Sunday, March 24, 2013

Perkara ASAS berkaitan "Event Management"


caption : secebis pengalaman 


Assalamualaikum,
Baru-baru nie, aku terlibat dalam menguruskan program Himpunan Mahasiswa Anak Perak.
Banyak garapan pengalaman yang aku perolehi. 
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan lancar. 
Cukup sekadar intro.

Korang pernah terlibat dalam  "event management"?
Kali nie, aku nak berkongsi sedikit tips berkaitan proses pengendalian program.
Terdapat 3 perkara asas yang perlu diambil perhatian. 


3 perkara asas:-



1) Bentuk Organisasi
- Sebelum menjalankan sesuatu acara ataupun program, sebuah organisasi harus dibentuk. Di peringkat ini, seseorang ketua harus bijak menentukan jawatankuasa yang diperlukan bagi menguruskan projek tersebut. Peruntukkan ahli bagi setiap jawatankuasa juga perlu dititikberatkan.


2) Bidang Tugas
- Setiap jawatankuasa yang dibentuk perlu dimaklumkan tentang bidang tugas yang perlu dilaksanakan. Hal ini bagi memastikan agar tidak berlakunya pertindihan bidang kuasa bagi setiap jawatankuasa yang dibentuk. Selain itu, bidang tugas berperanan sebagai panduan bagi setiap jawatankuasa menjalankan tanggungjawab masing-masing


3) Butiran Projek
- Butiran projek merangkumi segala bentuk keperluan yang diperlukan dalam menjalankan projek. Hal ini meliputi kos, tenaga kerja, kumpulan sasaran, maklumat program serta hal-hal lain yang berkaitan. Pelaksanaan tugasan ini dipecahkan kepada tiga durasi masa iaitu sebelum, semasa dan selepasa berlangsungnya projek. Senarai semak juga perlu disediakan bagi melancarkan kelangsungan tugas. Pastikan "recheck" senarai semak yang disediakan secara berkala.



p/s : Kadangkala, sesuatu pengalaman itu perlu dirasai, bukan hanya sekadar membaca.