Monday, December 27, 2010

SMS Hutang





Suatu ketika, seorang lelaki mengirimkan sms kepada sahabatnya untuk meminjam wang sebagai dijadikan modal bagi menjalankan perniagaan.

SMS:
Adalah aku si polan bin si polan ingin meminjam wang sebanyak RM5,000 dan berjanji akan mengembalikan wang tersebut dalam tempoh 30 hari.


Kemudian, sahabatnya pun membalas.

SMS:
Wahai sahabatku, adakah engkau yakin bahawa engkau dapat hidup dalam tempoh 30 hari lagi? Sekiranya YA, nescaya aku akan meminjamkannya dengan serta-merta.




...
-terdiam-




P/S : erm, ringkas jer mesej yang ingin disampaikan...

Saturday, December 4, 2010

Stesen TV Terbaru di MALAYSIA - ALHIJRAH



Salam maal hijrah,

Stesen televisyen baru bercorak Islam, TV ALHIJRAH yang mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, telah pun menemui penonton mulai 1 Disember yang lalu.
TV ALHIJRAH ini akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Muharam 1432M / 7 Disember 2010H.
Selamat menonton...!


"SEGALANYA BERMULA DI SINI"



Berikut merupakan liputan frekuensi mengikut negeri :-

Liputan Saluran

Saluran UHF

Frekuensi (MHz)

Lembah Klang

CH 55

743.25

Terengganu

CH 41

631.25

Johor

CH 40

623.25

Sabah

CH 37

599.25

Sarawak

CH 37

599.25



layari laman web [TV ALHIRJAH]





p/s : erm, belum dapat siaran lagi.....
so, x dapat ler nak bagi 'review'...
Maal Hijrah... 2 Hari Lagi...!

Thursday, December 2, 2010

Ajal, Mati Maut & Nyawa .....



Assalamualaikum wbt,
Mesti korang pernah dengar ayat nie, kan?
Sesungguhnya tiap-tiap yang hidup pasti menemui ajalnya.
Ajal tidak mengenal usia, jantina, pangkat mahupun tempat...
Benar bukan?
Cuma waktunya hanya Allah yang lebih mengetahui...
Maka, gunakanlah waktumu itu dengan sebaiknya dengan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Kalau korang hafal lagu raihan mesti korang ingat....

1. muda sebelum tua
2. sihat sebelum sakit
3. kaya sebelum miskin
4. lapang sebelum sempit
5. hidup sebelum mati


Aiseh 5 perkara jer...?
Kacang beb...!
Walaupun kita hanya diminta untuk mengingati 5 perkara tersebut, namun ternyata agak sukar bagi segelintir individu. Kita mudah alpa dengan masa "MUDA" kita. Kita jarang bersyukur dengan ke"SIHAT"an kita. Kita kadang-kala kufur nikmat dengan ke"KAYA"an yang dimiliki. Kita juga sering mengisi waktu "LAPANG" kita di depan TV mahupun LAPTOP. Dan kita seringkali jua terlupa bahawa saat "AJAL" kita bakal dijemput.


Erm,
Sebagai suatu motivasi, teringat plak kata-kata seorang hukama'.
Andainya kamu ingin melakukan dosa, pastikan kamu berada dalam 4 perkara ini, iaitu:-

1. Kamu melakukan dosa tersebut di sebuah tempat yang tidak dapat dilihat oleh ALLAH S.W.T.
2. Kamu melakukan dosa tersebut di sebuah tempat yang bukan dimiliki ALLAH S.W.T.
3. Kamu makan dan minum bukan daripada sumber atau rezeki yang dikurniakan ALLAH S.W.T.
4. Apabila sampai saat kamu didatangi malaikat Izrail untuk mencabut nyawa kamu, kamu mampu memohon penangguhan dari ALLAH S.W.T. agar kamu sempat berbuat baik dan bertaubat.


Ayuh, tetap beristiqamah... terus berusaha untuk memperbaiki diri dan saling mengingatkan dengan kebenaran dan kesabaran.
Renung-renung dan selamat beramal....!




p/s : sekadar suatu peringatan kepada diri dan juga orang lain.

Wednesday, November 24, 2010

" Exam-Sickness "




Salam imtihan,
exam, oh exam....
Alhamdulillah, aku baru jer abih menghadapi simptom-simptom "exam-sickness". Kali nie, sekadar perkongsian simptom-simptom yg aku pernah hadapi especially masa musim exam yang lepas. Kepada yang tengah or bakal menghadapi exam, all the best guys...!
erm, adakah anda pernah mengalami simptom-simptom ini?


1. Meja, lantai & katil penuh dengan nota & alat tulis. Seriously, masa tue confirm bilik bersepah macam tongkang pecah.

2. Home-sick melanda diri. Hari-hari counting day untuk balik jer. Padahal masa free dulu x pernah pun nak jenguk kampung halaman.

3. Macam-macam plan nak buat lepas exam. Study x ke mana, tapi otak duk pikir nak enjoy jer.

4. Nota akan dibawa ke mana-mana. Sama ada kat dewan makan, padang, atas motor or ke mana sahaja yang korang pi. Nasib baik, dalam tandas x bawa.

5. Masa tu ler dalam hati cakap, "eh... sejak biler aku belajar benda nie? lecturer ada ajar ke?". Tu ler, dalam kelas duk tido jer...

6. Ada jer benda lain nak buat except STUDY. Contohnya, layan fb, tgk citer korea, main online-game, pi jenjalan kat pekan hatta pi karaoke.

7. Masa tuler rasa macam 24 jam tu tak mencukupi. Setiap malam asyik stay-up. Last-last, kantoi bangun pukul 1. Berbaloi ke?

8. Lastly, rasa malas lagi banyak daripada rajin.





p/s : sori, bahasa aku berterabur ckit...







Kepada calon-calon SPM 2010, di bawah nie ada disertakan 'link' jadual peperiksaan korang:-


Tuesday, November 23, 2010

Pelajar Meninggal Dunia Sejurus Sebelum SPM Bermula



KULAIJAYA, 23 Nov (Bernama) - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika sesi taklimat sejurus sebelum mula menduduki peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, dekat Ledang di Muar, hari ini.

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran berkata Hazizul Hasah, 17, telah mengadu sukar bernafas kepada pengawas peperiksaan sebelum dibawa keluar dari dewan peperiksaan dan ditempatkan di bilik rehat.

"Pihak pentadbiran sekolah menghubungi ambulans, bagaimanapun, pelajar lelaki itu disahkan sudah meninggal dunia selepas 10 minit pegawai perubatan tiba di sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat calon SPM Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura pada hari Selasa.

Peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bermula hari ini.

Markom berkata Hazizul dipercayai menghidap penyakit jantung.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Hazizul.

Di Kluang, seorang lagi calon SPM meninggal dunia pada 4 petang semalam akibat penyakit buah pinggang.

Mohd Fazli Yusop, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belitong, dekat Kluang, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan dialisis di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu.

Markom berkata seramai 56,203 calon SPM dari 243 sekolah di Johor menduduki SPM kali ini.




p/s : salam takziah buat keluarga arwah masing-masing.
Moga-moga dipermudah.
Al-Fatihah....

Saturday, November 13, 2010

JSU MTE 3107 (2010)

"Usaha Tangga Kejayaan"
(kenangan sbe : Sek Keb. Titi Serong, Parit Buntar)




Salam imtihan,

sekadar berkongsi JSU MTE 3107.

PISMP - Semester 4

Moga-moga dpt membantu kalian semua...


Objektif-

rangkuman semua topik


Struktur -

Q1 - Planning Mathematics Lesson (bab 1)

Q2 - Mathematics Teaching Methods and Techniques (bab 2)

Q3 - Mathematical Knowledge of Teaching (bab 4)

Q4 - Enhancing Learning Mathematics (bab 5)


Esei -

Mathematics Teaching Methods and Techniques (bab 2)

Learning Mathematics (bab 3)

Enhancing Learning Mathematics (bab 5)




p/s : erm, teruskan perjuangan kalian...

moga dipermudah...

Saturday, October 23, 2010

Facebook .... Oh, Facebook...!




Salam 'alaik,
Wah, hampir sebulan lebih blog ini tidak ter"update". Seperti yang pernah dinyatakan dalam entri sebelum ini, faktor penyakit "M" merupakan salah satu penyumbang utama ke"tidakdapat"an untuk meng"update"kan blog. Entri kali ini, hanya sekadar pemanas badan.

Laptop, lappy, notebook ataupun bahasa skemanya komputer riba sememangnya merupakan benda yang "wajib" ada bagi kebanyakan rakayat Malaysia khususnya generasi-Y kini. Dari siang hingga ke malam, mengadap lappy merupakan trenda terkini bagi kebanyakan mat-mat belia. Dan menjadi suatu kemestian seseorang itu untuk melayari "FACEBOOK". Apa yang bestnyer pasal fb nie? Namun, aku pun salah seorang pengguna fb. (Ops, ter"promote" plak....)

Adakah anda pengguna fb yang tegar lagi pelik?


Situasi 1:
Bangun pagi-pagi, buka FACEBOOK.
Yang peliknya, "FACE" mengangguk-angguk ke"mengantuk"kan.

Situasi 2:
Ibu berkata, "Amir, dah baca buku ke belum? Lantas, Amir menjawab, "Erm, tengah baca "BUKU" ler nie."
Yang peliknya "facebook" bukanlah sejenis "buku".

Situasi 3:
Status: "Weh, kucing aku tengah makan...!" "Hari ini aku nak pakai seluar kaler apa erk?". Erm, kecoh satu dunia tentang perkara yang remeh lagi temeh.
Yang peliknya, ramai ke yang nak tahu pasal status korang tu?

Situasi 4:
Gambar yang penuh ber"tagged". Termasuklah gambar waktu muda-muda dulu, gambar percutian, gambar perkahwinan, konvokesyen dan macam-macam lagi.
Yang peliknya, muka orang yang takde dalam gambar tu pun ada yang kena "tagged". Aduyai...! Lagi pelik, gambar longkang tepi jalan pun ada yang kena tagged. Adakah muka orang tu macam longkang ke....?

Situasi 5:
Status relationship korang yang sentiasa berubah-ubah. Hari ini, dia kata "single".
Yang peliknya, esok "married". Beberapa saat kemudian, "widowed" plak. Lagi pelik, kalau yang "complicated", entahler...

SItuasi 6:
Setiap akaun facebook memerlukan seseorang meletakkan nama masing-masing. Tak kisah ler nama korang macam "Fernando Torres", "Bujang bin Duda" hatta "Kassim Selamat" sekalipun.
Yang peliknya, patut ke letak nama "Aku sebatang pensel" ataupun "Aku yang tidak bernama"....? Baik tak payah letak langsung...!

Dan banyak lagi...









p/s : gunakanlah teknologi sebaik mungkin....

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Aildilfitri

(pergh, pasangan sedondon....)

Salam lebaran,
Tiada grafik yang bombastik...
Tiada pantun hatta puisi yang puitis...
Tiada juga ayat-ayat yang berbunga...

Cukuplah sekadar ucapan yang ringkas :-

"Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir & Batin"

p/s : kesyukuran dalam kemeriahan

Sunday, September 5, 2010

Raya : Kesesatan Dalam Kemeriahan?



Salam lebaran,
erm, korang dah tengok iklan promo raya TV3 ....?
byk komen yang aku baca, dengar, lihat....
alhamdulillah, masih lagi ramai yang peka dengan permasalahan ini....

Apa yang salahnya dengan iklan nie?
cuba lihat pada unsur-unsur berikut:-
a) bunga teratai
b) beca
c) api
d) tulisan jawi terbalik (suatu penghinaan terhadap Islam...)
dan byk lg.....
cuba singgah mana-mana blog yg berkaitan sbgi rujukan...

Sememangnya perubahan ataupun kelainan yangg ditonjolkan boleh dilakukan. Cuma, pembaharuan yang dilakukan ini akan membawa kepada syirik. Syirik, iaitu menyekutukan Allah (S.W.T). Dan dalam konteks iklan di atas, menyamakan agama Allah dengan agama ciptaan makhlukNya. Sememangnya, tiada salahnya merayakan sesuatu perayaan kaum lain asalkan tidak melibatkan perayaan berunsur keagamaan.

Kita nie terlalu byk disogokkan dgn pelbagai bentuk cara hidup bukan Islam. Dunia menjadi dambaan manusia. Wang ringgit menjadi ukuran. Pabila pangkat, darjat dan wanita mula mengaburi manusia.

Islam itu kolot?
Islam itu agama yang sempurna. Islam itu membawa sejahtera. Dari sekecil-kecil amalan hingga sebesar-besar amalan Islam telah menggariskan suatu panduan. Mgkin terdapat segelintir yg beranggapan bahawa mungkin Islam banyak pantang larang.
Itu tak boleh..! Ini tak boleh...!
Walhal keterbatasan-keterbatasan inilah menjadikan Islam itu sempurna.

" Zaman di mana material semakin hebat, akhlak manusia semakin tenat"



“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Al-Baqarah, ayat : 256




p/s : tagline raya : kesesatan dalam kemeriahan....?

Wednesday, August 11, 2010

Himpunan Doa & Niat di Bulan Ramadhan


Niat puasa harian


Niat puasa keseluruhan bulan


Doa sepanjang tempoh berpuasa


Doa berbuka puasa




Rasulullah saw bersabda :

مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ النِّيَّةَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ .

“Barangsiapa yang tidak berniat di malam hari sebelum fajar, maka sama
sekali tidaklah puasa itu sah baginya”.

(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah, dari Hafshah)


p/s : Selamat berpuasa....!

Sunday, July 18, 2010

Muhammad Sharfuddin... Dalam Kenangan


(kenangan bersama : SBE S.K. Kepala Batas -> 8-12 Mac 2010)


Jumaat, 16 Julai 2010

Seperti kelaziman, aku akan beriadah petang. Lebih kurang jam 7 lebih, aku dimaklumkan oleh salah seorang juniorku bahawa arwah telah dimasukkan ke Hospital Jitra akibat masalah jantung.

Beberapa jam kemudian, keadaan arwah semakin serius dan terus dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beberapa housemate arwah turut bersama di sana.


Sabtu, 17 Julai 2010

Jam 3 pagi, keadaan arwah semakin kritikal. Arwah terus dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang. Arwah di bawah penjagaan rapi.

Arwah telah menjalankan pembedahan di otak. Doktor mengatakan terdapat darah beku di bahagian otak. Sebenarnya, terdapat jangkitan kuman bermula dari peparu, jantung dan seterusnya ke bahagian otak.

Jam 10.30 pagi, sewaktu bergotong-royong menurunkan khemah, roomateku meminta kami semua bersiap untuk ke hospital. Majlis bacaan yassin turut diadakan di Masjid An-Nur bagi pelajar-pelajar asrama yang tidak berkesempatan untuk pergi selepas waktu zohor.

Jam 11.45 pagi, aku dan beberapa teman terus bertolak ke hospital. Kami tiba agak lewat kira-kira jam 2.30 akibat kesesakan. Di sana, kami sempat berjumpa dengan keluarga arwah. Keluarga arwah kelihatan agak tenang. Mereka terus-terusan membaca yassin untuk arwah.

Beberapa kenalan serta pensyarah turut tiba sejurus kemudian. Kami bergilir-gilir menziarahi arwah. Keadaan arwah semakin tenat. Arwah dalam keadaan koma dan dibantu dengan alat pernafasan. Agak sayu melihat arwah terlantar di atas katil. Kelihatan rambut arwah telah pun dicukur dan terdapat beberapa kesan jahitan di kepalanya. Kami diminta untuk mengajarkan arwah mengucap. Jururawat turut memberitahu supaya memaklumkan kepada kenalan-kenalan yang lain agar segera menziarahi arwah kerana keadaannya sangat kritikal.

Kami seterusnya membaca yassin setelah solat jamak di surau hospital.


Ahad, 18 Julai 2010

Aku dapat post di facebook daripada seorang kenalan yang mengatakan arwah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 0150 pagi tadi.

7.30 pagi, pengumuman di asrama pun telah dibuat.

8.30 pagi, bas institut disediakan bagi menziarahi arwah jenazah.

Jenazah Allahyarham Muhammad Sharfuddin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid T. Gelugor, Kepala Batas, Pulau Pinang tepat jam 12.00 tengah hari tadi. Semoga rombongan rakan-rakan dari IPDA yang turut disertai oleh Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah, serta KJ HEP dapat memberi semangat kepada keluarga Allahyarham.


p/s : Harapan agar para sahabat yang mempunyai kelapangan masa untuk sama-sama menunaikan kewajipan kita sebagai muslim, satu ummah, hak allahyarham untuk dikebumikan. Kepada yang tidak berkesempatan bolehlah menunaikan solat ghaib di mana sahaja anda berada.

Insya-Allah dipermudahkan... amin ya rabbal 'ala.

Al-fatihah..

p/s :

Tuesday, June 22, 2010

Novel-Novel CInta Islami..?













Salam Mahabbah,
Erm, korang mgkn ada masalah hati ataupun masalah cinta yg x b'kesudahn?
Terutamanya cinta muda-mudi yg belum ada lg sbrg ikatan yg sah...
Apa-apa pun cinta slps alam perkahwinan merupakan cinta yg dituntut...
Entri kali nie, bukanlah nak mempersoalkan perihal cinta sblm ataupun slps kahwin. Sekadar memperkenalkan novel-novel yang boleh dijadikan teladan...
Well, aku ada dpt pndpt daripada beberapa teman serta saudara-saudara yang lain ttg buku-buku nie...
Kat bawah nie, aku listkan beberapa buku yang disarankn oleh mereka serta carian aku sendiri...:-



1. Tautan Hati (Fatimah Syarha)

2. Ayat-Ayat Cinta (Habiburahman el Syirazy)

3. Mujahid Cinta (Irwanto)

4. Pemilik Cintaku Selepas ALLAH & Rasul (Fatimah Syarha)

5. Bercinta Sampai Syurga

6. Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 (Habiburahman el Syirazy)

7. Bidadari Dari Timur (isteri tok guru Nik Aziz)

8. Aku Terima Nikahnya

9. Munajat Cinta (Taufiqurrahman al-Azizy)

10. Tarian Cinta (Sayed Kashua)

11. Tahajjud Cinta (Muhammad el Natsir)

12. Warkah Cinta Berbau Syurga (A. Ubaidillah Alias)

13. Makrifat Cinta (
Taufiqurrahman al-Azizy)

14. Mukjizat Cinta (Muhammad Masykur A.R. Rasyid)

15. Syahadat Cinta (
Taufiqurrahman al-Azizy)

16. Pemilik CIntaku Selepas Allah & Rasul

17. Pudarnya Pesona Cleopatra
(Habiburahman el Syirazy)

18. Di Jalan Dakwah Aku Menikah

19. Cinta Madinah (Abu Hasan Morad)

20. Sesegar Nailofar (Zaid Akhtar)

21. Kala Cinta & Wahyu Bersatu (A. Ubaidillah Alias)
*sambungan novel "Warkah Cinta Berbau Syurga"

22. Cinta Di Rumah (Hassan Al-banna)


p/s : kalau sesape ada lg saranan buku, maklumkanlah kat aku nie...
sekadar suatu perkongsian...

Saturday, June 19, 2010

Karikatur Penghinaan Nabi Junjungan....!


CELAKA....!
satu ungkapan yang terpacul keluar dari bibirku...

.............???
Suatu laman web yang diwujudkan khas bagi mengumpulkan karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah (S.A.W). Rentetan daripada peristiwa 20 mei, terus-terusan golongan anti-Islam ini menghentam Nabi Muhammad (S.A.W). Pelbagai bentuk karikatur telah dihasilkan dan disiarkan melalui laman web tersebut. Mungkin juga banyak lagi laman web yang sebegitu rupa. Namun, apakah tindakan kita?

Kecoh satu dunia tentang hak kebebasan media.
Adakah ini yang mereka mahukan?
Menghina, mengutuk, melemparkan fitnah kepada nabi junjugan kita?


http://muhammadture.com/



"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka..."(Al-Mujaadilah: 22)


P/S : Cuma, aku terfikir sejenak. Sejauh manakah kecintaan kita kepada KEKASIH ALLAH ?

Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Sayangnya Rasulullah kepada kepada umatnya sedangkan ketika sakratul maut datang memanggil Rasullah menyebut Ummati… Ummati… Ummati…

Monday, June 7, 2010

TAG : aku kena TAG..!




Salam 'alaik,
Erm, agak lama rasanya blog ini tidak di"tag"kan. Sebelum nie, aku pernah gak kena "tag". Tapi, disebabkan kemalasan yang sangat dahsyat...aku abaikan. (teruk tul aku nie???). Cuma, kali nie aku agak terpanggil untuk melayan tag nie. So, trimas aku ucapkan kepada saudara syafiq ridhwan melalui blognya terompah in da h0use!!. Thanks again, bro!
Actually, dia bagi awal bulan 5 ari tu. Sori bbyk..!

1. Apa yang anda buat kalau anda tahu member anda tikam dari belakang?
Erm, stakat nie xde ar plak naik main tikam belakang nie. Kalau ada pun, takde seserius mana. Btw, aku just terima jer member aku nie. Sesungguhnya, bencilah pada perangai buruknya tetapi bukan pada orangnya. Mungkin si polan tersebut boleh berubah.

2. 6 orang di hati anda?
Aiks, awat ler bagi enam. Hati aku masa kosong lagi....

3. Anda rasa anda comel?
Comel?...ahakz. Lawak bebenor kome nie....

4. Single or taken?
complicated....(menjawab x?)

5. Blog yang anda suka?
basically, banyak blog yang aku suka aku letak link kat dalam blog aku. Tapi, baru aku perasan. Semua link blog aku dah hilang. Mungkin hari tue, tersalah tekan. (astaghfirullah...sori, bbyk)

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
erm, jarang tido kat katil.... So, clean and clear jer... (lantai..oh lantai)

7. Latest text mesej?
Wazeery : Ko laki orang... (adoi, smpai hati angpa sumer x ajak aku kuar...status aku kan complicated)

8. Last phone call?
Wazeery... dia nak ajak aku kuar. Tapi, aku ada hal tadi. (Sori bebanyak...!)

9. Hari terakhir anda menanggis?
er, x sure ar...

10. List 5 warna kegemaran ?
er, semua kaler yang lembut. Mood aku sering berubah-ubah...

11. Orang terakhir anda berYm?
Muhammad Afiq... member masa sekolah menengah dulu.

12. Anda peminat MCR?
Of coz, X...!

13. Apa perasaan anda bila jawab tag ni?
Dapat mengisi masa lapang cuti semester... xde perasaan kut...

14. Anda rasa tag ni best?
Er, no komen. Apa-apa pun, terima kasih sebab menge"tag" blog aku.

15. ok TAG lagi sepuluh orang ?
adoi...senarai blog list aku dah hilang. (aku try bagi list blog yang aku follow)
  1. kayrail fareast
  2. si otakkusut
  3. amanina
  4. meeze
  5. mirauttika
  6. etuza
  7. mizzmira
  8. yazidsalikan
  9. bedtime stories
  10. didieseven

Sunday, June 6, 2010

Blog & AKU...


salam,
erm, mungkin ini bukanlah satu-satunya blog yang pernah aku buat.
dan sebenarnya, sekurang-kurangnya aku ada 4 blog....
Ada apa dengan blog?


apa blog-blog itu?

1. www.dzulagil.blogspot.com
2. www.dokupen.blogspot.com
3. www.biroakademik123.blogspot.com
4. www.sandalputih.blogspot.com


untuk apa?

1. Firstly, mestilah nak share pengalaman, kongsi perasaan & bla...bla...
2. Secondly, sememangnya tanggungjawab aku kena buat...
3. Orang lain ada blog, aku pun nak blog gak...!
4. Salah satu hobi aku.
5. Dulu aku suka baca blog, x salah if aku nak share blog aku dengan orang lain. (tul x?)
6. Whatsoever lah.....(entah ler....)

blog-blog tu masih aktif?

1. Erm, aktif. Cuma, tak seaktif dlu.
2. Blog aku yang pertama tue, aku rasa nak jadikan sebagai sesuatu yang lebih umum. Seriously, aku sayang giler blog aku yang first nie. Well, blog inilah yang membawa aku ke dunia blogger...! Harap-harap blog nie, still gerak lagi.
3. Blog yang kedua nie, aku dah serahkan kepada orang lain untuk uruskan. Bukan apa, zaman aku dah berlalu (ceh, ayat cam pasrah jer). Blog inilah aku belajar benda-benda baru bukan sahaja berbentuk duniawi tapi ukhrawi. Weh, hangpa teruskanlah perjalanan blog tue. Hargai sangat...!
4. Blog yang ketiga nie pulak, aku buat atas dasar tanggungjawab biro. Tapi, blog ini aku dah serahkan juga kepada orang lain. So, jagalah baik-baik.
5. Blog aku yang keempat nie, aku baru jer buat. Untuk apa? Saja jer. Nak buat yang agak santai. Lebih kepada cerita pasal aku... (he3x)


Selain blogspot?

Basically, aku pernah gak cuba buat blog melalui frienster, multiply, tagged, wordpress. Cuma masalahnya, macam x de potensi jer nak berkembang. Lagi satu, kadang-kadang guna wordpress macam agak susah sikit. Walhal senang jer...


Masalah berkaitan updating blog?

Masalah? For sure ada. Antaranya x lain x bukan :-
1. Penyakit M ( Malas ar, apa lagi?)





p/s : kepada kawan-kawan semua. teruskan berblog...!
sharing is caring....

Tuesday, June 1, 2010

SERANGAN ISRAEL TERHADAP KONVOI BANTUAN KEAMANAN...!


GAZA, 31 Mei (Al Jazeera) - Tentera Israel telah menyerang konvoi flotila kapal bantuan yang mempunyai sasaran untuk memecahkan pengepungan negara di Gaza.

Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban dan berpuluh-puluh orang lagi cedera ketika pihak tentera memintas dan menyekat kemaraan konvoi kapal pada pagi Isnin, menurut laporan radio Israel.

Konvoi flotila kapal tersebut diserang di perairan antarabangsa, 65km di luar pantai Gaza.

Visual daripada kapal yang mengetuai konvoi flotila, Mavi Marmara, menunjukkan tentera Israel yang bersenjata menaiki kapal dan helikopter terbang di atasnya.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal, yang berada di atas kapal Mavi Marmara, mengatakan tentera Israel telah menggunakan peluru hidup sepanjang operasi serangan.

Tentera Israel berkata empat tentera mengalami kecederaan, dan menyatakan tenteranya melepaskan tembakan selepas penunjuk perasaan di atas kapal menyerang staf tentera laut IDF dengan tembakan peluru hidup dan senjata ringan termasuk pisau dan belantan.

Walau bagaimanapun, Gerakan Pembebasan Gaza yang menjadi penganjur konvoi flotila mengatakan tentera melepaskan tembakan sejurus mereka menyerang kapal.

Campur tangan Israel

Sebelum serangan, Tentera Laut Israel telah menghubungi kapten kapal Mavi Marmara, meminta beliau untuk memberitahu identiti dan lokasi kapal itu akan pergi.

Tidak lama selepas itu, dua kapal angkatan laut Israel menghimpit konvoi flotila di kedua-dua sisi dari jauh.

Penganjur konvoi flotila yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan kemudiannya mengalihkan laluan kapal mereka dan memperlahankannya bagi mengelakkan konfrontasi pada waktu malam.

Mereka juga mengeluarkan kesemua jaket keselamatan penumpang dan meminta mereka untuk terus berada di bawah dek kapal.

Ayman Mohyeldin daripada Al-Jazeera, melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu amat mengejutkan.

"Semua imej yang dipaparkan daripada para aktivis yang berada di atas kapal-kapal tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah orang awam dan dalam keadaan aman, dengan bekalan perubatan di atas kapal. Perkara ini akan mengejutkan banyak pihak di dalam komuniti antarabangsa untuk mempelajari tentang perkara apa yang mungkin boleh menyebabkan konfrontasi sedemikian", katanya.

Sementara itu, polis Israel telah berada dalam keadaan bersiap sedia di semua kawasannya untuk mengelakkan gangguan awam.

Protes

Banyak pihak telah segera mengutuk tindakan Israel.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, secara rasmi mengumumkan tiga hari berkabung di atas kematian pada hari Isnin.

Ribuan penunjuk perasaan Turki cuba menggempur konsulat Israel di Istanbul selepas berita operasi serangan tersebar luas. Para penunjuk perasaan berteriak "Israel celaka" sementara pihak polis menghalang mereka.

Turki juga dilaporkan telah memanggil Duta Besar Israel bagi mengutarakan protes.

"(Sekatan pada konvoi itu) tidak boleh diterima ... Israel harus menanggung akibat daripada tindakan ini", kata kementerian luar negara Turki dalam satu kenyataan.

Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas di Gaza, juga mengatakan tindakan Israel sebagai tindakan "kejam".

Ratusan aktivis pro-Palestin, termasuk seorang pemenang Nobel dan beberapa ahli majlis undangan Eropah, bersama di dalam konvoi flotila tersebut, bermatlamat untuk tiba di Gaza yang bertentangan dengan sekatan Israel.

Tetapi Israel telah mengatakan mereka tidak akan membenarkan konvoi flotila kapal untuk sampai ke Jalur Gaza dan berjanji untuk menghentikan enam kapal lagi daripada sampai ke pantai wilayah Palestin.

Konvoi flotila bantuan mula belayar dari pelabuhan di Cyprus pada hari Ahad dan menyasarkan untuk sampai ke Gaza pada pagi Isnin.

Israel memberitahu, kapal-kapal konvoi memulakan "tindakan provokasi" terhadap tentera Israel dan bukannya memberikan bantuan, lalu waran dikeluarkan untuk melarang mereka masuk ke Gaza.

Mereka menegaskan bahawa konvoi flotila bantuan akan menyalahi undang-undang antarabangsa dengan mendarat di Gaza dan dakwaan ini ditolak oleh pihak penganjur konvoi.

*P/S :
sumber :http://wajah-ummah.blogspot.com/2010/05/israel-serang-konvoi-kapal-bantuan-ke.html

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari IBU..!


Salam 'alaik,
Erm, inginku memberitahu perkhabaran buat semua...
Inilah ibuku.... Inilah ibuku.... Inilah ibuku
Tiada siapa yang mampu menggubahnya...!
-noktah-
Selamat Hari Ibu...!

Monday, April 26, 2010

Selamat Pegantin Baru ...!



p/s : erm, semoga pasangan ini berbahagia...! (he3x)

Friday, April 9, 2010

Ayat Baik Vs Ayat Tak Baik








Assalamualaikum murid-murid...!
Hari ini, cikgu akan mengajar kamu cara untuk membezakan ayat yang baik serta ayat yang kurang baik. Walaupun dari aspek tatabahasanya betul, namun sejauh mana ke"gramatis"an ayat yang terbentuk. Mari kita kaji beberapa contoh berikut:-

Ayat baik : Salim selalu makan di tempat kerja.
Ayat tak baik : Salim selalu makan rasuah.

Ayat baik : Akhtar sering melabur.
Ayat tak baik : Akhtar sering terlupa menekan pam.

Ayat baik : Zulhelmi memandu kereta dengan cermat.
Ayat tak baik : Zulhelmi memandu kereta curi.

Ayat baik : Faizul suka bercakap benar.
Ayat tak baik : Faizul suka mencarut.

Ayat baik : Aswad selalu pergi ke surau.
Ayat tak baik : Aswad selalu tidur di surau.

Ayat baik : Hisyam berjaya mencuri hati gadis itu.
Ayat tak baik : Hisyam berjaya mencuri wang gadis itu.

Ayat baik : Amir mempunyai lesen kereta.
Ayat tak baik : Amir mempunyai lesen terbang.

Segala contoh, nama, tempat, benda serta segala yang berkaitan dengan individu tertentu adalah tidak disengajakan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Baiklah, kelas boleh bersurai.


p/s : renung, renungkan dan selamat beramal.....!

Sunday, March 14, 2010

Ranking SPM 2009


PUTRAJAYA 11 Mac – Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak yang mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 hari ini diumumkan sebagai pelajar terbaik, manakala Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan pula muncul sebagai sekolah terbaik. - UTUSAN

PUTRAJAYA: Seramai 364,046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu. Keputusan keseluruhan SPM 2009 peringkat kebangsaan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

Manakala, seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, daripada jumlah itu, seramai 214 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Menurut beliau, seramai 41 orang merupakan calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain kementerian.

Berikut pula dinyatakan kedudukan MRSM 10 Terbaik Seluruh Malaysia:-
  1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak
  2. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka
  3. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Terengganu
  4. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka
  5. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Perak
  6. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, Perak
  7. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor
  8. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah
  9. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, Johor
  10. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis, Pahang

Salam 'alaik,
Erm, ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya. Alhamdulillah...
Sekali lagi SASER telah mengungguli kedudukan teratas bagi ranking SBP sejak dari tahun 2006 lagi. Biarpun tanpa status Sekolah Kluster mahupun Sekolah Berprestasi Tinggi, SASER tetap unggul sebagai sekolah terbaik Malaysia bagi peperiksaan SPM 2009 dengan purata nilai gred (PNG) 0.97 dan 138 orang pelajar mendapat semua A. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SASER. Moga budaya kecemerlangan ini akan diteruskan oleh generasi yang seterusnya.


PNG SPM 2009 Mengikut Subjek

SUBJEK

PNG

Bahasa Melayu 0.72
Bahasa Inggeris 1.25
Matematik 0.22
Pendidikan Islam 0.60
Pendidikan Moral 0.44
Sejarah 0.63
Fizik 1.33
Kimia 0.94
Biologi 1.90
Matematik Tambahan 1.06
EST 1.68

p/s : Untuk pengetahuan semua, pemberat bagi A+ ialah 0. Oleh itu, semakin hampir PNG kepada 0 bermaksud semakin baik pencapaian.


Sunday, February 28, 2010

Jom Belajar Bahasa Asing...!


Salam 'alaik,
Kali nie, aku nak berkongsi satu laman web
berkaitan pembelajaran bahasa....
Korang mungkin teringin nak berbahasa jerman, jepun, korea kan??
Inggeris pun korang boleh tingkatkan...
Tapi, korang pasti nak yang interaktif, mudah, jimat....tul x?
Meh, teman nak kabo kat deme sumer....

link : www.livemocha.com

Antara kelebihan laman web nie :-
- percuma (tapi, boleh diupgradekan)
- mesra pengguna
- pengaplikasian data yang ringkas dan mudah
- terdapat lebih kurang 36 kursus bahasa (french, mandarin dll..)
- 160 jam kredit bagi setiap kursus bahasa
- boleh berinteraksi dengan penutur jati (mcm jadi mentor korang ar...)
- boleh dijadikan sebagai web sosial-networking ( ala-ala mcm fb, fs dll..)



p/s : Apa-apa pun, rating aku untuk laman web nie 3 daripada 5 bintang...
(korang akan faham lepas korang dah layari....)

Thursday, February 18, 2010

JPP 2010/2011



YDP
MEOR FAKRULLAH B ABD JALIL (PISMP SEM 1 PAQ)
NYDP 1:
MOHAMAD NAZMI B ABD SAMAD (PISMP SEM 1 PAQ)
NYDP 2:
MOHD ASRAN B JUSOH (PISMP SEM 1 PK)


S/U Agung :
NORHAZIQAH BT ROSLI (PISMP SEM 3 SAINS)
N S/U Agung :
WAN HANISAH BT MEOR ABD AZIZ SUHAIMI (PISMP SEM 1 PAQ)

Bendahari Kehormat :
ABDUL SHARIL HAZRI B NORDIN (PISMP SEM 1 PK)

N Bendahari Kehormat:
SITI NURDIYANA BT MOHD YUSOF (PISMP SEM 3 PL)


Pengerusi Biro Akademik :
MUHAMMAD ZULAGIL B HAIZAMUDDIN (PISMP SEM 3 PL)

Naib Pengerusi Biro Akademik :
YOONG SOO MAY (PISMP SEM 1 PL/BC)


Pengerusi Biro Perhubungan Luar & Domestik :
AHMAD LUTFI B MUHAMMAD ALI ( PISMP SEM 1 PAQ)
Naib Pengerusi Biro Perhubungan Luar & Domestik :
MOHD FAUZI B ALI (PISMP SEM 3 PK)

Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi :
MUHAMMAD AQMAL HAKIM B ABDUL RAHIM (PISMP SEM 1 PJK)

Naib Pengerusi Sukan & Rekreasi :
TAN SOOK YONG (PISMP SEM 1 BC)


Pengerusi Biro Warisan :
MUHAMMAD NAZRIN B SULAIMAN (PISMP SEM 1 MATH)

Naib Pengerusi Biro Warisan :
MOHAMAD AZWAN B MOHD PUAT (PPISMP SEM 2 MT/BM/BI)

Pengerusi Biro Kebajikan & Kaunseling :
AHMAD ANWARI B RAZALI (PISMP SEM 1 PAQ)

Naib Pengerusi Biro Kebajikan & Kaunseling :
FAKHRIAH HAMIDAH BT SABRI (PISMP SEM 1 SAINS)

Pengerusi Biro Kolej Kediaman :
AIMI NADHIRAH BT ABD MALEK (PISMP SEM 1 PAQ)

Naib Pengerusi Biro Kolej Kediaman :
MOHD FARDY RAFEQ B MOHD FISAL (PISMP SEM 1 PK)


Pengerusi Biro ICT :
MUHAMMAD IZAAN B BASUNI (PPISMP SEM 2 PK/BM/PS/PJ)

Naib Pengerusi Biro ICT :
MOHD ASYRAF B HJ ABDULLAH (PISMP SEM 1 SAINS)

Pengerusi Biro HELWANI :
NURUL SHUHADA BT TALIB (PISMP SEM 1 PAQ)

Naib Pengerusi Biro HELWANI :
NORNABILAH BT MANSOR (PISMP SEM 3 SAINS)

Pengerusi Biro Kerohanian & Pembangunan Sahsiah :
MOHD NURUDDIN B ZAKARIA (PPISMP SEM 2 PIQ/BI/BA)



Statistik Umum
Hari Penamaan calon : 14 Januari 2010
Hari Pengundian : 21 Januari 2010

BILANGAN KELUAR MENGUNDI = 760/884 ORANG

PERATUSAN KELUAR MENGUNDI = 86%

keputusan penuh undian : [klik]


Salam februari,
Di atas dinyatakan senarai penuh perwakilan pelajar yang menerajui tompok kepimpinan bagi sesi 2010/2011. Moga-moga perwakilan kali ini dapat menjalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin.
Di bawah nie, aku turut muatkan teks manifesto yang aku gunakan sewaktu berkempen sebelum nie. Ringkas jer... (kat pentas cuak giler smpai ingat-ingat lupe)
Well, aku tak menjanjikan sebarang janji manis.
(takut seh, kalau janji x tertunai)

Assalamualaikum
salam sejahtera, salam perwakilan & salam JPP

Nama diberi
Muhammad Zulagil Bin Haizamuddin dari kumpulan PISMP PL Sem 3
yang akan bertanding atas tiket biro akademik
Sememangnya saya bukanlah se"flat" seperti saudara Solehuddin,
sepetah berbicara seperti saudara Syafizan,
hatta setegap saudara Syed sekalipun.
Akan tetapi, saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk memancing undi-undi anda.

bunyi kambing mengembek,
bunyi kerbau menguak;
bunyi harimau mengaum,
bunyi manusia....siapa yang tahu?
Maka, terpulanglah bagi saudara dan saudari sekalian menilai pro dan kontranya yang tersendiri
Tepuk dada, tanyalah minda;
tepuk dahi, fikirlah sendiri...

Satu undi pencetus satu revolusi
wabilahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatu
Salam permisi...


p/s : adoi, betul ke apa yg aku buat nie???
kekadang terfikir gak....lawak gak aku nie berpidato
btw, aku join JPP nie pun nk kutip pengalaman...
tp, tentu org fikir aku nie giler kuasa kan??
kalau korang kat tempat aku, apa yg korang nk buat???
harap-harap aku still aku...