Monday, June 27, 2011

Adab Tidur



Salam 'alaik,

Tidur merupakan suatu keperluan manusia. Tidak lengkap rutin manusia itu tanpa tidur. Namun begitu, adalah lebih cantik lagi andai tidur kita ini dihiasi dengan adab tidur yang bersesuaian. Entri kali ini lebih berkisar kepada adab-adab tidur yang boleh kita amalkan.


1. Jangan Terlalu Kenyang—Mulai dari waktu mengadap hidangan makan malam. Jangan makan terlalu kenyang kerana perut yang penuh juga tidak elok untuk kesihatan. Perut yang kenyang akan menyebabkan cepat berasa mengantuk dan susah untuk bangun tidur.


2. Berwuduk—Gosoklah gigi selepas makan atau sebelum masuk tidur. Biasakan diri mengambil air sembahyang sebelum tidur kerana malaikat menyukai orang yang selalu berwuduk.


3. Mengingati Kesilapan—Sebelum meletakkan kepala ke tempat tidur, cuba ingat-ingatkan semula apa yang telah dilakukan sepanjang harian sejak awal pagi tadi. Kalau banyak perkara yang baik, berazamlah untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik itu. Tetapi kalau banyak perkara yang tidak baik, berazamlah untuk tidak mengulangi lagi. Beristigfarlah memohon keampunan dari Allah.


4. Mahu Bangun Awal— Kalau masih ada waktu, luangkan sedikit masa membaca sebaris dua ayat-ayat Al-Quran. Atau memadai membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas. Digalakkan membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil niatkan di dalam hati mahu bangun awal.


5. Membaca Doa— Sampai masa melelapkan mata, bacalah doa ini terlebih dahulu: Maksudnya: "Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati." Tidurlah dengan mengiring ke kanan dan seeloknya menghadapkan muka ke kiblat.


6. Bangun Pagi—Jika terjaga di tengah malam, ucapkanlah istigfar atau memuji kebesaran Allah. Setelah terjaga pada waktu paginya bacalah pula doa: Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. Kepada-Nya kami akan dibangkitkan."


7. Niat Yang Baik– Tanamkan dalam hati untuk melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu atau lebih baik daripada semalam. Niat yang baik juga dinilai sebagai amal kebajikan di sisi Allah.



p/s : kemanisan sesuatu perbuatan akan bertambah manis jika disertai dengan adab-adabnya...

4 comments:

Nurrul Hazieqah said...

mintak share dear :)

Lia Irdelia said...

indahnya jika dapat diamalkan semuanya secara berterusan.. :)

DzuLagiL said...

to Lia Irdelia: yeah, bersama kita berusaha utk mnjd lebih baik...!

DzuLagiL said...

ღ nurrul ღ : silakan...
tp, buatler link...