Salam Ramadhan al-Mubarak,
Erm, malam Al-Qadar...
adakah suatu penantian atau pemburuan?
ANDAI ianya suatu penantian,
sudah pastilah kita hanya perlu menunggu jer...
Namun, andai malam itu suatu pemburuan...
maka, sudah pastilah kita akan memburunya...
dan sememangnya ianya merupakan malam pemburuan...
bahkan lebih baik lagi daripada 1000 bulan...!
p/s : terima kasih kpd yg menyedarkan aku melalui penggunaan "perkataan" tersebut...
terjemahan surah lailatur qadr...
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Qur’an, Al-Qadr 97: 1-5)
4 SEBAB DISEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR
Menurut Imam al-Razi seorang penafsir terkenal telah menulis mengenai sebab Allah menyembunyikan malam al-qadar daripada pengetahuan kita iaitu sebagaimana berikut :
Pertama :
Allah menyembunyikan malam al-qadar sebagaimana Dia menyembunyikan seluruh rahsia sesuatu yang lain seperti Dia menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan seseorang hamba sehingga menimbulkan kegemaran dalam melakukan semua ketaatan kepada Allah. Allah juga menyembunyikan saat-saat diperkenankan doa agar setiap pemohon bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Begitulah juga Dia menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.
Kedua :
Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia yang tahu tentang kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat atau pun dia melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan dia terjerumus ke lembah kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat dosanya daripada kita tidak mengetahuinya. Oleh itu dirahsiakan malam al-qadar.
Ketiga :
Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia mempeolehi pahala daripada kesungguhannya itu.
Keempat :
Seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat
Rujukan
1. Al-Quran al-Karim
2. ad-Durrul al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, Imam Sayuti, Darul Fikr
Tanda malam qadar ialah :
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
5 comments:
jom qiam jom!!! :)
smg kite memp`olehi malam barakah itu..
ameen Ya Rabb.
SALAM AIDILFITRI
mohon maaf zahir & batin
bro.. kita hendaklah membuat amalan dgn ikhlas tanpa mengharap balasan dari ALLah.. aku doakan kita same2 dapat hidayah dan dapat perlindungn dari ALLah.. amin
apa khabaran lailatul qadr?
apa khabaran idul fitr?
maaf zahir batin~ :)
to ~najihahfaizahazaman~
mudah-mudahan...
amin
to EJay,
salam lebaran...
maaf dipinta...
hati-hati di jalan raya...
to M.YAZID
mudah-mudahan...
moga2 dipermudah...
amin...
to izuan
perkhabaran baik di sini...
slmt pengantin baru..
Post a Comment