caption : ketika sessi p&p
Salam 'alaik,
Cuti persekolahan sudah pun bermula. Tahniah jua kepada murid-murid Tahun 6 yang baru sahaja mengambil keputusan UPSR. Kepada yang kurang berjaya, anggaplah ianya sbagai satu permulaan awal bagi meneruskan kejayaan masa hadapan. Ingat:-
"kegagalan merupakan kajayaan yang tertangguh!"
Alhamdulillah, SK Seri Banai telah berjaya melahirkan seorang murid yang mendapat 5 A's. Berbanding rekod tahun sebelum ini, tiada seorang pun yang mendapat keputusan straight A's. Syabas!
Erm, apa kaitan aku dengan sekolah ini?
Haha...sebenarnya, aku pernah mengajar di sini. Walaupun tidak menyumbang banyak, namun, layanan yang diberikan menyebabkan aku merasakan seakan-akan aku juga sebahagian daripada sekolah ini. Bukan sahaja murid, keseluruhan warga SKSB.
Terima kasih, semua!
Mengajar di sekolah sama ada di bandar, luar bandar mahupun di pedalaman mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Jika lihat trenda sekarang, kebanyakan sekolah yang berjaya rata-ratanya sekolah-sekolah di bandar. Memang tidak dinafikan, ada juga sekolah luar bandar yang berjaya tapi itu semua hanyalah sebilangan minoriti. Apatah lagi jika kita menerokai ke dalam sekolah-sekolah di pedalaman baik di semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.
Sepanjang aku mengajar di SKSB ini, permasalahan yang dihadapi oleh sekolah ini adalah masalah mentaliti. Mentaliti ini saling berkaitan antara semua pihak baik dari pihak sekolah, murid dan juga masyarakat. Semangat belajar murid sangat rendah. Kebanyakan murid terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Rata-rata ibu bapa mereka bekerja sebagai penoreh getah, pesawah padi, berniaga secara kecil-kecilan mahupun pekerja buruh kuari. Sememangnya, harapan ibu bapa mahukan anaknya berjaya. Namun, disebabkan faktor ekonomi keluarga, beberapa keperluan anak-anak tidak dapat dipenuhi.
Di samping itu, masalah dalaman keluarga juga mempengaruhi pencapaian murid. Hasil temu-bual para guru, perbualan bersama murid serta soal selidik maklumat murid mendapati murid yang berprestasi rendah merupakan murid yang mempunyai masalah keluarga di rumah. Kadangkala, masalah ini dianggap agak terpencil. Sekiranya, tiada tindakan yang sewajarnya diambil sudah pastilah masalah ini semakin parah.
"CIkgu... cikgu... dah lama mak ngan bapak saya bercerai. Sekarang ni, saya duk kat umah opah...."
"CIkgu... cikgu... dah lama mak ngan bapak saya bercerai. Sekarang ni, saya duk kat umah opah...."
"Hari itu, ibu saya lari ngan laki lain. Betul, tak tipu cikgu. Itu yang ayah saya bagitahu..."
"Dulu, saya duk ngan pak saya. La ni, saya duk ngan mak saya.... Baru tahun ni saya masuk sekolah..."
"Dulu, saya duk ngan pak saya. La ni, saya duk ngan mak saya.... Baru tahun ni saya masuk sekolah..."
Kadang-kadang aku terfikir, "Aiks, ingatkan cerita dongeng jer. Rupa-rupanya berlaku gak kat dalam kalangan masyarakat kita nie." Bersyukur sangat aku berada dalam keluarga yang bahagia.."
Sebagai murid yang bersekolah, mereka seharusnya diberi pengetahuan dan kesedaran tetang tanggungjawabnya yang perlu dibereskan. Kesediaan ini akan membina keyakinan diri mereka untuk menghadapi alam persekolahan yang semakin mencabar. Sebaik-baiknya, kita semua perlu memberi peluang yang sewajarnya kepada mereka. Terdapat segelintir guru, yang mengabaikan murid-murid yang lemah ini. Sekiranya mereka tidak diberi peluang, bagaimana mereka mahu memajukan diri mereka? Siapa kita untuk menghalang mereka?
Wahai guru, berilah mereka peluang. Didiklah mereka dengan sebaiknya sebagaimana kita mendidik anak kita. Walau sehebat manapun guru itu, mereka tetap memerlukan guru lain untuk mengajar anak mereka. Jika kita mendidik murid-murid yang lemah ini hanya sekadar ala kadar, adakah anda mahu guru lain mengajar anak anda sebegitu?
video : persembahan koir aku... :)
p/s : sekadar suatu luahan seorang insan bergelar guru.
8 comments:
DMDMDMDMDMD
Kesian kan minda anak-anak dicemari dari kecik lagi. pada usia semuda itu mereka tak perlu tahu apa dia perceraian... apa dia lelaki lain selain bapa... ish aku ni terlebih sudah.
Tahniah yang berjaya disekolah anda :)
teringat masa jadi cikgu ganti :-))
SERONOK ..
pada awalnya memang kata "EEE .. MALAS AKU JADI CIKGU" .. tapi bila dah jadi wpun cikgu ganti ... seronok bukan kepalang lagi ... :-)
guru memainkan peranan utama...skg ni bnyk guru jadi guru makan gaji saja.
to HUSAINIHISYAM :HhHhHhHhHhHh... ish3x
to EmpayarUtama : bersama mendidik generasi di masa hadapan.... terima kasih!
to mR. aSLaN : haha...selamat memimpin dan mendidik!
to orang muo : erm, harap2 dapat menjadi pendidik yg baik
teringat masa sekolah rendah dulu, nama cikgu saya 'cik misalamah'. org slalu ejek name dia cikgu nasi lemak. ape yang baik pada cikgu ni ialah, dia selalu membimbing anak2 muridnya yang lemah, tidak diabaikan. ni citer 15 taun dulu. zaman sekarang ada juga cikgu yg low mentaliti. contohnyer mempersendakan nama saya,,,, ermmm sebabbnyer saya muslim, tp nama saya ni tidak seperti nama muslim, kedengaran seperti nama jepun, depan2 kelas cikgu ni ckp 'mak bapak awak dah takde name lain ke nak letak', kasarkan caranyer. sy tak hormat cikgu mcm ni sbb tak professional.
Selalu berkunjung sobat :)
Klik 4information y gan :)
http://4share-information.blogspot.com
Komentar di tunggu sobat
Jangan Follow lupa follow jga :) ( follow back )
Sesama blogger lebih baik saling sapa Dan saling memper erat blogger Indonesia
Salam blogger Indonesia
to Pink Diary : wah, perkongsian yang menarik. Anggaplah semua tu asam garam kehidupan... x pa lah, harap-harap hari ini lebih baik daripada semalam. Guru tetap guru, tanpa mereka siapa kita....
to anime lover : lam kenal yach! selamat berblogging
Post a Comment