Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Aildilfitri

(pergh, pasangan sedondon....)

Salam lebaran,
Tiada grafik yang bombastik...
Tiada pantun hatta puisi yang puitis...
Tiada juga ayat-ayat yang berbunga...

Cukuplah sekadar ucapan yang ringkas :-

"Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir & Batin"

p/s : kesyukuran dalam kemeriahan

Sunday, September 5, 2010

Raya : Kesesatan Dalam Kemeriahan?



Salam lebaran,
erm, korang dah tengok iklan promo raya TV3 ....?
byk komen yang aku baca, dengar, lihat....
alhamdulillah, masih lagi ramai yang peka dengan permasalahan ini....

Apa yang salahnya dengan iklan nie?
cuba lihat pada unsur-unsur berikut:-
a) bunga teratai
b) beca
c) api
d) tulisan jawi terbalik (suatu penghinaan terhadap Islam...)
dan byk lg.....
cuba singgah mana-mana blog yg berkaitan sbgi rujukan...

Sememangnya perubahan ataupun kelainan yangg ditonjolkan boleh dilakukan. Cuma, pembaharuan yang dilakukan ini akan membawa kepada syirik. Syirik, iaitu menyekutukan Allah (S.W.T). Dan dalam konteks iklan di atas, menyamakan agama Allah dengan agama ciptaan makhlukNya. Sememangnya, tiada salahnya merayakan sesuatu perayaan kaum lain asalkan tidak melibatkan perayaan berunsur keagamaan.

Kita nie terlalu byk disogokkan dgn pelbagai bentuk cara hidup bukan Islam. Dunia menjadi dambaan manusia. Wang ringgit menjadi ukuran. Pabila pangkat, darjat dan wanita mula mengaburi manusia.

Islam itu kolot?
Islam itu agama yang sempurna. Islam itu membawa sejahtera. Dari sekecil-kecil amalan hingga sebesar-besar amalan Islam telah menggariskan suatu panduan. Mgkin terdapat segelintir yg beranggapan bahawa mungkin Islam banyak pantang larang.
Itu tak boleh..! Ini tak boleh...!
Walhal keterbatasan-keterbatasan inilah menjadikan Islam itu sempurna.

" Zaman di mana material semakin hebat, akhlak manusia semakin tenat"



“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Al-Baqarah, ayat : 256




p/s : tagline raya : kesesatan dalam kemeriahan....?

Wednesday, August 11, 2010

Himpunan Doa & Niat di Bulan Ramadhan


Niat puasa harian


Niat puasa keseluruhan bulan


Doa sepanjang tempoh berpuasa


Doa berbuka puasa




Rasulullah saw bersabda :

مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ النِّيَّةَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ .

“Barangsiapa yang tidak berniat di malam hari sebelum fajar, maka sama
sekali tidaklah puasa itu sah baginya”.

(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah, dari Hafshah)


p/s : Selamat berpuasa....!

Sunday, July 18, 2010

Muhammad Sharfuddin... Dalam Kenangan


(kenangan bersama : SBE S.K. Kepala Batas -> 8-12 Mac 2010)


Jumaat, 16 Julai 2010

Seperti kelaziman, aku akan beriadah petang. Lebih kurang jam 7 lebih, aku dimaklumkan oleh salah seorang juniorku bahawa arwah telah dimasukkan ke Hospital Jitra akibat masalah jantung.

Beberapa jam kemudian, keadaan arwah semakin serius dan terus dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beberapa housemate arwah turut bersama di sana.


Sabtu, 17 Julai 2010

Jam 3 pagi, keadaan arwah semakin kritikal. Arwah terus dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang. Arwah di bawah penjagaan rapi.

Arwah telah menjalankan pembedahan di otak. Doktor mengatakan terdapat darah beku di bahagian otak. Sebenarnya, terdapat jangkitan kuman bermula dari peparu, jantung dan seterusnya ke bahagian otak.

Jam 10.30 pagi, sewaktu bergotong-royong menurunkan khemah, roomateku meminta kami semua bersiap untuk ke hospital. Majlis bacaan yassin turut diadakan di Masjid An-Nur bagi pelajar-pelajar asrama yang tidak berkesempatan untuk pergi selepas waktu zohor.

Jam 11.45 pagi, aku dan beberapa teman terus bertolak ke hospital. Kami tiba agak lewat kira-kira jam 2.30 akibat kesesakan. Di sana, kami sempat berjumpa dengan keluarga arwah. Keluarga arwah kelihatan agak tenang. Mereka terus-terusan membaca yassin untuk arwah.

Beberapa kenalan serta pensyarah turut tiba sejurus kemudian. Kami bergilir-gilir menziarahi arwah. Keadaan arwah semakin tenat. Arwah dalam keadaan koma dan dibantu dengan alat pernafasan. Agak sayu melihat arwah terlantar di atas katil. Kelihatan rambut arwah telah pun dicukur dan terdapat beberapa kesan jahitan di kepalanya. Kami diminta untuk mengajarkan arwah mengucap. Jururawat turut memberitahu supaya memaklumkan kepada kenalan-kenalan yang lain agar segera menziarahi arwah kerana keadaannya sangat kritikal.

Kami seterusnya membaca yassin setelah solat jamak di surau hospital.


Ahad, 18 Julai 2010

Aku dapat post di facebook daripada seorang kenalan yang mengatakan arwah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 0150 pagi tadi.

7.30 pagi, pengumuman di asrama pun telah dibuat.

8.30 pagi, bas institut disediakan bagi menziarahi arwah jenazah.

Jenazah Allahyarham Muhammad Sharfuddin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid T. Gelugor, Kepala Batas, Pulau Pinang tepat jam 12.00 tengah hari tadi. Semoga rombongan rakan-rakan dari IPDA yang turut disertai oleh Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah, serta KJ HEP dapat memberi semangat kepada keluarga Allahyarham.


p/s : Harapan agar para sahabat yang mempunyai kelapangan masa untuk sama-sama menunaikan kewajipan kita sebagai muslim, satu ummah, hak allahyarham untuk dikebumikan. Kepada yang tidak berkesempatan bolehlah menunaikan solat ghaib di mana sahaja anda berada.

Insya-Allah dipermudahkan... amin ya rabbal 'ala.

Al-fatihah..

p/s :

Tuesday, June 22, 2010

Novel-Novel CInta Islami..?













Salam Mahabbah,
Erm, korang mgkn ada masalah hati ataupun masalah cinta yg x b'kesudahn?
Terutamanya cinta muda-mudi yg belum ada lg sbrg ikatan yg sah...
Apa-apa pun cinta slps alam perkahwinan merupakan cinta yg dituntut...
Entri kali nie, bukanlah nak mempersoalkan perihal cinta sblm ataupun slps kahwin. Sekadar memperkenalkan novel-novel yang boleh dijadikan teladan...
Well, aku ada dpt pndpt daripada beberapa teman serta saudara-saudara yang lain ttg buku-buku nie...
Kat bawah nie, aku listkan beberapa buku yang disarankn oleh mereka serta carian aku sendiri...:-



1. Tautan Hati (Fatimah Syarha)

2. Ayat-Ayat Cinta (Habiburahman el Syirazy)

3. Mujahid Cinta (Irwanto)

4. Pemilik Cintaku Selepas ALLAH & Rasul (Fatimah Syarha)

5. Bercinta Sampai Syurga

6. Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 (Habiburahman el Syirazy)

7. Bidadari Dari Timur (isteri tok guru Nik Aziz)

8. Aku Terima Nikahnya

9. Munajat Cinta (Taufiqurrahman al-Azizy)

10. Tarian Cinta (Sayed Kashua)

11. Tahajjud Cinta (Muhammad el Natsir)

12. Warkah Cinta Berbau Syurga (A. Ubaidillah Alias)

13. Makrifat Cinta (
Taufiqurrahman al-Azizy)

14. Mukjizat Cinta (Muhammad Masykur A.R. Rasyid)

15. Syahadat Cinta (
Taufiqurrahman al-Azizy)

16. Pemilik CIntaku Selepas Allah & Rasul

17. Pudarnya Pesona Cleopatra
(Habiburahman el Syirazy)

18. Di Jalan Dakwah Aku Menikah

19. Cinta Madinah (Abu Hasan Morad)

20. Sesegar Nailofar (Zaid Akhtar)

21. Kala Cinta & Wahyu Bersatu (A. Ubaidillah Alias)
*sambungan novel "Warkah Cinta Berbau Syurga"

22. Cinta Di Rumah (Hassan Al-banna)


p/s : kalau sesape ada lg saranan buku, maklumkanlah kat aku nie...
sekadar suatu perkongsian...

Saturday, June 19, 2010

Karikatur Penghinaan Nabi Junjungan....!


CELAKA....!
satu ungkapan yang terpacul keluar dari bibirku...

.............???
Suatu laman web yang diwujudkan khas bagi mengumpulkan karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah (S.A.W). Rentetan daripada peristiwa 20 mei, terus-terusan golongan anti-Islam ini menghentam Nabi Muhammad (S.A.W). Pelbagai bentuk karikatur telah dihasilkan dan disiarkan melalui laman web tersebut. Mungkin juga banyak lagi laman web yang sebegitu rupa. Namun, apakah tindakan kita?

Kecoh satu dunia tentang hak kebebasan media.
Adakah ini yang mereka mahukan?
Menghina, mengutuk, melemparkan fitnah kepada nabi junjugan kita?


http://muhammadture.com/



"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka..."(Al-Mujaadilah: 22)


P/S : Cuma, aku terfikir sejenak. Sejauh manakah kecintaan kita kepada KEKASIH ALLAH ?

Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Sayangnya Rasulullah kepada kepada umatnya sedangkan ketika sakratul maut datang memanggil Rasullah menyebut Ummati… Ummati… Ummati…

Monday, June 7, 2010

TAG : aku kena TAG..!




Salam 'alaik,
Erm, agak lama rasanya blog ini tidak di"tag"kan. Sebelum nie, aku pernah gak kena "tag". Tapi, disebabkan kemalasan yang sangat dahsyat...aku abaikan. (teruk tul aku nie???). Cuma, kali nie aku agak terpanggil untuk melayan tag nie. So, trimas aku ucapkan kepada saudara syafiq ridhwan melalui blognya terompah in da h0use!!. Thanks again, bro!
Actually, dia bagi awal bulan 5 ari tu. Sori bbyk..!

1. Apa yang anda buat kalau anda tahu member anda tikam dari belakang?
Erm, stakat nie xde ar plak naik main tikam belakang nie. Kalau ada pun, takde seserius mana. Btw, aku just terima jer member aku nie. Sesungguhnya, bencilah pada perangai buruknya tetapi bukan pada orangnya. Mungkin si polan tersebut boleh berubah.

2. 6 orang di hati anda?
Aiks, awat ler bagi enam. Hati aku masa kosong lagi....

3. Anda rasa anda comel?
Comel?...ahakz. Lawak bebenor kome nie....

4. Single or taken?
complicated....(menjawab x?)

5. Blog yang anda suka?
basically, banyak blog yang aku suka aku letak link kat dalam blog aku. Tapi, baru aku perasan. Semua link blog aku dah hilang. Mungkin hari tue, tersalah tekan. (astaghfirullah...sori, bbyk)

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
erm, jarang tido kat katil.... So, clean and clear jer... (lantai..oh lantai)

7. Latest text mesej?
Wazeery : Ko laki orang... (adoi, smpai hati angpa sumer x ajak aku kuar...status aku kan complicated)

8. Last phone call?
Wazeery... dia nak ajak aku kuar. Tapi, aku ada hal tadi. (Sori bebanyak...!)

9. Hari terakhir anda menanggis?
er, x sure ar...

10. List 5 warna kegemaran ?
er, semua kaler yang lembut. Mood aku sering berubah-ubah...

11. Orang terakhir anda berYm?
Muhammad Afiq... member masa sekolah menengah dulu.

12. Anda peminat MCR?
Of coz, X...!

13. Apa perasaan anda bila jawab tag ni?
Dapat mengisi masa lapang cuti semester... xde perasaan kut...

14. Anda rasa tag ni best?
Er, no komen. Apa-apa pun, terima kasih sebab menge"tag" blog aku.

15. ok TAG lagi sepuluh orang ?
adoi...senarai blog list aku dah hilang. (aku try bagi list blog yang aku follow)
  1. kayrail fareast
  2. si otakkusut
  3. amanina
  4. meeze
  5. mirauttika
  6. etuza
  7. mizzmira
  8. yazidsalikan
  9. bedtime stories
  10. didieseven

Sunday, June 6, 2010

Blog & AKU...


salam,
erm, mungkin ini bukanlah satu-satunya blog yang pernah aku buat.
dan sebenarnya, sekurang-kurangnya aku ada 4 blog....
Ada apa dengan blog?


apa blog-blog itu?

1. www.dzulagil.blogspot.com
2. www.dokupen.blogspot.com
3. www.biroakademik123.blogspot.com
4. www.sandalputih.blogspot.com


untuk apa?

1. Firstly, mestilah nak share pengalaman, kongsi perasaan & bla...bla...
2. Secondly, sememangnya tanggungjawab aku kena buat...
3. Orang lain ada blog, aku pun nak blog gak...!
4. Salah satu hobi aku.
5. Dulu aku suka baca blog, x salah if aku nak share blog aku dengan orang lain. (tul x?)
6. Whatsoever lah.....(entah ler....)

blog-blog tu masih aktif?

1. Erm, aktif. Cuma, tak seaktif dlu.
2. Blog aku yang pertama tue, aku rasa nak jadikan sebagai sesuatu yang lebih umum. Seriously, aku sayang giler blog aku yang first nie. Well, blog inilah yang membawa aku ke dunia blogger...! Harap-harap blog nie, still gerak lagi.
3. Blog yang kedua nie, aku dah serahkan kepada orang lain untuk uruskan. Bukan apa, zaman aku dah berlalu (ceh, ayat cam pasrah jer). Blog inilah aku belajar benda-benda baru bukan sahaja berbentuk duniawi tapi ukhrawi. Weh, hangpa teruskanlah perjalanan blog tue. Hargai sangat...!
4. Blog yang ketiga nie pulak, aku buat atas dasar tanggungjawab biro. Tapi, blog ini aku dah serahkan juga kepada orang lain. So, jagalah baik-baik.
5. Blog aku yang keempat nie, aku baru jer buat. Untuk apa? Saja jer. Nak buat yang agak santai. Lebih kepada cerita pasal aku... (he3x)


Selain blogspot?

Basically, aku pernah gak cuba buat blog melalui frienster, multiply, tagged, wordpress. Cuma masalahnya, macam x de potensi jer nak berkembang. Lagi satu, kadang-kadang guna wordpress macam agak susah sikit. Walhal senang jer...


Masalah berkaitan updating blog?

Masalah? For sure ada. Antaranya x lain x bukan :-
1. Penyakit M ( Malas ar, apa lagi?)





p/s : kepada kawan-kawan semua. teruskan berblog...!
sharing is caring....

Tuesday, June 1, 2010

SERANGAN ISRAEL TERHADAP KONVOI BANTUAN KEAMANAN...!


GAZA, 31 Mei (Al Jazeera) - Tentera Israel telah menyerang konvoi flotila kapal bantuan yang mempunyai sasaran untuk memecahkan pengepungan negara di Gaza.

Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban dan berpuluh-puluh orang lagi cedera ketika pihak tentera memintas dan menyekat kemaraan konvoi kapal pada pagi Isnin, menurut laporan radio Israel.

Konvoi flotila kapal tersebut diserang di perairan antarabangsa, 65km di luar pantai Gaza.

Visual daripada kapal yang mengetuai konvoi flotila, Mavi Marmara, menunjukkan tentera Israel yang bersenjata menaiki kapal dan helikopter terbang di atasnya.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal, yang berada di atas kapal Mavi Marmara, mengatakan tentera Israel telah menggunakan peluru hidup sepanjang operasi serangan.

Tentera Israel berkata empat tentera mengalami kecederaan, dan menyatakan tenteranya melepaskan tembakan selepas penunjuk perasaan di atas kapal menyerang staf tentera laut IDF dengan tembakan peluru hidup dan senjata ringan termasuk pisau dan belantan.

Walau bagaimanapun, Gerakan Pembebasan Gaza yang menjadi penganjur konvoi flotila mengatakan tentera melepaskan tembakan sejurus mereka menyerang kapal.

Campur tangan Israel

Sebelum serangan, Tentera Laut Israel telah menghubungi kapten kapal Mavi Marmara, meminta beliau untuk memberitahu identiti dan lokasi kapal itu akan pergi.

Tidak lama selepas itu, dua kapal angkatan laut Israel menghimpit konvoi flotila di kedua-dua sisi dari jauh.

Penganjur konvoi flotila yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan kemudiannya mengalihkan laluan kapal mereka dan memperlahankannya bagi mengelakkan konfrontasi pada waktu malam.

Mereka juga mengeluarkan kesemua jaket keselamatan penumpang dan meminta mereka untuk terus berada di bawah dek kapal.

Ayman Mohyeldin daripada Al-Jazeera, melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu amat mengejutkan.

"Semua imej yang dipaparkan daripada para aktivis yang berada di atas kapal-kapal tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah orang awam dan dalam keadaan aman, dengan bekalan perubatan di atas kapal. Perkara ini akan mengejutkan banyak pihak di dalam komuniti antarabangsa untuk mempelajari tentang perkara apa yang mungkin boleh menyebabkan konfrontasi sedemikian", katanya.

Sementara itu, polis Israel telah berada dalam keadaan bersiap sedia di semua kawasannya untuk mengelakkan gangguan awam.

Protes

Banyak pihak telah segera mengutuk tindakan Israel.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, secara rasmi mengumumkan tiga hari berkabung di atas kematian pada hari Isnin.

Ribuan penunjuk perasaan Turki cuba menggempur konsulat Israel di Istanbul selepas berita operasi serangan tersebar luas. Para penunjuk perasaan berteriak "Israel celaka" sementara pihak polis menghalang mereka.

Turki juga dilaporkan telah memanggil Duta Besar Israel bagi mengutarakan protes.

"(Sekatan pada konvoi itu) tidak boleh diterima ... Israel harus menanggung akibat daripada tindakan ini", kata kementerian luar negara Turki dalam satu kenyataan.

Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas di Gaza, juga mengatakan tindakan Israel sebagai tindakan "kejam".

Ratusan aktivis pro-Palestin, termasuk seorang pemenang Nobel dan beberapa ahli majlis undangan Eropah, bersama di dalam konvoi flotila tersebut, bermatlamat untuk tiba di Gaza yang bertentangan dengan sekatan Israel.

Tetapi Israel telah mengatakan mereka tidak akan membenarkan konvoi flotila kapal untuk sampai ke Jalur Gaza dan berjanji untuk menghentikan enam kapal lagi daripada sampai ke pantai wilayah Palestin.

Konvoi flotila bantuan mula belayar dari pelabuhan di Cyprus pada hari Ahad dan menyasarkan untuk sampai ke Gaza pada pagi Isnin.

Israel memberitahu, kapal-kapal konvoi memulakan "tindakan provokasi" terhadap tentera Israel dan bukannya memberikan bantuan, lalu waran dikeluarkan untuk melarang mereka masuk ke Gaza.

Mereka menegaskan bahawa konvoi flotila bantuan akan menyalahi undang-undang antarabangsa dengan mendarat di Gaza dan dakwaan ini ditolak oleh pihak penganjur konvoi.

*P/S :
sumber :http://wajah-ummah.blogspot.com/2010/05/israel-serang-konvoi-kapal-bantuan-ke.html

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari IBU..!


Salam 'alaik,
Erm, inginku memberitahu perkhabaran buat semua...
Inilah ibuku.... Inilah ibuku.... Inilah ibuku
Tiada siapa yang mampu menggubahnya...!
-noktah-
Selamat Hari Ibu...!