Thursday, December 31, 2009

Harapan Tahun 2010













Salam tahun baru masihi,
Erm, nampaknya nie mgkin entri aku yang terakhir buat tahun 2009...
Kali nie, perkataan yang kurang cuma skadar gambar-gambar aku sepanjang 2009.
Ha Ha.... Trigin gak aku nak bergambar nie...
Sekadar suatu perkongsian...
Jangan ler korang marah k!

Well, azam aku tahun 2010....
- x mau jadi skema
- x mau jadi malas
- x mau hantar assignment lambat
- x mau kahwin lambat
- x mau jadi jahat lagi
- x mau sakitkan orang
- x mau lawan mak ayah
- x mau makan asap
- x mau bangun lewat walaupun cuti
- x mau jadi gatal, miang or gedik
- x mau boros ngan elaun

Thursday, December 24, 2009

Perjumpaan Pelajar Alumni Saser 4th Batch 2009 ''THE OUTLAWS''




Salam 'alaik,
Erm, sekadar makluman kepada ex-student SASER 4th Batch...
Tak lama lagi kita akan adakan reunion...
Mgkin ramai yang dah tahu... Dan mungkin juga ada yang x tahu...
Basically, segala info pasal reunion korang boleh pi terus taip search key...

Perjumpaan Pelajar Alumni Saser 4th Batch 2009

(especially for those yang ada facebook)


A friendly reminder :
Hari : Ahad (27/12/09)
Lokasi : Depan pavilion yang kat main entrance tu
Waktu : 1.00pm

Remarks : Call Vege (Haafiz Nordin) kalau dah dekat sana dan utk memaklumkan dapat datang tak.. hope that you guys can make it.. Thanks a lot, bros.. :)
And msg ur h/p no. via FB eh,(kalau tak menyusahkan, utk senang dicontact..)
Thanks again, harap dapat jumpa nanti.. :)

no galie is nizam : 012-6641464
no haafiz aka vege : 016-2312993 & 013-6044253


p/s : batch kita nie ada 222...
Tp, 124 orang jer ada FB... Ramai lg yg x de fb nie...

Friday, December 18, 2009

Bola Sepak VS 1431H


"Memantapkan Ukuwah, Memperkasakan Ummah"

Salam Hijrah...!
Selamat menyambut tahun baru 1431 H....
Tidak dilupakan juga kejayaan pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya menewaskan pasukan Vietnam dalam merebut kemarau emas dalam tempoh 20 tahun. Kali terakhir Malaysia menang emas pada tahun 1989 sewaktu Sukan Sea di Kuala Lumpur. Pergghh, masa tu aku baru jer nak dilahirkan... haha. X kan ler nk tunggu aku smpai umur 20 tahun, beb!
Tahniah kepada pasukan Malaysia...!

Namun,
mungkin ramai juga yang hampir-hampir terlupa tentang kedatangan tahun baru Islam. Ataupun, mungkin buat-buat lupa. Masing-masing berbelah bagi sama ada nak tengok bola ataupun nak pi sertai bacaan doa. Yang paling menyedihkan ada gak yang hampir-hampir langsung tak solat maghrib. Ish, apa kesss?? Bola punya pasal, rosak akidah sebelanga...
X reti aku nak ulas... so, lu pikir ar sendiri...!




selingan :-

-----------------------------------------------------------------------------

Lebih 3,000 Sertai Bacaan Yasin Dan Doa Maal Hijrah Di Masjid Negara

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Lebih 3,000 umat Islam di sekitar ibu negara malam ini menyertai majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara sempena Maal Hijrah 1431 yang akan disambut esok.

Majlis yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad al-Hafiz itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan isteri Datin Fatmawati Saidin.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1430 Hijrah dan doa awal tahun 1431 Hijrah, solat Maghrib dan dikuti bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.

Terdahulu, hadirin mengikuti forum khas Maal Hijrah bertajuk 'Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah' yang dipengerusikan oleh penceramah bebas Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Sambutan peringkat kebangsaan Maal Hijrah 1431 yang bertema "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah" akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) esok yang dijadual dirasmikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. - BERNAMA

(berapa ribu plak yg ada kat kedai mamak tgk bola...?)

p/s : logo di atas nie aku ambik dari Simposium Maal Hijrah 1431
(Balai Islam Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya)