kemusnahan alam sekitar, keduanya kesan-kesan kemusnahan alam sekitar dan seterusnya mencari jalan alternatif dalam melestarikan alam sekitar. Semuanya tidak lain dan tidak bukan bertunjangkan tema penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama.

Sidang pendengar yang penuh santun,
Kompenan saya yang pertama adalah punca-punca kemusnahan alam sekitar. Kemusnahan terhadap alam sekitar terjadi angkara perbuatan manusia yang tidak mematuhi peraturan atau rang undang-undang mahupun kaedah yang selamat dalam aktiviti kehidupan seharian. Tindakan tersebut itu dikaitkan dengan sikap ingin mengaut keuntungan maksimum dan mengurangkan bebanan kos yang ditanggung. Peraturan soal kebersihan dan menjaga alam sekitar ada dibincangkan dalam kitab-kitab feqah yang menandakan amalan ini penting dalam ajaran islam. Pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak dan haloba. Kata-kata yang terlalu besar ertinya ini membuatkan saya cukup terpanggil mengajak saudara dan saudari sama-sama memikirkan alam sekitar kita.


Terdapat segelintir individu bersikap tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan yang merobek keindahan alam sekitar seperti membuang sampah, sisa toksik dan agen pencemar alam secara tidak mematuhi piawaian yang ditetap pihak kerajaan sekaligus menyebabkan keindahan alam sekitar tercabul. Tindakan buruk itu bukan sahaja menyalahi undang-undang negara, bahkan satu perbuatan berdosa di sisi agama. Ajaran Islam menegah umatnya melakukan perbuatan yang diketahui mendatangkan kesan buruk, tidak kiralah kecil atau besar sesuatu kesalahan itu. Individu yang tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu berdasarkan mana yang lebih mudah dan menguntungkan mereka. Soal keburukan dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak lain atau masyarakat tidak pula dikisahkan. Hal ini umpama jari-jari liar yang rakus menerkam mangsanya. Batu dilontar ke depan, tangan disorok ke belakang. Yang konon-kononnya terlalu sarat, terlalu berat untuk difikirkan bersama. Menyesakkan nafas orang yang melihat. Manusia…oh, manusia….oh, manusia!



Sidang pendengar yang setia,
Kita terus meneroka dengan komponen kedua saya iaitu kesan-kesan kemusnahan alam sekitar. Dipetik dari Malaysia Today, para akademik mendapati bahawa dua pertiga daripada ekosistem yang seimbang yang dikaji, telah mengalami kerosakan di tangan manusia sepanjang setengah abad yang lalu. Wilayah tanah kering di dunia, yang mewakili 41 peratus permukaan tanah di bumi, telah begitu teruk dimusnahkan, namun, di sini jugalah populasi manusia telah berkembang dengan begitu pesatnya sejak tahun 1990-an. Sepanjang 50 tahun yang lalu, manusia telah mengubah ekosistem dengan pantas dan meluas berbanding mana-mana waktu dalam sejarah manusia, kebanyakannya bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk makanan, air bersih, kayu balak serta keperluan yang lain. Seluruh akibatnya, hanya kini, kian nampak jelas. Lebih kurang 15 dari 24 ekosistem yang utama bagi kehidupan atas bumi telah mengalami kerosakan yang serius. Sebuah ekosistem ditakrifkan sebagai sebuah kompleks yang dinamik mengandungi tumbuh-tumbuhan, binatang dan mikroorganisma yang membentuk unit fungsi bersama persekitaran benda bukan hidup yang dapat wujud bersama.

Sememangnya sektor pertanian menjana pendapatan negara dan merupakan sumber pendapatan yang terpenting. Namun begitu, peningkatan nutrien buatan manusia dalam persekitaran telah membawa kepada peningkatan alga. Ini akan mengurangkan oksigen bagi hidupan akuatik dan juga menghasilkan bahan toksik yang membahayakan air untuk diminum. Hal ini disebut eutrofikasi yang disebabkan cahaya matahari tidak dapat menembusi dasar air akibat pengumpulan alga di atas permukaan air. Maka, tumbuhan akuatik tidak dapat menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan oksigen sekaligus menyebabkan hidupan akuatik di ambang kepupusan. Terumbu yang didominasi oleh batu karang kini dengan tiba-tiba berubah kepada dipenuhi alga, yang telah bertambah disebabkan bertambahnya kadar nutrien yang turun dari sumber-sumber dari darat. Banyak terumbu karang di Jamaica kini didominasi oleh alga. Sekali lagi, hidupan akuatik diancam kepupusan akibat kemusnahan habitat.

Sidang saksi yang bermisi,
Sudah banyak kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh masyarakat dunia akibat masalah pencemaran. Isu pencemaran alam merupakan masalah peringkat global yang turut melanda negara seluruh dunia. Mungkin sesebuah negara itu telah, sedang dan akan mengalami krisis ini. Kegagalan sesbuah negara menangani alam sekitar turut melepasi sempadan negara apabila kesannya turut dirasai di negara lain. Maka, sudah tentulah isu alam sekitar sering menjadi duri dalam daging hubungan dua negara yang berjiran. Sedekad lalu, masyarakat dunia heboh dengan masalah penipisan lapisan ozon. Kejadian itu selalu menjadi igauan ngeri bagi generasi kini dan akan datang. Generasi kini merupakan pencetus generasi akan datang. Lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung (UV) disebabkan pelepasan gas-gas berbahaya secara tidak terkawal. Melepaskan unsur pencemaran sememangnya tidak dapat dielakkan. Aktiviti harian manusia sudah pasti tidak lepas daripada menghasilkan bahan buangan. Kita makan dan menghasilkan najis, bekas pembalut makanan menjadi sampah, menhidupkan enjin melepaskan asap dan sebagainya.

Namun, apakah tindakan kita? Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan misteri. Kita teruskan dengan komponen ketiga saya iaitu kempen melestari alam sekitar. Sebenarnya, kempen ini bukannya bertujuan menyusahkan, membebankan mahupun melecehkan hadirin sekalian tetapi bertujuan mencari alternatif meminimumkan kesan daripada aktiviti tersebut. Sebenarnya krisis alam sekitar bukannya suatu isu yang boleh dianggap remeh. Di peringkat global, pelbagai perbincangan khusus yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi negara seluruh dunia. Deklarasi demi deklarasi telah dibuat mengenai tatacara dan usaha mengatasi masalah ini. Memang tidak dinafikan, semua pihak sedar kepentingan menjaga alam sekitar.

Bagaimanapun, perkara yang agak menyedihkan apabila negara maju yang sedia kita tahu yang sebenarnya lebih banyak menyebabkan masalah alam sekitar ini mengambil jalan mudah menunding jari terhadap negara membangun sebagai punca berlakunya masalah alam sekitar. Sebagai contoh, negara Amerika Syarikat merupakan penyebab 20% kesan rumah hijau dunia. Negara maju lebih gemar menyalahkan aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah sebagai punca masalah alam sekitar. Justeru, negara maju cuba menghalang atau memulau hasil kayu seperti perabot yang dihasilkan daripada negara membangun sebagai ugutan berlapik bagi menutup mulut negara membangun. Memang sukar untuk negara membangun menegur dan memperbetulkan sikap buruk negara maju. Maka, langkah yang mampu diambil ialah tindakan yang dilakukan di dalam negara sendiri.

Ramai yang beranggapan bahawa pencemaran secara besar-besaran sahaja boleh mencemarkan alam sekitar. Namun, hakikatnya memang berbeza seperti yang difikirkan. Saya bawakan contoh membuang puntung rokok dan kertas pembalut gula-gula juga perbuatan mencemarkan alam sekitar. Biarpun kecil, tetapi sekiranya jumlahnya berlipat kali ganda tetap mencemarkan alam sekitar. Acapkali kita lihat tempat-tempat seperti perhentian bas, tandas awam dan sebagainya kelihatan agak kotor disebabkan benda-benda kecil ini. Sebenarnya, setiap antara kita mempunyai peranan untuk melestarikan alam sekitar biarpun perkara itu dianggap remeh. Jangan disebabkan benda remeh ini, kelak membawa binasa kepada seluruh komuniti masyarakat.

Hadirin sekalin, sidang penonton penuh santun,

Harus dikejut mana yang lena
Harus ditegur mana yang alpa
Sebelum manusia ditimpa bencana
Sebelum alam mulai bicara

Jika dikaji antara flora dan fauna tidak boleh dipisahkan. Asimilasi ini bagai isi dengan kuku, bagai irama dengan lagu, bak aur dengan tebing. Oleh itu, hutan ditebang, hutan dimusnahkan, hutan diterokai untuk pembangunan sudah pastilah haiwan-haiwan akan pupus. Tidak hairanlah hadirin sekalian, jika satu hari, monyet-monyet, harimau-harimau mahupun gajah-gajah ingin berumah bersama kita. Bahkan jangan terkejut sekiranya cucu cicit kita mengatakan beruang panda itu, pokok yg tumbuh melilit di tepi pagar. Seterusnya, ledakan bom jangka ketiga ini umpama ledakan bom jangka pada generasi mendatang.

Oleh itu, hadirin, bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan anjakan paradigma dan menanamkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat, alam gemilang, hidup pasti cemerlang. Jadi, anda bayangkan andainya alam boleh berkata-kata mungkin inilah luahan rasa sebatang pokok meranti ataupun rintihan seekor semut api merah. Konklusinya, manusia yang mengancam Manusia sendirilah turut terancam. Persoalannya, untuk mengejar sesuatu kemajuan. Haruskah alam menjadi taruhan? Timbang-timbangkan agar bom jangka ini tidak terus-terusan meledak seperti ledakan tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan dan taufan Katrina dan Wilma di Amerika. Tepuk dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah sendiri. “Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, Wabillahitaufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh. Pemidato bestari, mohon permisi!


salam kepada semua teman...
ini teks pidato yang aku buat...
jadi, harap-harap korang boleh manfaatkan teks nie....
aku bukanler pemidato sekolah, jadi byk kelemahan dlm penghasilan pidato nie...
terima kasih wat member-member yang banyak membantu...
harap semua dapat berkongsi ilmu...

p/s : cintai alam sekitar....! Salam lebaran gak wat semua!





perhatian : harap tolong maklumkn kpd penulis skiranya korang nak guna pidato...
bknler niat nk mgharap balasan....
itupun sudah cukup memadai sbgi tnda apresiasi...


tp, kalau boleh tlg elakkan penggunaan pidato ini untuk assignmnt mahupun pertandingn...
editler yg mana patut...
hanya sekadar rujukan...

elakkan plagiat....
utamakan yang asli...

Friday, July 18, 2008

Lelaki Oh..... Lelaki !!!

LELAKI........


seorang LELAKI umpama,
sekuntum bunga ditaman,
segar mewangi dipelosok dunia,
setulus kasih sesuci embun.
lembut LELAKI kerana tutur katanya,
patuh LELAKI kerana setianya,
cekal LELAKI kerana beraninya,
sabar LELAKI kerana imannya.
kasih LELAKI kerana belaiannya,
lemah LELAKI kerana air matanya,
ikhlas LELAKI kerana simpatinya,
dendam LELAKI kerana cemburunya,
sayang LELAKI kerana sifat keibuannya..



p / s : setiap orang ada kelebihannya.....
cuma ada yang menyalahgunakannya.....
fikir-fikirkan..................

Friday, June 13, 2008

Kisah Nabi Nuh a.s


Dikhabarkan dalam musnad bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda, bermaksud,

"Semoga Allah merahmati saudaraku Nuh a.s. yang asal mula namanya adalah Yashkur. Akan tetapi, oleh sebab baginda sering menangisi kesalahannya, Allah (s.w.t.) mewahyukan kepada beliau, 'Oleh sebab rintihanmu, maka namamu Aku ganti dengan Nuh.' "


Para sahabat bertanya,

"Kesalahan apakah yang dilakukan Nabi Nuh sehingga menangis berpanjangan?"


Rasulullah (s.a.w) menjawab,

"Penyebabnya ialah dalam suatu perjalanan, Nabi Nuh a.s. melihat seekor anjing, lalu terdetik dalam hatinya 'alangkah buruknya anjing itu' kemudian Allah (s.w.t) memerintahkan baginda supaya menciptakan sesuatu yang lebih baik daripada itu."





Pernah tak kita terlihat sesuatu perkara, atau peristiwa atau benda yang kurang cantik fizikalnya? Ataupun, mungkin jua terdetik di hati kita untuk mengata akan keaiban seseorang?

Sebagai contoh, apabila kita melihat sesorang yang miskin dan berpakaian lusuh, terdetik dalam hati kita "Ish, teruknya orang nie atau Jijiknya.....dll".

Bagaimana manusia nak berbangga dengan diri sendiri sedangkan hukum atau asal usul kejadian manusia hanyalah bermula dari nuftah (air mani) dan akhirnya kita akan menjadi iffah (bangkai atau mayat) ?


Jadi, renungkanlah diri kita......

adakah kita nie layak nak berbangga diri?




p/s : sifat takbur adalah tercela bagi makhluk-Nya

Wednesday, June 11, 2008

AnaLiSA......tanyalah pada DIRI !!!

utk kawan2
Message: mudahan2 menyedarkan kita

Zaman skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama ............ "

Bertudung labuh ayu sentiasa,
Ikhlas atau peraturan semata;
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar

Dulu cakap ngan laki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,(especially kt Friendster,myspace,facebook...dll)
"rasa malu tu campak pi Thailand ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran bagaikan nak gila
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."




pantun nie diperoleh dari seorang teman......

kalau korang semua kaji, banyak perkara tu mungkin pernah kita lihat, rasai atau alami sendiri.
adakah kita nie merupakan salah seorang daripada golongan yang dinyatakan dalam pantun nie?
jawapannya, mungkin iya....atau mungkin jua tidak.....
cuba kita kaji diri kita.....(post-mortem ar ckit)
maka, terpulanglah bagi individu untuk menilainya....
tepuk dada, tanyalah diri!





Movie maker nie aku buat mudah-mudahan korang dapat fahami mesej melalui lirik yang ingin disampaikan... movie maker nie aku wat pendek ckit dari lagu asal....
kalau korang nak dengar lagu yang panjang......korang boleh cuba cari....
Lagu nie bertajuk "analisa" kumpulan shoutul-amal.....
walaupun kumpulan nasyid agak kurang terkenal berbanding kumpulan nasyid yang lain tapi lagu-lagu dari kumpulan nie boleh tahan gak....
Harap korang dapat hayati lagu nie....


p/s : antara lagu nasyid yang aku minat

Wednesday, June 4, 2008

KaPeL BaNYaK MaNFaat.....?


>> 1] seronok [DAPAT FITNAH] glemer tau. glemer dgn mende x baik


>> 2] seronok [DAPAT DOSA] bincang masalah masing2 macam orang dah kahwin la pulak.uhuk2!


>> 3] seronok [DAPAT GENG NGAN SYAITAN]


>> 4] dapat meluahkan masalah [ALLAH KAN ADA]..luah jangan x luah


>> 5] banyak habis duit [LEBIH BAIK GUNA UNTUK SEDEKAH] x kurang juga y habiskan duit beli prepaid & bayar bil tepon y melambung2..masuk tenet duk berjam2


>> 6] banyak risau [TAKUT AWEK KITA ORG LAIN KEBAS BERAPA KALI DAH MISS SOLAT PASAL DOK ASYIK BERDATING X PULAK RISAU ..] yups kalau solat pun macam lipas kudung sbb takut awek majuk..ihik3!


>> 7] banyak termenung & senyum sendiri [PASAL INGAT PERISTIWA RIANG NGAN AWEK..KITA SEBAGAI MUSLIM PATUTNYA BANYAK MENGINGATI MATI Y BOLEH DTG BILA2 MASA..] kadang2 muram sebab bergaduh ngan awek..padan muka!!


>> 8] lebih mengutamakan awek daripada org lain [HIDUP DALAM DUNIA SENDIRI, DYA & AWEK DYA..LAIN DAH X KISAH..] sanggup utamakan awek..serius gler bila kita terserempak dya duk dating..kita macam nak telan jer..renggang dgn kawan2 coz kapel..>>


9] menepati masa & janji [TAKUT AWEK MARAH/SAKIT ATI/MAJUK..SOLAT FARDU LEWAT X TAKUT PULAK..] fuuyo0oooo!!>>


10] lain2 lg y memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada PAHALA.




sumber : friendster group [geng tak nak kapel]

p/s : merupakan salah seorang ahli group tersebut.

Tuesday, June 3, 2008

BaRaNGKaLi

BaYAngkAn....AndA DikRitIK DenGAn hEbAt...
SEdAngKAn AndA dAh Wat sESuatU yg Hebat....
mgkin anda mahu mengalah sedangkan anda ingin melakukan. Bkan menjadi suatu kesalahan utk melakukannya tapi.... aDeR JeR ganguan.

barangkali,
aku perlu berubah
barangkali,
aku perlu bertanya
barangkali,
aku perlu membiarkan
pabila bertiup ke kanan, ke kanan ar aku
pabila bertiup ke kiri, ke kiri ar aku
mengapa ini berlaku
hanya terdapat satu jawapan
iaitu
dunia ini terlaku banyak kebarangkalian
percayalah!!!!
barangkali


p/s : sajak aku nie....