Friday, December 18, 2009

Bola Sepak VS 1431H


"Memantapkan Ukuwah, Memperkasakan Ummah"

Salam Hijrah...!
Selamat menyambut tahun baru 1431 H....
Tidak dilupakan juga kejayaan pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya menewaskan pasukan Vietnam dalam merebut kemarau emas dalam tempoh 20 tahun. Kali terakhir Malaysia menang emas pada tahun 1989 sewaktu Sukan Sea di Kuala Lumpur. Pergghh, masa tu aku baru jer nak dilahirkan... haha. X kan ler nk tunggu aku smpai umur 20 tahun, beb!
Tahniah kepada pasukan Malaysia...!

Namun,
mungkin ramai juga yang hampir-hampir terlupa tentang kedatangan tahun baru Islam. Ataupun, mungkin buat-buat lupa. Masing-masing berbelah bagi sama ada nak tengok bola ataupun nak pi sertai bacaan doa. Yang paling menyedihkan ada gak yang hampir-hampir langsung tak solat maghrib. Ish, apa kesss?? Bola punya pasal, rosak akidah sebelanga...
X reti aku nak ulas... so, lu pikir ar sendiri...!




selingan :-

-----------------------------------------------------------------------------

Lebih 3,000 Sertai Bacaan Yasin Dan Doa Maal Hijrah Di Masjid Negara

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Lebih 3,000 umat Islam di sekitar ibu negara malam ini menyertai majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara sempena Maal Hijrah 1431 yang akan disambut esok.

Majlis yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad al-Hafiz itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan isteri Datin Fatmawati Saidin.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1430 Hijrah dan doa awal tahun 1431 Hijrah, solat Maghrib dan dikuti bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.

Terdahulu, hadirin mengikuti forum khas Maal Hijrah bertajuk 'Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah' yang dipengerusikan oleh penceramah bebas Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Sambutan peringkat kebangsaan Maal Hijrah 1431 yang bertema "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah" akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) esok yang dijadual dirasmikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. - BERNAMA

(berapa ribu plak yg ada kat kedai mamak tgk bola...?)

p/s : logo di atas nie aku ambik dari Simposium Maal Hijrah 1431
(Balai Islam Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya)

2 comments:

Future Protaz said...

Salam Ma'al Hijrah 1431...
Nak komen 1 je...penggunaan warna yg tak kontra dlm post kali ni...warna tulisan dibayangi warna background...Post menarik tp sukar dibaca...Nsht dr senior : Dlm prktikum, kena hati2 bila wat powerpoint yg mlibatkan penggunaan warna2 yg kontra ni...kang kena potg markah...hehe

DzuLagiL said...

to Future Protaz
terima kasih

to armouris
teruskan menyokong