Sunday, February 22, 2009

SeDaR Ke TaK SeDaR...?





agak terkesan aku melihat gambar nie.....
well, umur aku pun dah masuk 20 tahun...
ish, apa nak jadi nie??


pengalaman hidup ....

"Dulu aku nak masuk pusat pengajian tinggi yang terkemuka, akhirnya aku dapat. Namun, kehidupan aku di sini agak sengal sikit seterusnya dibuang keluar...."

"Dulu aku teringin sangat nak ada jawatan tertinggi dalam sesuatu oraganisasi, syukurlah aku dapat. Tapi, aku tak mampu... Jadi, jawatan tu plak bagi kat orang lain...."

"Dulu aku nak kahwin dengan anak orang yang kaya, ada paras rupa, tup..tap...tup... tap... aku dapat. Kemudiannya, dia meninggal akibat sakit jantung dan kini aku hidup macam aku dulu..."

"Dulu aku nak beli motor besar, aku kumpul duit dan akhirnya dapat gak aku memilikinya. Selang beberapa hari, aku terlibat dalam kemalangan dan motor tersebut rosak teruk, syukurlah aku masih bernafas...."

Korang perasan tak?
bukan semua benda yang kita idamkan akan kekal?
kembalilah pada fitrah asal kita dijadikan......

Saturday, February 7, 2009

KeRaNA CinTa

salam,
entri kali nie aku sekadar hendak berkongsi lirik lagu....
lagu nie dah agak lama...
cuma sekadar berhibur...

penyanyi : in-team & mestica
judul : kerana cinta

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa
Merawat luka damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yg mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta …oh cinta…oh…cinta
oh cinta… kerana cinta

ulang rangkap 2 hingga 5

cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan

nak tengok klik video lagu nie?
[link]




Erm, entri kat bawah nie plak, aku pernah masukkan kat dalam blog nie...[tahun lepas]
Cuma sekadar nak refresh/recycle/re-use balik entri nie....
Maybe korang tak sempat singgah entri nie...


Tajuk : KaPeL BaNYaK MaNFaat.....?
Tarikh : 4 Jun 2008
Hari : Rabu
Link Blog : [link]



>> 1] seronok [DAPAT FITNAH] glemer tau. glemer dgn mende x baik


>> 2] seronok [DAPAT DOSA] bincang masalah masing2 macam orang dah kahwin la pulak.uhuk2!


>> 3] seronok [DAPAT GENG NGAN SYAITAN]


>> 4] dapat meluahkan masalah [ALLAH KAN ADA]..luah jangan x luah


>> 5] banyak habis duit [LEBIH BAIK GUNA UNTUK SEDEKAH] x kurang juga y habiskan duit beli prepaid & bayar bil tepon y melambung2..masuk tenet duk berjam2


>> 6] banyak risau [TAKUT AWEK KITA ORG LAIN KEBAS BERAPA KALI DAH MISS SOLAT PASAL DOK ASYIK BERDATING X PULAK RISAU ..] yups kalau solat pun macam lipas kudung sbb takut awek majuk..ihik3!


>> 7] banyak termenung & senyum sendiri [PASAL INGAT PERISTIWA RIANG NGAN AWEK..KITA SEBAGAI MUSLIM PATUTNYA BANYAK MENGINGATI MATI Y BOLEH DTG BILA2 MASA..] kadang2 muram sebab bergaduh ngan awek..padan muka!!


>> 8] lebih mengutamakan awek daripada org lain [HIDUP DALAM DUNIA SENDIRI, DYA & AWEK DYA..LAIN DAH X KISAH..] sanggup utamakan awek..serius gler bila kita terserempak dya duk dating..kita macam nak telan jer..renggang dgn kawan2 coz kapel..>>


9] menepati masa & janji [TAKUT AWEK MARAH/SAKIT ATI/MAJUK..SOLAT FARDU LEWAT X TAKUT PULAK..] fuuyo0oooo!!>>


10] lain2 lg yg memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada PAHALA.




p/s : hari untuk berkasih sayang dalam Islam bukanlah pada hari-hari yang tertentu tetapi sebenarnya setiap hari kita dituntut untuk berkasih sayang....