Tuesday, April 23, 2013

Puasa di BULAN REJAB : Qada & Sunat



Untuk memudahkan kefahaman para pembaca, orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1) Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.

2) Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah. 

3) Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab. Ini bukanlah sunnah. 

4) Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini bukanlah sunnah. 

5) Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab. 

6) Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya.



p/s : sori, lupa nak quote sumber... 

Sunday, March 24, 2013

Perkara ASAS berkaitan "Event Management"


caption : secebis pengalaman 


Assalamualaikum,
Baru-baru nie, aku terlibat dalam menguruskan program Himpunan Mahasiswa Anak Perak.
Banyak garapan pengalaman yang aku perolehi. 
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan lancar. 
Cukup sekadar intro.

Korang pernah terlibat dalam  "event management"?
Kali nie, aku nak berkongsi sedikit tips berkaitan proses pengendalian program.
Terdapat 3 perkara asas yang perlu diambil perhatian. 


3 perkara asas:-



1) Bentuk Organisasi
- Sebelum menjalankan sesuatu acara ataupun program, sebuah organisasi harus dibentuk. Di peringkat ini, seseorang ketua harus bijak menentukan jawatankuasa yang diperlukan bagi menguruskan projek tersebut. Peruntukkan ahli bagi setiap jawatankuasa juga perlu dititikberatkan.


2) Bidang Tugas
- Setiap jawatankuasa yang dibentuk perlu dimaklumkan tentang bidang tugas yang perlu dilaksanakan. Hal ini bagi memastikan agar tidak berlakunya pertindihan bidang kuasa bagi setiap jawatankuasa yang dibentuk. Selain itu, bidang tugas berperanan sebagai panduan bagi setiap jawatankuasa menjalankan tanggungjawab masing-masing


3) Butiran Projek
- Butiran projek merangkumi segala bentuk keperluan yang diperlukan dalam menjalankan projek. Hal ini meliputi kos, tenaga kerja, kumpulan sasaran, maklumat program serta hal-hal lain yang berkaitan. Pelaksanaan tugasan ini dipecahkan kepada tiga durasi masa iaitu sebelum, semasa dan selepasa berlangsungnya projek. Senarai semak juga perlu disediakan bagi melancarkan kelangsungan tugas. Pastikan "recheck" senarai semak yang disediakan secara berkala.



p/s : Kadangkala, sesuatu pengalaman itu perlu dirasai, bukan hanya sekadar membaca.

Friday, February 15, 2013

Jom SEDEKAH






Salam sayyidul ayyam,
Hari Jumaat, penghulu segala hari...

"صدقه"
Suatu perkataan yang mudah.
Semudah menyebutnya, semudah juga melaksanakannya.
Namun, seramai mana yang gemar untuk melakukan perbuatan itu.
Permudahkanlah benda yang mudah agar ianya tidak menyusahkanmu.

"SEDEKAH"
Senyum itu SEDEKAH...
Berkata baik itu SEDEKAH...
Setiap langkah ke masjid itu SEDEKAH
Membantu orang melintas jalan itu SEDEKAH
Mendamaikan orang yang bertelagah itu SEDEKAH
Adakah "SEDEKAH" itu menggunakan DUIT, EMAS, INTAN, PERMATA?
Sudah tentu, TIDAK.
Adakah "SEDEKAH" itu akan mengurangi atau menghabiskan HARTAmu?
Sudah tentu, TIDAK.


Bahkan, ALLAH akan melipatgandakan ganjarannya sehingga tidak terhitung olehnya.


Firman Allah (S.W.T.) "Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya".
(At-Talaq : 2-3)









Nabi Muhammad (S.A.W.) bersabda maksudnya, "Apabila mati seorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.)





p/s : Sedekah itu banyak caranya, bukan wang semata.
Ayuh banyakkan bersedekah, kurangkan memberi alasan.