Friday, October 28, 2011
Pertandingan Nasyid @ Ipda
Kerjasama rakan serumah membuahkan hasil....
Syukur....Alhamdulillah...
*soriler audio kurang memuaskan....
terima kasih kepada hp Anwari
p/s : sekadar perkongsian kegembiraan.....
Monday, June 27, 2011
Adab Tidur

Salam 'alaik,
Tidur merupakan suatu keperluan manusia. Tidak lengkap rutin manusia itu tanpa tidur. Namun begitu, adalah lebih cantik lagi andai tidur kita ini dihiasi dengan adab tidur yang bersesuaian. Entri kali ini lebih berkisar kepada adab-adab tidur yang boleh kita amalkan.
1. Jangan Terlalu Kenyang—Mulai dari waktu mengadap hidangan makan malam. Jangan makan terlalu kenyang kerana perut yang penuh juga tidak elok untuk kesihatan. Perut yang kenyang akan menyebabkan cepat berasa mengantuk dan susah untuk bangun tidur.
2. Berwuduk—Gosoklah gigi selepas makan atau sebelum masuk tidur. Biasakan diri mengambil air sembahyang sebelum tidur kerana malaikat menyukai orang yang selalu berwuduk.
3. Mengingati Kesilapan—Sebelum meletakkan kepala ke tempat tidur, cuba ingat-ingatkan semula apa yang telah dilakukan sepanjang harian sejak awal pagi tadi. Kalau banyak perkara yang baik, berazamlah untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik itu. Tetapi kalau banyak perkara yang tidak baik, berazamlah untuk tidak mengulangi lagi. Beristigfarlah memohon keampunan dari Allah.
4. Mahu Bangun Awal— Kalau masih ada waktu, luangkan sedikit masa membaca sebaris dua ayat-ayat Al-Quran. Atau memadai membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas. Digalakkan membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil niatkan di dalam hati mahu bangun awal.
5. Membaca Doa— Sampai masa melelapkan mata, bacalah doa ini terlebih dahulu: Maksudnya: "Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati." Tidurlah dengan mengiring ke kanan dan seeloknya menghadapkan muka ke kiblat.
6. Bangun Pagi—Jika terjaga di tengah malam, ucapkanlah istigfar atau memuji kebesaran Allah. Setelah terjaga pada waktu paginya bacalah pula doa: Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. Kepada-Nya kami akan dibangkitkan."
7. Niat Yang Baik– Tanamkan dalam hati untuk melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu atau lebih baik daripada semalam. Niat yang baik juga dinilai sebagai amal kebajikan di sisi Allah.
p/s : kemanisan sesuatu perbuatan akan bertambah manis jika disertai dengan adab-adabnya...
Tuesday, May 17, 2011
Selamat Hari Guru 2011

Salam buat teman seperjuangan...!
"Sgt mulia kerja kita... tapi kita sering dikata berkira...
Sibuknya kita... sering dikata tiada kerja...
Pntnya kita mndidik anak bangsa... sring disebut guru kini tersgtlh manja...
Tetapi kita ttp seorang guru yg setia...
Teruskanlah perjuangan yg mulia ini...
Ikhlaskanlah hati walau apa yg dikata...
Ingatlah bahawa keredhaan Ilahi itulah yg dicari & kekal abadi"
- luahan seorang guru -
p/s : teruskan mendidik dan memimpin...!
Saturday, May 14, 2011
Kerana Tabung Masjid

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu.
Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".
p/s : rizal bukan nama sebenar...he3x
Monday, February 7, 2011
Kenaikan Cukai Perkhidmatan 6%

Salam 'alaik,
Sekadar suatu perkongsian. Ramai yang sedar dan ramai juga mungkin tidak sedar tentang kenaikan tarif cukai perkhidmatan yang dikuatkuasakan mulai 1 JANUARI 2011 yang lalu.
Kadar cukai perkhidmatan ini dinaikan daripada 5% kepada 6%.
ALASAN:
1. Bagi mengkaji semula kadar cukai perkhidmatan sedia ada.
2. Menjana hasil cukai tambahan untuk pembangunan negara.
Memang tidak dinafikan kerasionalan alasan tersebut. Namun begitu, kerajaan perlu prihatin kepada bebanan yang ditanggung oleh rakyat. Seharusnya, kerajaan perlu mencari jalan alternatif yang terbaik bagi menampung perbelanjaan dan bukannya menggunakan pendekatan menaikkan cukai perkhidmatan. Rentetan peristiwa ini sudah pasti akan merancakkan lagi kenaikan harga barangan yang lain.
Dalam suasana kenaikan harga barangan yang menjadi-jadi termasuklah kenaikan harga minyak yang diumumkan baru-baru ini sudah pasti hanya akan MEMBEBANKAN RAKYAT sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Diharapkan agar kenaikan kadar cukai perkhidmatan ini benar-benar BERBALOI kepada negara amnya mahupun kepada rakyat khususnya. Sememangnya, setiap perkara itu mempunyai PRO dan KONTRAnya yang tersendiri. Maka, terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya.
Tepuk dada;
tanyalah minda...
tepuk dahi;
fikirlah sendiri...
Untuk kepastian, sila rujuk laman sesawang rasmi JKDM : [link]
p/s : sesungguhnya, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan...
Friday, February 4, 2011
Pantun Perayaan Malaysia : Tahun Baru Cina
Monday, January 31, 2011
Untaian Buat MESIR

Mesir,
Bila ada politik,
negara jadi kacau.
Rakyat tak tentu hala,
Jadi kacau bilau.
Mesir,
Bom sana sini,
Ada jeritan ada darah,
Tua muda kalut dan kusut,
Kanak-kanak cari ibu ayah.
Mesir,
aku aman di sini,
Doa sahaja kukirimkan ke sana,
moga kekacauan ini berakhir...
p/s : maher zain....
t/y : Syahrul Bariah Hamzah (moga dipermudah mengajar kelak....)
Monday, December 27, 2010
SMS Hutang

Suatu ketika, seorang lelaki mengirimkan sms kepada sahabatnya untuk meminjam wang sebagai dijadikan modal bagi menjalankan perniagaan.
SMS:
Adalah aku si polan bin si polan ingin meminjam wang sebanyak RM5,000 dan berjanji akan mengembalikan wang tersebut dalam tempoh 30 hari.
Wahai sahabatku, adakah engkau yakin bahawa engkau dapat hidup dalam tempoh 30 hari lagi? Sekiranya YA, nescaya aku akan meminjamkannya dengan serta-merta.
...
-terdiam-
P/S : erm, ringkas jer mesej yang ingin disampaikan...
Saturday, December 4, 2010
Stesen TV Terbaru di MALAYSIA - ALHIJRAH

Salam maal hijrah,
Stesen televisyen baru bercorak Islam, TV ALHIJRAH yang mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, telah pun menemui penonton mulai 1 Disember yang lalu.
TV ALHIJRAH ini akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Muharam 1432M / 7 Disember 2010H.
Selamat menonton...!
"SEGALANYA BERMULA DI SINI"
Berikut merupakan liputan frekuensi mengikut negeri :-
Liputan Saluran | Saluran UHF | Frekuensi (MHz) |
| Lembah Klang | CH 55 | 743.25 |
| Terengganu | CH 41 | 631.25 |
| Johor | CH 40 | 623.25 |
| | CH 37 | 599.25 |
| | CH 37 | 599.25 |
layari laman web [TV ALHIRJAH]
p/s : erm, belum dapat siaran lagi.....
so, x dapat ler nak bagi 'review'...
Maal Hijrah... 2 Hari Lagi...!
Thursday, December 2, 2010
Ajal, Mati Maut & Nyawa .....

Assalamualaikum wbt,
Mesti korang pernah dengar ayat nie, kan?
Sesungguhnya tiap-tiap yang hidup pasti menemui ajalnya.
Ajal tidak mengenal usia, jantina, pangkat mahupun tempat...
Benar bukan?
Cuma waktunya hanya Allah yang lebih mengetahui...
Maka, gunakanlah waktumu itu dengan sebaiknya dengan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Kalau korang hafal lagu raihan mesti korang ingat....
1. muda sebelum tua
2. sihat sebelum sakit
3. kaya sebelum miskin
4. lapang sebelum sempit
5. hidup sebelum mati
Aiseh 5 perkara jer...?
Kacang beb...!
Walaupun kita hanya diminta untuk mengingati 5 perkara tersebut, namun ternyata agak sukar bagi segelintir individu. Kita mudah alpa dengan masa "MUDA" kita. Kita jarang bersyukur dengan ke"SIHAT"an kita. Kita kadang-kala kufur nikmat dengan ke"KAYA"an yang dimiliki. Kita juga sering mengisi waktu "LAPANG" kita di depan TV mahupun LAPTOP. Dan kita seringkali jua terlupa bahawa saat "AJAL" kita bakal dijemput.
Erm,
Sebagai suatu motivasi, teringat plak kata-kata seorang hukama'.
Andainya kamu ingin melakukan dosa, pastikan kamu berada dalam 4 perkara ini, iaitu:-
1. Kamu melakukan dosa tersebut di sebuah tempat yang tidak dapat dilihat oleh ALLAH S.W.T.
2. Kamu melakukan dosa tersebut di sebuah tempat yang bukan dimiliki ALLAH S.W.T.
3. Kamu makan dan minum bukan daripada sumber atau rezeki yang dikurniakan ALLAH S.W.T.
4. Apabila sampai saat kamu didatangi malaikat Izrail untuk mencabut nyawa kamu, kamu mampu memohon penangguhan dari ALLAH S.W.T. agar kamu sempat berbuat baik dan bertaubat.
Ayuh, tetap beristiqamah... terus berusaha untuk memperbaiki diri dan saling mengingatkan dengan kebenaran dan kesabaran.
Renung-renung dan selamat beramal....!

p/s : sekadar suatu peringatan kepada diri dan juga orang lain.

