Tuesday, April 21, 2009

Jernih VS Keruh...?


Salam 'alaik
kepada yg berkenaan...

Tapi suka aku nak mencelah sikit..

apa yang haram tetap haram, apa yang halal tetap halal....

kejayaan manusia terletak pada agama..
jgnlah kita nk membelakangkan mahupn persoalkan...
agama x bleh di asingkan...
agama yg memberi panduan kepada kita...

Aku tgk ruangan nih ada yg "condemn",ada yg nasihat...
nie merupakan suatu perkongsian ... betul x ?
mungkin yang menyokong tu ada kaitan kut...??
di smping memberi kesedaran...

Kta msg2 muslim watpa nk btegang leher lgpn Allah x ska org yg mmjgkn pkelahian
Tp kalo ats dsar niat nk perbtulkn apa yg x btul xpela coz bila kta tgur org pn tmsuk dlm amar makruh nahi mungkar

Alhamdulillah,kta dlhirkn suma x sma
Kdg2 kta xleh nk slhkn indvdu trsebut,myb dia jahil
Bab hukum yg lain maybe dia tau,tp part mcm ni dia jahil
Ya lah,thap keimanan kte kn brbeza
Ddkan agama kta mgkin ade yg rdh,sdrhana or tggi
Lgpn iman xleh dwarisi kalo pn mak or ayah dia alim or adik bradik dia len btudung or x...

Kta ambik iktbar dsmpg kta doakn mga Allah mmbri hdayah kpd indvdu trsbut
Insya-Allah
Tp trus trang aku ckp kat cni yg aku plg xska n xleh tahan bila mana kita nak tegur ssorg n respons dia…
"Ikut ska ati aku la! Kubur msg2…" atau pn,
"Jgn jga tpi kain org len leh x..??"
"jadilah diri sendiri..."
mmgla kbur msg2 tp dlm kbur tu nti, kta akn dpt’jwbkn ats apa yg kta lakukn,apa yg kta wat kat dunia ni
Mksudnya,memang kat dunia ni kta kna jga tpi kain org len gak lebih-lebih lg sdara seIslam coz mmg dh tggngjwb kta. Kalau jadilah diri sendiri tue memang salah...kena betulkan gak. Betul x?

Apa sbnarnya konsep dakwah tu?
Kita amik yg plg mudah dan tpat, ykni mrujuk kpd hadith Rasulullah S.A.W.;
“Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya, dan jika tidak mampu maka dengan lidahnya (lisan), dan apabila tidak mampu, dengan hatinya. Dan demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemah iman.”
-Hadith riwayat Muslim.

Jelas! Stiap indvdu Muslim WAJIB brusaha sjauh mna yg tmmpu utk mnegur@mpbetul kslahan org lain.Ha,tp ni x bmkna kta bleh mcari kslahan org len apatah lg nk mngintai@men’spy’ apa yg org len buat! Tp nk bgtau kt cni yg knsep ‘Jgn jg tpi kain org lain’ adlh suatu knsep yg slah dn tsasar drpd khndak Islam! Bhaya kn? Coz slama ni kta sring didoktrinisasikan, sring dpgaruhi oleh kuarga dn rkan2 yg bila mati nti, kbur kta msg2 n x share dgn org lain! Lupakah mreka dgn ayat al-Quran,

“Wahai orang-orang beriman, Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…”
-At-Tahrim, 66:6

Nau’zubillah…
Ha,terkena tang btg idung kta kn? Kta kna ingat yg kalo kta x tgur mreka,x tegah pbuatan mksiat kwn2 kita, kt akhirat nti, kt padang Mahsyar nti, mreka ni yg akn ‘tegur’ kta blk! Dorg ni yg akn tntut blk kt kta, “Knapa time aku still hidup kt dunia dulu, kau x tgur aku?? Kau x jg tpi kain aku??” Baaammmm!!! Amik sebijik! Tp time tu,dh tlambat la…Time tu,sesal la camne pun, mnangis mrengek tkeluar taik mata emas skali pn,x mgkin kta akn dkmbalikan ke muka bumi yg fana ini.

“Dan alangkah ngerinya, sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya dan berkata, ‘Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.”
-As-Sajdah, 32:12

Bottom line, try our best! Islam tu kn mudah? Innaddinna yusrun! In fact, mcm hadith yg dsbut kt ats td, kalo kta x mmpu nk tegah dgn pbuatan skali pn, ckupla skadar kta mbenci/x suka dlm hati dgn pbuatan mksiat dn sia2 yg kta nmpak dgn mta kpala kta.Walaupun tu adlh selemah2 iman (Masha-allah, trasa sgt lmah dri ni..),at least kta x bskongkol dgn mksiat tu.Coz kalo dlm hati pn kta xde prasaan benci dn x suka,tu mksudnya kta redha dgn pbuatan tsebut.Maka kta tlah dkira sbg rkan kongsi/subahat dlm plaburan mksiat kwn kta td,walaupun share kta secuit je…

So,aku nk mgingatkn dn mgajak dri aku sndiri dn korg yg membaca/terbaca entry ni,marilah kta bsama2 mjaga tepi kain sndiri dn org len,aslkn x tselak kain tu! Coz kt kbur nti, kta tdk bseorgn,kta pnya ‘teman’! Aku nie pn insan yg lemah gak...

maaf kalau terasa...
skdr suatu perkongsian...
moga2 dipermudahkan...

Thursday, April 16, 2009

Kontroversi : Isu Pengkid



Perihal 1 : Luahan Rasa Pengkid

Pertama sekali, saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap akhbar-akhbar yang selalu menyiarkan isu pengkid. Sudah tidak ada masalah lainkah untuk dijadikan isu semasa?

Saya juga pengkid, jadi saya ingin menyuarakan komen mengenai isu pengkid ini untuk tatapan semua pembaca. Pengkid wujud kerana sikap lelaki juga.

Ada di antara pengkid dulunya wanita normal tetapi mereka mengubah cara hidup untuk menjadi seperti lelaki selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki. Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki. Memang tak semua begitu tetapi kebanyakan dan saya percaya melebihi 60 peratus begitu.

Jika seseorang ingin berubah, ia perlu datang daripada hati mereka sendiri. Tak guna mereka dipaksa. Jika seorang pengkid dipaksa berubah menjadi wanita normal dan dipaksa berkahwin tidakkah anda semua terfikir ia bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka? Bukankah rumah tangga mereka juga akan binasa? Bolehkah ini dikatakan menyelamatkan institusi keluarga? Saya ada seorang rakan pengkid yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki. Bukankah itu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya. Setiap orang diberikan hati dan otak untuk berfikir, jadi berilah masa kepada kami untuk berfikir. Biar kami tentukan sendiri bila dan bagaimana kami nak berubah.

Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka. Hakikatnya, banyak lagi masalah lain yang membelenggu negara kita, antaranya kes buang anak, bohsia dan mat rempit, seks rambang dan pelacuran, lelaki dan wanita tinggal serumah tanpa ikatan. Bukankah semua kes ini lebih berat tapi kenapa isu pengkid yang tak banyak membawa masalah kepada negara harus dibangkitkan. Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?

Hak masing-masing untuk berpakaian seperti apapun. Kenapa tidak ditangkap mereka yang berpakaian seksi dan menjadi ikutan hingga terjadinya gejala rogol. Fikirlah anda semua kerana pengkid juga manusia biasa dan mereka dilahirkan bersama naluri ini. Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi begini.

Sejak saya kecil saya sudah seperti ini. Naluri ini lahir secara semula jadi dan bukan kami cari sendiri. Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita.

Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.

Pesanan terakhir saya kepada rakyat Malaysia, jangan menyalahkan golongan ini 100 peratus. Selamatkan dulu anak gadis anda dan adik perempuan anda yang menjadi aset pemuas nafsu lelaki, menjadi pembunuh bayi tidak berdosa dan bermacam-macam lagi.

Bagaimanapun, bagi pengkid yang mengganggu rumah tangga orang lain, mereka harus diberi pengajaran. Saya bukan ingin mencabar fatwa tetapi tindakan yang diambil tidak dapat mengubah apa-apa.

Saya berkata begitu kerana ada juga di kalangan kawan-kawan wanita saya yang bertudung ketika berdepan dengan masyarakat tetapi di rumah mereka ada kekasih dan hidup seperti suami isteri.

Apa gunanya semua itu? Saya sarankan rakyat Malaysia jangan terlalu pening kepala dengan isu ini kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.



_________________________________________________________________




Wow. Hebat isi hati si peluah ini. Pertama sekali, aku ingin bertanya satu soalan pada saudari (yang aku tak tahu siapa ko ni.).

Apa agama kamu?

Kecewa. Sedih. Hanya ini sahaja perasaan aku terhadap golongan-golongan seperti kamu ini.

Bagi menjawab kata-kata saudari.

“Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki.”

- Kenapa nak menghambakan diri kepada lelaki? Walaupun jika kamu bukan seorang pengkid, sememangnya salah untuk kamu menghambakan diri kepada lelaki. Melainkan bagi yang dah ada ikatan yang sah.

“Bukankah itu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya.”

- Wah..Kamu pandai cakap pasal dosa? Kamu tahu ke istilah dosa pahala ni? Syurga neraka tahu ke ape benda?

“Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka.”

- Kamu adalah superwoman atau kamu ni Tuhan? Hanya Allah yang menentukan bilanya berkahir nyawa seorang hambaNya.

“Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi begini.”

- Niat tak menghalalkan cara. Kalau kamu berserah kepada Allah semata-mata. Kamu takkan jadi begini.

“Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita.”

- Kromosom XY takkan menjadi XX. Dan kromosom XX takkan menjadi XY. Islam tak memaksa lelaki menjadi wanita. Dan islam juga tak memaksa perempuan jadi wanita. Hm…bukan ke pelik tu kalau wanita terpaksa jadi perempuan. Haih~ pening betul aku otak diorang ni.

“Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?”

- Sekali lagi. Kamu ni Tuhan ke? Hanya Islam yang dapat menyelamatkannya. Memanglah kat Malaysia ni berleluasa masalah ni. Masalahnya pemimpin kita bukannya memimpin berlandaskan islam sangat. Tambah-tambah lagi rakyat jelata sendiri yang sememangnya dah rosak. Islam di kad pengenalan, bertudung di kepala. Tapi hati hitam legam, Masya Allah. Hanya Tuhan yang tahu. Aku menyokong HUDUD!!!

“Saya bukan ingin mencabar fatwa tetapi tindakan yang diambil tidak dapat mengubah apa-apa.”

- Fatwa ni fungsinya macam seorang bapa la. Kalau anak dia wat salah, mestila die tegur. Haramkan mana perbuatan yang salah tu. Kalau dia buat bodoh, salah la. Sebab dah memang tanggungjawab dia. Jangan salahkan fatwa. Kalau fatwa tak memperingatkan dan memberi amaran kepada kamu. Sape lagi nak tolong peringatkan kamu tentang dosa dan pahala tu? Nak harapkan rakan sepengkid kamu tu tolong peringatkan??? ~ Wallhua’lam.

“Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.”

- Aku pun turut doakan juga. Aaaamin.

Mereka-mereka ni kita takleh nak berkeras sangat. Lagi kita berkeras, lagi la diorang degil. Haih~…nak kiamat dah.

Isu reformis NGO bukan islam yang turut melawan fatwa.

Yang ni aku nak direct. (Untuk yang melawan je, yang tak berkaitan jangan terasa ye…)

Ape kes korang? Nak mati ke? Menyebuk tak tentu pasal? Ade fatwa nak kacau korang ke? Ni perintah untuk orang islam je. Dah la bukan islam, duk sebok-sebok sangat ni pehal??? Balik baca kitab masing-masingla. Nak kacau pulak cara pemerintahan Islam!!!!

Sumber Luahan Rasa Pengkid





Perihal 2 : Pengkid difatwa HARAM

Kecenderungan segelintir wanita mengamalkan budaya pengkid, istilah yang menggambarkan penampilan dan kelakuan umpama lelaki mendorong Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan ia sebagai haram.

Namun, pengharaman itu lebih menjurus kepada kelakuan melampau bagi pasangan sejenis memandangkan aspek pakaian bukan lagi satu isu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, ketetapan itu berdasarkan kepada kecenderungan wanita untuk berkelakuan seperti lelaki semasa bergaul dengan pasangan mereka yang juga kaum sejenis.

"Ia bukan sekadar (merangkumi) pakaian sahaja. Etika pakaian dah jelas halal dan haram.

"Tapi yang kita tekankan ialah yang kelakuan menyerupai lelaki dan menjadikan pasangan wanitanya sebagai teman seksual,'' kata beliau ketika dihubungi di Kota Bharu selepas menghadiri muzakarah dua hari Majlis Fatwa Kebangsaan semalam.

Ia reaksi segera beliau terhadap kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin semalam mengenai keputusan mengharamkan perbuatan wanita yang cenderung kepada kegiatan seksual sebagai lelaki sedangkan mereka adalah wanita sejati.

Majlis turut membuat ketetapan untuk membolehkan seseorang cucu mewarisi harta pusaka datuk mereka sekiranya bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk mereka.

sumber: Kosmo!
26 Oktober 2008



Perihal 3 : Sanggup dicerai demi PENGKID

KUALA LUMPUR - Seorang isteri sanggup meninggalkan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan dan seorang anak perempuannya semata-mata mengikuti pengkid yang menyerupai penyanyi lelaki pujaannya.

Isteri itu yang bekerja di institusi kewangan dan menjadi model sambilan dikatakan mula menjalin hubungan 'cinta songsang' dengan pengkid tersebut yang juga merupakan teman sekerjanya sejak penghujung 2005.

Bermula dengan hanya meminati wajah 'tampan' yang dimiliki pengkid berkenaan yang dikenali dengan Boy, Azni (bukan nama sebenar) yang merupakan model bertudung lantas jatuh hati dan cuba untuk mendekatinya.

Perkenalan itu akhirnya membuatkan mereka berdua rapat dan menjalin hubungan 'cinta songsang' secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suami, keluarga dan rakan-rakan.

Menurut Azni, tindakannya itu menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu musnah.

Bercerita lanjut, Azni memberitahu, pada awal perhubungan dengan Boy, suaminya (Azim - bukan nama sebenar) tidak mengesyaki apa-apa meskipun beliau selalu pulang lewat.

Bukan sahaja pulang lewat tetapi Azni semakin lama mengabaikan anaknya dan tidak mempedulikan rumah tangganya.

"Suami hanya fikir saya sibuk dengan kerja sebagai model sambilan tanpa mengetahui sebenarnya telah curang bersama seorang pengkid," katanya.

Namun, kisah percintaan songsang itu akhirnya sampai juga ke pengetahuan Azim yang mengetahui perkara itu melalui rakan sekerja Azni dan juga anaknya sendiri.

"Azim betul-betul terkejut apabila anak saya bercerita tentang saya bersama Boy di atas katil dan rakannya pula bercerita tentang keakraban saya dengan pengkid itu.

Setelah tidak menemui jalan penyelesaian meskipun telah merujuk ke pejabat agama, Azim akhirnya terpaksa melepaskan isterinya ke tangan seorang pengkid pada penghujung 2006.

Sehingga kini, Azni dikatakan masih berhubungan dengan Boy.


Perihal 4 : Pengkid gaduh rebut KEKASIH




p/s : Apa nak jadi skrang nie? Risau gak tgk keadaan semasa skrang nie. Masalah politik, ekonomi, sosial dan sekiranya tidak dapat dibendung sudah pastilah akan lebih mengeruhkan keadaan. Sememangnya, keadaan ini akan lebih menyukarkan dari semasa ke semasa.

Fikirlah secara rasional,
Jangan menyerang secara emosional.........

Sunday, April 5, 2009

Ranking SBP SPM 2008

.

Salam 'alaik,
Sekadar berkongsi. Tahniah ler buat ex-skolah aku tue. Korang dah mengekalkan kedudukan skolah 3 tahun berturut-turut. Syukur sangat... Next time, cuba take over MRSM plak...

Teringat plak ...
a) moto sekolah:-
"SASER Namamu Teratas, Takkan SASER Hilang Takhta"

b) ucapan lepas abih kelas:-
terima kasih, cikgu!
maafkan kami, cikgu!
halalkan ilmu, cikgu!
SPM 10 1A cikgu...!

1 SM SAINS SEREMBAN 1.612
2 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.680
3 SM SAINS ALAM SHAH 1.754
4 SM SAINS MUAR 1.834
5 SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.841
6 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.883
7 SM SAINS JOHOR 1.906
8 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.930
9 SBP INTEGRASI RAWANG 1.951
10 SM SAINS SERI PUTERI 1.979
11 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.990
12 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 2.004
13 SM SAINS HULU SELANGOR 2.014
14 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 2.005
15 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 2.059
16 KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR 2.073
17 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 2.084
18 SBP INTEGRASI SELANDAR 2.075
19 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 2.110
20 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 2.108
21 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 2.135
22 SM SAINS SULTAN MAHMUD 2.142
23 SBP INTEGRASI TEMERLOH 2.143
24 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 2.171
25 SM SAINS POKOK SENA 2.171
26 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 2.198
27 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 2.193
28 SEKOLAH SERI PUTERI 2.188
29 SEKOLAH TUN FATIMAH 2.221
30 SBP INTEGRASI JEMPOL 2.248
31 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 2.266
32 SM SAINS MACHANG 2.269
33 SM SAINS SELANGOR 2.289
34 SM SULTAN ABDUL HALIM 2.305
35 SBP INTEGRASI GOPENG 2.277
36 SM SAINS SABAH 2.321
37 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 2.307
38 SBP INTEGRASI PEKAN 2.355
39 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.382
40 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.409
41 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 2.406
42 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 2.419
43 SM SAINS PASIR PUTEH 2.437
44 SM SAINS KUCHING 2.438
45 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.434
46 SM SAINS MIRI 2.440
47 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.446
48 SM SAINS TELUK INTAN 2.447
49 SM SAINS KOTA TINGGI 2.444
50 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 2.456
51 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.604
52 SM SAINS LAHAD DATU 2.621
53 SM SAINS DUNGUN 2.637
54 SM SAINS LABUAN 2.822

TOP 10 by subject

Bahasa Inggeris :

1 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
2 SM SAINS TUANKU JA`AFAR
3 KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR
4 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
5 KOLEJ TUNKU KURSHIAH
6 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH
7 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
8 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
9 SM SAINS JOHOR
10 SEKOLAH SERI PUTERI

Bahasa Arab Tinggi :
1. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
2. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM
3. SBP INTEGRASI GOPENG
4. SBP INTEGRASI BATU RAKIT
5. SBP INTEGRASI TEMERLOH
6. SBP INTEGRASI JEMPOL
7. SM SAINS SULTAN ISKANDAR
8. SBP INTEGRASI SELANDAR
9. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU
10. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG

BAHASA MELAYU :
SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH
SM SAINS KUALA TERENGGANU
SM SAINS PASIR PUTEH
SBP INTEGRASI PEKAN
SM SAINS MUAR
SM SAINS SERI PUTERI
SBP INTEGRASI KUANTAN
SM SAINS SABAH
KOLEJ TUNKU KURSHIAH
SBP INTEGRASI TEMERLOH

BIOLOGI
SM SAINS ALAM SHAH
SM SAINS TENGKU ABDULLAH
SM SAINS MUZAFFAR SYAH
SBP INTEGRASI SELANDAR
SM SAINS TUANKU SYED PUTRA
SBP INTEGRASI BATU RAKIT
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
SM SAINS MUAR
SBP INTEGRASI RAWANG
SM SAINS SEREMBAN

FIZIK :
SBP INTEGRASI GOMBAK
SM SAINS SEREMBAN
SM SAINS SULTAN MAHMUD
KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR
SM SAINS JOHOR
SM SAINS ALAM SHAH
SBP INTEGRASI RAWANG
SM SAINS SULTAN ISKANDAR
SEKOLAH SERI PUTERI
SM SAINS MUAR

KIMIA :
1 SM SAINS SEREMBAN
2 SBP INTEGRASI RAWANG
3 SBP INTEGRASI GOMBAK
4 SM SAINS ALAM SHAH
5 SM SAINS SERI PUTERI
6 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
7 SM SAINS MUAR
8 SM SAINS KUALA SELANGOR
9 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
10 SM SAINS KUALA TERENGGANU

MATEMATIK

1 SM SAINS ALAM SHAH
2 SM SAINS SULTAN MAHMUD
3 SM SAINS SEREMBAN
4 SM SAINS KUALA TERENGGANU
5 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
6 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
7 SM SAINS SELANGOR
8 SM SAINS PASIR PUTEH
9 SBP INTEGRASI RAWANG
10 SM SAINS MIRI

MATEMATIK TAMBAHAN

1 SM SAINS SEREMBAN
2 SEKOLAH TUN FATIMAH
3 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
4 SM SAINS ALAM SHAH
5 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
6 SBP INTEGRASI GOMBAK
7 SM SAINS KUALA TERENGGANU
8 SM SAINS JOHOR
9 SM SAINS MUAR
10 SM SAINS TENGKU ABDULLAH

SEJARAH :

1 SM SAINS ALAM SHAH
2 SM SAINS KUALA TERENGGANU
3 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
4 SBP INTEGRASI JEMPOL
5 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
6 SM SAINS SERI PUTERI
7 SBP INTEGRASI GOMBAK
8 SM SAINS SEREMBAN
9 SM SAINS SELANGOR
10 SM SAINS MUAR

p/s : Kepada junior-junior skalian, korang semua study ler elok-elok. Tapi, akhirat jgn lupa gak...!

Saturday, April 4, 2009

Teori Darwin : Manusia dari beruk... betul ke?





Dialog antara aku ngan roomate aku :-

member : Weh, ang tau x pasal teori darwin?
aku : Tau ler. Awat?
member : Aku rasa, betul ar teori yang si darwin tu habaq!
aku : Aiks, ang nie dah giler meroyan ker? X kan ler kita nie dari beruk. X kan ler ang x tau plak. Watpe nak caya ngan teori tu?
member : Rileks ar, ang tgk orang skrang nie. Gelek sana, gelek sini. Hip hop, shuffle dan macam-macam benda pelik lagi. X ke macam beruk? Hahaha...
aku : Aduhai... Betul... Betul... Betul...!


p/s : apa nak jadi nie...???