Wednesday, December 5, 2012
Saturday, December 1, 2012
Adakah kita rasa tidak berguna?
caption : adakah itu kita?
Cerita 1
Tanyalah pada sang rumput di padang: “Tidakkah kamu mahu
menjadi sesuatu yang lain? Lagipun, kamu hanya tumbuh pada tempat yang sama setiap hari…”
Lalu, sang rumput menjawab: “Aku sememangnya hijau dan kehijauan itu alasan
untuk aku hidup.”
Tanyalah pada sebatang sungai: “Tidakkah kamu menjadi sesuatu yang lain?
Lagipun, kamu hanya mengalir pada arah yang sama sepanjang masa…”
Lalu, sungai menjawab: “Aku bukan cuba untuk menjadi sesuatu yang lain, tetapi
aku cuba untuk menjadi sungai.”
Cerita 2
Suatu hari, si suami mengeluh keseorangan melihat dirinya yang kurus melidi.
Dia ingin menjadi seorang yang berotot agar kelihatan gagah di mata isterinya.
Suami : Erm, awatler aku nie kurus sangat? Padahal, aku selalu pi bersenam di
gym.
Isteri : Abang…. Oh, abang! Mai sat… Nak minta tolong nie…
Suami : Iye, yang… Awatnya?
Isteri : Abang, tolong bukakan penutup botol sos cili nie…
Suami : Tup…. Tap… (penutup botol berjaya dibuka…) Nah, ambik ni….
Isteri : Wah, abanglah orang yang “PALING GAGAH” yang pernah ayang jumpa selama
nie…
Suami : Erks…(terharu…)
-cerita tamat-
Assalamualaikum dan selamat berblogging,
Setelah hampir 6 bulan lamanya, aku telah meninggalkan arena berblogging.
Namun, jauh di sudut hati, aku tetap mahu berkongsi sesuatu dengan semua orang.
Aku juga gembira dengan adanya teman-teman di sekeliling yang sentiasa juga mahu
berkongsi pengalaman, idea, pandangan serta cerita-cerita mereka. Aku bukanlah
seorang yang pandai untuk menulis, dan itu merupakan salah satu sebab aku
tersekat sebentar untuk berblogging. Tapi, aku adalah aku… Betul tak? Jadilah
diri kita sendiri.
Titik-tolak daripada itu, aku pun mahu nukilkan sesuatu buat semua.
Erm, sekadar suatu perkongsian buat semua. Ramai yang selalu mengeluh menginginkan
untuk menjadi sesuatu yang agak "LAIN" berbanding dirinya. Tentu anda juga pernah
berfikiran demikian, tak gitu?
“Kalaulah aku kacak…”
“kalaulah aku ada rumah besar…”
“Kalaulah aku tinggi…”
Konon-kononnya kacak itu lambang kesempurnaan, sasa itu lambang kegagahan, kaya
itu lambang kebahagiaan serta berbagai-bagai lagi anggapan. Namun, sedarkah
kita… adakah kita benar-benar memerlukkannya?
Adakah kita rasa tidak berguna?
Janganlah cuba untuk menjadi orang lain. Cukuplah sekadar menjadi diri sendiri.
Dan itulah yang membawa perbezaannya. Terpulanglah bagi sesiapa pun untuk
menilai anda, akan tetapi anda tetap anda. Diri anda sendirilah yang akan mengajar
anda untuk mengenal diri sendiri.
Kadangkala, kita memerlukan suatu perubahan yang drastik untuk kebaikan kita.
Latihan demi latihan akan menjadikan kita seorang yang lebih sempurna.
Janganlah mengharap perubahan itu datang secara tiba-tiba. Namun, pastikan
perubahan itu tidak mengubah siapa kita sebenarnya…
Adakah kita rasa tidak berguna?
Akan tetapi, kadangkala… Hanya dengan memberi senyuman, tanpa sebarang sebab,
kepada seseorang yang kebetulan lalu di hadapan anda…
Tanpa sebarang niat, kamu mungkin telah menyelamatkan seseorang yang anda tidak
kenali, seseorang yang merasakan dirinya tidak berguna dan mungkin akan
membunuh diri, sehinggakan dengan hanya satu “SENYUMAN” telah memberikan satu
pengharapan dan keyakinan untuk meneruskan hidupnya…
Adakah kita masih lagi berasa "TIDAK BERGUNA"…?
p/s : be the right person in the right place at the right time...
Subscribe to:
Posts (Atom)