Tuesday, March 24, 2009

PETISYEN : Gambar Nabi Muhammad di Wikipedia


Salam 'alaik,

Jika korang singgah kat wikipedia melalui link nie,
wikipedia link : http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad
terdapat visual dalam versi kartun yang menggambarkan itu Nabi Muhammad (SAW).


Diharapkan agar korang semua dapat memberikan kerjasama untuk menurunkan tandatangan petisyen untuk men'delete'kan gambar tue.
Aiseh, x sampai 5 minit jer...

link petisyen : http://www.petitiononline.com/mjk123/

sumber : http://selangor2u.com/blog/current-issues/berita-dunia/gambar-nabi-muhammad-di-wikipedia/comment-page-1/#comment-2713

sdr paan

p/s : tolong 'inform'kan yang lain.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Sekadar renungan...


Pernah suatu ketika, sedang Rasulullah (S.A.W.) berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah (S.A.W.). Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah (S.A.W.). Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya.

Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya,
“Bukankah kami ini ikhwanmu?"

"Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku," kata Rasulullah.

Ikhwanku itu, menurut Rasulullah (S.A.W.), adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

Lalu pandang & renunglah pada diri kita, adakah kita layak bergelar ikhwan Baginda…?

Wallahua'lam...

Monday, March 23, 2009

Kontroversi : Lagu Agnes Monica ( Allah Peduli)



Salam 'alaik,

Sekadar perkongsian...

Mais haramkan lagu Agnes Monica

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengharamkan lagu ‘Allah Peduli’ nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica daripada disiarkan di Selangor kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam selain penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu terbabit.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu itu bagi menggambarkan Jesus dan bagi sebarang kekeliruan, pihaknya mengharamkan lagu terbabit daripada berkumandang di negeri ini.

“Penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif untuk umat Islam seperti yang termaktub di bawah Bahagian 1 Jadual Kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, sebagai perkataan (Allah) yang tidak boleh digunakan orang bukan Islam. Sehubungan itu, siasatan akan dilakukan pegawai bertauliah mengenai perkara ini termasuk menarik semula edaran album yang mengandungi lagu berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai lagu yang mencetuskan kontroversi ‘Allah Peduli’ nyanyian Agnes yang beragama Kristian, malah ia pernah disiarkan menerusi ruangan hiburan akhbar Metro Ahad 8 Mac lalu. Malah dalam lagu terbabit, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ‘Sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu tiga minit 40 saat itu.

Mohamad Adzib berkata, sesetengah daripada kita tidak faham isi kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi dan ia secara senyap-senyap boleh memesongkan keimanan dan akidah umat Islam.

“Justeru saya minta pihak yang berkenaan sama ada di peringkat pusat supaya memantau isu lirik lagu ini dan mengambil tindakan tegas demi memelihara kesucian Islam,” katanya.


Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Su at u perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti


sumber : harian metro

sdr ntahlah...

Di harap MAIS, jabatan agama Islam, para alim ulama dpt bermuafakat menangani & memantau isu2 yg melibatkan org Islam spt gejala sosial yg semakin serius, kes2 zina, rogol, khalwat…tdk krg juge isu pemakaian yg menjolok mata d kalangan artis2 kita yg semakin melampau…dan yg paling d takuti isu murtad d kalangan umat Islam..d hrp bg pihak yg berkenaaan dptlah mengambil tindakan yg sewajarnya sebelum ia mnjadi lbh parah & tdk terkawal..yg sedihnya kebnyakan yg terlibat ni adalah org melayu yg beragama Islam……
p/s : Fikir-fikirkan....

Saturday, March 14, 2009

CaRa Nak Meng"efek"kan GamBar KoraNG....?





pic : menjadi seorang yang agak "skema" (time nie aku kat library).


Salam hujung minggu,
cuti pertengahan sem dah pun mula...
Tapi, assignment aku plak x abih-abih lagi...
sabar jer ar...
apa-apa pun ada gak benda nak buat masa cuti nie...
assignment ... oh assignment...!

Efek Gambar korang....?
korang tentu nak cuba edit ataupun nak buat effect kat gambar korang...
tp, korang x yah ler nak guna adobe photoshop terutamanya bagi sesape yang tak tau sangat nak guna benda tu macam aku...
entri kali nie, aku sekadar nak berkongi satu laman web yang mungkin dapat bantu korang untuk men"efek'kan gambar korang...
laman web nie kira kacang gak ar nak guna...even, dak skolah pun leh guna apatah lagi korang yang dah tua bangke nie...

www.befunky.com

cuba ar...!

p/s : yang x bestnyer pasal laman web nie sbb byk sangat gambar "anjing" kat dalam web nie...
sabar jer ar...

Tuesday, March 10, 2009

Salam Maulidur Rasul




Salam Maulud.......
belajar mengenai erti syukur...
bersyukur pd orang yg menyakiti kita kerana
dialah yg menabahkan kita...

bersyukur pd orang yg menipu kita kerana...
dialah yg menambahkan pengalaman kita...

bersyukur pd orang yg x mengendahkan kita kerana...
dialah yg memupuk kita untuk berdikari...

bersyukur pd orang yg menjatuhkan kita kerana...
dialah yg menaikkan taraf kita...

bersyukur pd orang yg menfitnah kita kerana...
dialah yg menguatkan pendirian kita...

bersyukur dengan segala ujian dari-Nya kerana...
tanpa sedar, ujian-ujian tersebut dapat meningkatkan iman kita...





p/s : tit... tit... tit... satu mesej diterima. Mesej nie aku dapat daripada seorang teman. Hargai sangat dengan kata-kata nie. Moga-moga kita semua terkesan dengan nasihat nie. Sekadar berkongsi & salam maulidur rasul..!