Monday, January 31, 2011

Untaian Buat MESIR


Mesir,
Bila ada politik,
negara jadi kacau.
Rakyat tak tentu hala,
Jadi kacau bilau.
Mesir,
Bom sana sini,
Ada jeritan ada darah,
Tua muda kalut dan kusut,
Kanak-kanak cari ibu ayah.
Mesir,
aku aman di sini,
Doa sahaja kukirimkan ke sana,
moga kekacauan ini berakhir..
.




p/s : maher zain....
t/y : Syahrul Bariah Hamzah (moga dipermudah mengajar kelak....)

Monday, December 27, 2010

SMS Hutang





Suatu ketika, seorang lelaki mengirimkan sms kepada sahabatnya untuk meminjam wang sebagai dijadikan modal bagi menjalankan perniagaan.

SMS:
Adalah aku si polan bin si polan ingin meminjam wang sebanyak RM5,000 dan berjanji akan mengembalikan wang tersebut dalam tempoh 30 hari.


Kemudian, sahabatnya pun membalas.

SMS:
Wahai sahabatku, adakah engkau yakin bahawa engkau dapat hidup dalam tempoh 30 hari lagi? Sekiranya YA, nescaya aku akan meminjamkannya dengan serta-merta.




...
-terdiam-




P/S : erm, ringkas jer mesej yang ingin disampaikan...

Saturday, December 4, 2010

Stesen TV Terbaru di MALAYSIA - ALHIJRAH



Salam maal hijrah,

Stesen televisyen baru bercorak Islam, TV ALHIJRAH yang mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, telah pun menemui penonton mulai 1 Disember yang lalu.
TV ALHIJRAH ini akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Muharam 1432M / 7 Disember 2010H.
Selamat menonton...!


"SEGALANYA BERMULA DI SINI"



Berikut merupakan liputan frekuensi mengikut negeri :-

Liputan Saluran

Saluran UHF

Frekuensi (MHz)

Lembah Klang

CH 55

743.25

Terengganu

CH 41

631.25

Johor

CH 40

623.25

Sabah

CH 37

599.25

Sarawak

CH 37

599.25



layari laman web [TV ALHIRJAH]





p/s : erm, belum dapat siaran lagi.....
so, x dapat ler nak bagi 'review'...
Maal Hijrah... 2 Hari Lagi...!

Thursday, December 2, 2010

Ajal, Mati Maut & Nyawa .....



Assalamualaikum wbt,
Mesti korang pernah dengar ayat nie, kan?
Sesungguhnya tiap-tiap yang hidup pasti menemui ajalnya.
Ajal tidak mengenal usia, jantina, pangkat mahupun tempat...
Benar bukan?
Cuma waktunya hanya Allah yang lebih mengetahui...
Maka, gunakanlah waktumu itu dengan sebaiknya dengan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Kalau korang hafal lagu raihan mesti korang ingat....

1. muda sebelum tua
2. sihat sebelum sakit
3. kaya sebelum miskin
4. lapang sebelum sempit
5. hidup sebelum mati


Aiseh 5 perkara jer...?
Kacang beb...!
Walaupun kita hanya diminta untuk mengingati 5 perkara tersebut, namun ternyata agak sukar bagi segelintir individu. Kita mudah alpa dengan masa "MUDA" kita. Kita jarang bersyukur dengan ke"SIHAT"an kita. Kita kadang-kala kufur nikmat dengan ke"KAYA"an yang dimiliki. Kita juga sering mengisi waktu "LAPANG" kita di depan TV mahupun LAPTOP. Dan kita seringkali jua terlupa bahawa saat "AJAL" kita bakal dijemput.


Erm,
Sebagai suatu motivasi, teringat plak kata-kata seorang hukama'.
Andainya kamu ingin melakukan dosa, pastikan kamu berada dalam 4 perkara ini, iaitu:-

1. Kamu melakukan dosa tersebut di sebuah tempat yang tidak dapat dilihat oleh ALLAH S.W.T.
2. Kamu melakukan dosa tersebut di sebuah tempat yang bukan dimiliki ALLAH S.W.T.
3. Kamu makan dan minum bukan daripada sumber atau rezeki yang dikurniakan ALLAH S.W.T.
4. Apabila sampai saat kamu didatangi malaikat Izrail untuk mencabut nyawa kamu, kamu mampu memohon penangguhan dari ALLAH S.W.T. agar kamu sempat berbuat baik dan bertaubat.


Ayuh, tetap beristiqamah... terus berusaha untuk memperbaiki diri dan saling mengingatkan dengan kebenaran dan kesabaran.
Renung-renung dan selamat beramal....!




p/s : sekadar suatu peringatan kepada diri dan juga orang lain.

Wednesday, November 24, 2010

" Exam-Sickness "




Salam imtihan,
exam, oh exam....
Alhamdulillah, aku baru jer abih menghadapi simptom-simptom "exam-sickness". Kali nie, sekadar perkongsian simptom-simptom yg aku pernah hadapi especially masa musim exam yang lepas. Kepada yang tengah or bakal menghadapi exam, all the best guys...!
erm, adakah anda pernah mengalami simptom-simptom ini?


1. Meja, lantai & katil penuh dengan nota & alat tulis. Seriously, masa tue confirm bilik bersepah macam tongkang pecah.

2. Home-sick melanda diri. Hari-hari counting day untuk balik jer. Padahal masa free dulu x pernah pun nak jenguk kampung halaman.

3. Macam-macam plan nak buat lepas exam. Study x ke mana, tapi otak duk pikir nak enjoy jer.

4. Nota akan dibawa ke mana-mana. Sama ada kat dewan makan, padang, atas motor or ke mana sahaja yang korang pi. Nasib baik, dalam tandas x bawa.

5. Masa tu ler dalam hati cakap, "eh... sejak biler aku belajar benda nie? lecturer ada ajar ke?". Tu ler, dalam kelas duk tido jer...

6. Ada jer benda lain nak buat except STUDY. Contohnya, layan fb, tgk citer korea, main online-game, pi jenjalan kat pekan hatta pi karaoke.

7. Masa tuler rasa macam 24 jam tu tak mencukupi. Setiap malam asyik stay-up. Last-last, kantoi bangun pukul 1. Berbaloi ke?

8. Lastly, rasa malas lagi banyak daripada rajin.





p/s : sori, bahasa aku berterabur ckit...







Kepada calon-calon SPM 2010, di bawah nie ada disertakan 'link' jadual peperiksaan korang:-


Tuesday, November 23, 2010

Pelajar Meninggal Dunia Sejurus Sebelum SPM Bermula



KULAIJAYA, 23 Nov (Bernama) - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika sesi taklimat sejurus sebelum mula menduduki peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, dekat Ledang di Muar, hari ini.

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran berkata Hazizul Hasah, 17, telah mengadu sukar bernafas kepada pengawas peperiksaan sebelum dibawa keluar dari dewan peperiksaan dan ditempatkan di bilik rehat.

"Pihak pentadbiran sekolah menghubungi ambulans, bagaimanapun, pelajar lelaki itu disahkan sudah meninggal dunia selepas 10 minit pegawai perubatan tiba di sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat calon SPM Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura pada hari Selasa.

Peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bermula hari ini.

Markom berkata Hazizul dipercayai menghidap penyakit jantung.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Hazizul.

Di Kluang, seorang lagi calon SPM meninggal dunia pada 4 petang semalam akibat penyakit buah pinggang.

Mohd Fazli Yusop, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belitong, dekat Kluang, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan dialisis di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu.

Markom berkata seramai 56,203 calon SPM dari 243 sekolah di Johor menduduki SPM kali ini.




p/s : salam takziah buat keluarga arwah masing-masing.
Moga-moga dipermudah.
Al-Fatihah....

Saturday, November 13, 2010

JSU MTE 3107 (2010)

"Usaha Tangga Kejayaan"
(kenangan sbe : Sek Keb. Titi Serong, Parit Buntar)




Salam imtihan,

sekadar berkongsi JSU MTE 3107.

PISMP - Semester 4

Moga-moga dpt membantu kalian semua...


Objektif-

rangkuman semua topik


Struktur -

Q1 - Planning Mathematics Lesson (bab 1)

Q2 - Mathematics Teaching Methods and Techniques (bab 2)

Q3 - Mathematical Knowledge of Teaching (bab 4)

Q4 - Enhancing Learning Mathematics (bab 5)


Esei -

Mathematics Teaching Methods and Techniques (bab 2)

Learning Mathematics (bab 3)

Enhancing Learning Mathematics (bab 5)




p/s : erm, teruskan perjuangan kalian...

moga dipermudah...

Saturday, October 23, 2010

Facebook .... Oh, Facebook...!




Salam 'alaik,
Wah, hampir sebulan lebih blog ini tidak ter"update". Seperti yang pernah dinyatakan dalam entri sebelum ini, faktor penyakit "M" merupakan salah satu penyumbang utama ke"tidakdapat"an untuk meng"update"kan blog. Entri kali ini, hanya sekadar pemanas badan.

Laptop, lappy, notebook ataupun bahasa skemanya komputer riba sememangnya merupakan benda yang "wajib" ada bagi kebanyakan rakayat Malaysia khususnya generasi-Y kini. Dari siang hingga ke malam, mengadap lappy merupakan trenda terkini bagi kebanyakan mat-mat belia. Dan menjadi suatu kemestian seseorang itu untuk melayari "FACEBOOK". Apa yang bestnyer pasal fb nie? Namun, aku pun salah seorang pengguna fb. (Ops, ter"promote" plak....)

Adakah anda pengguna fb yang tegar lagi pelik?


Situasi 1:
Bangun pagi-pagi, buka FACEBOOK.
Yang peliknya, "FACE" mengangguk-angguk ke"mengantuk"kan.

Situasi 2:
Ibu berkata, "Amir, dah baca buku ke belum? Lantas, Amir menjawab, "Erm, tengah baca "BUKU" ler nie."
Yang peliknya "facebook" bukanlah sejenis "buku".

Situasi 3:
Status: "Weh, kucing aku tengah makan...!" "Hari ini aku nak pakai seluar kaler apa erk?". Erm, kecoh satu dunia tentang perkara yang remeh lagi temeh.
Yang peliknya, ramai ke yang nak tahu pasal status korang tu?

Situasi 4:
Gambar yang penuh ber"tagged". Termasuklah gambar waktu muda-muda dulu, gambar percutian, gambar perkahwinan, konvokesyen dan macam-macam lagi.
Yang peliknya, muka orang yang takde dalam gambar tu pun ada yang kena "tagged". Aduyai...! Lagi pelik, gambar longkang tepi jalan pun ada yang kena tagged. Adakah muka orang tu macam longkang ke....?

Situasi 5:
Status relationship korang yang sentiasa berubah-ubah. Hari ini, dia kata "single".
Yang peliknya, esok "married". Beberapa saat kemudian, "widowed" plak. Lagi pelik, kalau yang "complicated", entahler...

SItuasi 6:
Setiap akaun facebook memerlukan seseorang meletakkan nama masing-masing. Tak kisah ler nama korang macam "Fernando Torres", "Bujang bin Duda" hatta "Kassim Selamat" sekalipun.
Yang peliknya, patut ke letak nama "Aku sebatang pensel" ataupun "Aku yang tidak bernama"....? Baik tak payah letak langsung...!

Dan banyak lagi...









p/s : gunakanlah teknologi sebaik mungkin....

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Aildilfitri

(pergh, pasangan sedondon....)

Salam lebaran,
Tiada grafik yang bombastik...
Tiada pantun hatta puisi yang puitis...
Tiada juga ayat-ayat yang berbunga...

Cukuplah sekadar ucapan yang ringkas :-

"Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir & Batin"

p/s : kesyukuran dalam kemeriahan

Sunday, September 5, 2010

Raya : Kesesatan Dalam Kemeriahan?



Salam lebaran,
erm, korang dah tengok iklan promo raya TV3 ....?
byk komen yang aku baca, dengar, lihat....
alhamdulillah, masih lagi ramai yang peka dengan permasalahan ini....

Apa yang salahnya dengan iklan nie?
cuba lihat pada unsur-unsur berikut:-
a) bunga teratai
b) beca
c) api
d) tulisan jawi terbalik (suatu penghinaan terhadap Islam...)
dan byk lg.....
cuba singgah mana-mana blog yg berkaitan sbgi rujukan...

Sememangnya perubahan ataupun kelainan yangg ditonjolkan boleh dilakukan. Cuma, pembaharuan yang dilakukan ini akan membawa kepada syirik. Syirik, iaitu menyekutukan Allah (S.W.T). Dan dalam konteks iklan di atas, menyamakan agama Allah dengan agama ciptaan makhlukNya. Sememangnya, tiada salahnya merayakan sesuatu perayaan kaum lain asalkan tidak melibatkan perayaan berunsur keagamaan.

Kita nie terlalu byk disogokkan dgn pelbagai bentuk cara hidup bukan Islam. Dunia menjadi dambaan manusia. Wang ringgit menjadi ukuran. Pabila pangkat, darjat dan wanita mula mengaburi manusia.

Islam itu kolot?
Islam itu agama yang sempurna. Islam itu membawa sejahtera. Dari sekecil-kecil amalan hingga sebesar-besar amalan Islam telah menggariskan suatu panduan. Mgkin terdapat segelintir yg beranggapan bahawa mungkin Islam banyak pantang larang.
Itu tak boleh..! Ini tak boleh...!
Walhal keterbatasan-keterbatasan inilah menjadikan Islam itu sempurna.

" Zaman di mana material semakin hebat, akhlak manusia semakin tenat"



“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Al-Baqarah, ayat : 256




p/s : tagline raya : kesesatan dalam kemeriahan....?