
Salam 'alaik,
Sekolah SASER telah mengalami beberapa perubahan yang agak drastik berbanding waktu mula-mula sekolah ini diwujudkan. Walaupun bangunan sekolah ini merupakan peninggalan sekolah SDAR, namun sememangnya ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus menimba ilmu di sana. Banyak perkhabaran yang kurang enak mengenai sekolah kami yang kononnya bangunan antik, bangunan berhantu, perkhuburan lama dan macam-macam lagi. Entah dari mana kewujudan cerita tersebut. Natijahnya, sekolah tersebut tetap gah melahirkan putera-putera harapan.
Sekolah SASER sedang menuju ke arah pembangunan yang sangat pesat dengan terbinanya beberapa kemudahan yang baru seperti surau, pusat ko-k, bangunan pentadbiran 4 tingkat dan banyak lagi perkembangan yang dijalankan. Jauh berbeza dengan zaman kita yang agak sederhana. Itu apa yang dimaklumkan oleh salah seorang senior batch 1 (Pioneer).
Namun, itu bukanlah suatu persoalan yang menjadi isu berbangkit. Akan tetapi, persoalan mula timbul mengenai penggunaan nama baru untuk sekolah. Mungkin kebanyakan bekas pelajar sekolah telah sedia maklum yang sekolah SASER akan diberi nafas baru dengan penjenamaan semula sekolah. Namun, rata-rata warga SASER termasuklah pelajar mahupun guru tidak berpuas hati dengan proses penjenamaan tersebut.
Dimaklumkan bahawa Pengarah PPD telah mengeluarkan arahan bertulis kepada pengetua sekolah untuk tindakan selanjutnya. Penguatkuasaan pertukaran nama ini dikatakan berkuatkuasa dalam tempoh setahun. Malangnya, generasi terakhir yang akan memikul cabaran SASER akan diakhiri pada generasi ke-7.
Mengapa Saser pula yang dipilih untuk menukar nama?
Difahamkan bahawa peringkat PPD ingin menamakan sekolah bersempena nama yang Di-Pertuan N9. Pada hemat saya, SBP yang baru sepatutnya perlu diberikan nama ini tetapi difahamkan yang PPD hanya mahukan sekolah yang konsisten prestasinya.
Walau bagaimanapun, sememangnya isu hangat ini hanyalah di antara para pelajar SASER itu sendiri (iaitu bermula dari batch 1 hingga batch terkini). Kita sedia maklum pandangan para guru senior akan tetapi adalah lebih baik kita memelihara periuk nasi mereka memandangkan mereka berada di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Andai mereka tidak bersetuju sekalipun, mereka terpaksa akur dengan orang atasan. Adakah semata-mata disebabkan isu ini menyebabkan guru-guru kita terpaksa ditukarkan ke sekolah lain atau mungkin juga dikenakan tindakan tatatertib?
Tunku Mukhriz College = TMC
Kolej Tunku Mukhriz = KTC
Sains Seremban = SASER
Adakah moto sekolah akan ditukar?
Adakah lagu sekolah akan ditukar?
Tunggu dan lihat.......
Sebelum ini juga, SBPI Mersing turut telah ditukarkan kepada
Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar
sekadar suatu perkongsian warga SASER.
Diharapkan agar ALUMNI SASER dapat merungkai permasalahan ini.
maklumat lanjut :-
http://groups.yahoo.com/group/saser_alumni
http://saserdendron.blogspot.com
moga-moga dipermudah....
p/s : penulisan yang agak skema ... adoi!