PUTRAJAYA 11 Mac – Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak yang mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 hari ini diumumkan sebagai pelajar terbaik, manakala Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan pula muncul sebagai sekolah terbaik. - UTUSAN
Berikut pula dinyatakan kedudukan MRSM 10 Terbaik Seluruh Malaysia:-PUTRAJAYA: Seramai 364,046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu. Keputusan keseluruhan SPM 2009 peringkat kebangsaan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.
Manakala, seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, daripada jumlah itu, seramai 214 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
Menurut beliau, seramai 41 orang merupakan calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain kementerian.
- Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak
- Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka
- Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Terengganu
- Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka
- Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Perak
- Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, Perak
- Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor
- Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah
- Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, Johor
- Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis, Pahang
Erm, ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya. Alhamdulillah...
Sekali lagi SASER telah mengungguli kedudukan teratas bagi ranking SBP sejak dari tahun 2006 lagi. Biarpun tanpa status Sekolah Kluster mahupun Sekolah Berprestasi Tinggi, SASER tetap unggul sebagai sekolah terbaik Malaysia bagi peperiksaan SPM 2009 dengan purata nilai gred (PNG) 0.97 dan 138 orang pelajar mendapat semua A. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SASER. Moga budaya kecemerlangan ini akan diteruskan oleh generasi yang seterusnya.
PNG SPM 2009 Mengikut Subjek
SUBJEK | PNG |
Bahasa Melayu | 0.72 |
Bahasa Inggeris | 1.25 |
Matematik | 0.22 |
Pendidikan Islam | 0.60 |
Pendidikan Moral | 0.44 |
Sejarah | 0.63 |
Fizik | 1.33 |
Kimia | 0.94 |
Biologi | 1.90 |
Matematik Tambahan | 1.06 |
EST | 1.68 |
p/s : Untuk pengetahuan semua, pemberat bagi A+ ialah 0. Oleh itu, semakin hampir PNG kepada 0 bermaksud semakin baik pencapaian.