Wednesday, November 23, 2011

AUMMMAN Harimau, Bola Sepak & Peribahasa





Salam kesukanan,
Malam tadi, temasya sukan SEA ke-26 telah pun melabuhkan tirainya. Tahniah juga pemain bola sepak Malaysia yang telah berjaya menidakkan penguasaan Indonesia pada pusingan akhir kelmarin. Kemenangan 4-3 menerusi sepakan penalti ke atas Indonesia setelah terikat 1-1 pada perlawaan penuh dan pada masa tambahan. Walaupun berdepan dengan tuan rumah, skuad Harimau Muda telah menunjukkan kesungguhan yang sangat baik.


Peribahasa Versi Bola Sepak
1. Stadium yang ditenang jangan disangka tiada mercun.

2. Di mana padang dipijak, di situ bola dikontrol.

3. Masuk stadium memekik, masuk padang menjerit.

4. Sedikit-sedikit kad kuning, lama-lama jadi kad merah.

5. Yang dikejar offside, yang dikendong out.

6. Hendak seribu gol, tak hendak seribu bolos.

7. Bagai pengadil lupakan wisel.

8. Alang-alang mengasari lawan, biar sampai dapat kad merah...!



"They don't respect you, they don't respect our flag, they dont respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you're cowards. You must teach them what Malaysian is all about,"
-Ong Kim Swee-



AUMMMMMM.....
Teruskanlah usaha yang baik...
Tahniah... Tahniah... Tahniah...!


Diharapkan agar semangat kesukanan yang diterapkan dalam kalangan pemain sama ada pemain Malaysia dan pemain Indonesia dapat menunjukkan keakraban antara kedua-dua belah negara. Perlawanan ini bukan bermaksud mewujudkan permusuhan tetapi untuk mengeratkan persahabatan antara kita semua.
Elakkan pertengkaran yang tidak berkesudahan...
Persahabatan Indo-Malay...
Ayuh bersatu...!



p/s : majulah sukan untuk negara!

Alhamdulillah.....


Saturday, November 19, 2011

Guru, Murid dan Kecemerlangan...?


caption : ketika sessi p&p

Salam 'alaik,
Cuti persekolahan sudah pun bermula. Tahniah jua kepada murid-murid Tahun 6 yang baru sahaja mengambil keputusan UPSR. Kepada yang kurang berjaya, anggaplah ianya sbagai satu permulaan awal bagi meneruskan kejayaan masa hadapan. Ingat:-

"kegagalan merupakan kajayaan yang tertangguh!"

Alhamdulillah, SK Seri Banai telah berjaya melahirkan seorang murid yang mendapat 5 A's. Berbanding rekod tahun sebelum ini, tiada seorang pun yang mendapat keputusan straight A's. Syabas!

Erm, apa kaitan aku dengan sekolah ini?
Haha...sebenarnya, aku pernah mengajar di sini. Walaupun tidak menyumbang banyak, namun, layanan yang diberikan menyebabkan aku merasakan seakan-akan aku juga sebahagian daripada sekolah ini. Bukan sahaja murid, keseluruhan warga SKSB.
Terima kasih, semua!

Mengajar di sekolah sama ada di bandar, luar bandar mahupun di pedalaman mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Jika lihat trenda sekarang, kebanyakan sekolah yang berjaya rata-ratanya sekolah-sekolah di bandar. Memang tidak dinafikan, ada juga sekolah luar bandar yang berjaya tapi itu semua hanyalah sebilangan minoriti. Apatah lagi jika kita menerokai ke dalam sekolah-sekolah di pedalaman baik di semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.


Sepanjang aku mengajar di SKSB ini, permasalahan yang dihadapi oleh sekolah ini adalah masalah mentaliti. Mentaliti ini saling berkaitan antara semua pihak baik dari pihak sekolah, murid dan juga masyarakat. Semangat belajar murid sangat rendah. Kebanyakan murid terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Rata-rata ibu bapa mereka bekerja sebagai penoreh getah, pesawah padi, berniaga secara kecil-kecilan mahupun pekerja buruh kuari. Sememangnya, harapan ibu bapa mahukan anaknya berjaya. Namun, disebabkan faktor ekonomi keluarga, beberapa keperluan anak-anak tidak dapat dipenuhi.

Di samping itu, masalah dalaman keluarga juga mempengaruhi pencapaian murid. Hasil temu-bual para guru, perbualan bersama murid serta soal selidik maklumat murid mendapati murid yang berprestasi rendah merupakan murid yang mempunyai masalah keluarga di rumah. Kadangkala, masalah ini dianggap agak terpencil. Sekiranya, tiada tindakan yang sewajarnya diambil sudah pastilah masalah ini semakin parah.

"CIkgu... cikgu... dah lama mak ngan bapak saya bercerai. Sekarang ni, saya duk kat umah opah...."

"Hari itu, ibu saya lari ngan laki lain. Betul, tak tipu cikgu. Itu yang ayah saya bagitahu..."

"Dulu, saya duk ngan pak saya. La ni, saya duk ngan mak saya.... Baru tahun ni saya masuk sekolah..."


Kadang-kadang aku terfikir, "Aiks, ingatkan cerita dongeng jer. Rupa-rupanya berlaku gak kat dalam kalangan masyarakat kita nie." Bersyukur sangat aku berada dalam keluarga yang bahagia.."

Sebagai murid yang bersekolah, mereka seharusnya diberi pengetahuan dan kesedaran tetang tanggungjawabnya yang perlu dibereskan. Kesediaan ini akan membina keyakinan diri mereka untuk menghadapi alam persekolahan yang semakin mencabar. Sebaik-baiknya, kita semua perlu memberi peluang yang sewajarnya kepada mereka. Terdapat segelintir guru, yang mengabaikan murid-murid yang lemah ini. Sekiranya mereka tidak diberi peluang, bagaimana mereka mahu memajukan diri mereka? Siapa kita untuk menghalang mereka?

Wahai guru, berilah mereka peluang. Didiklah mereka dengan sebaiknya sebagaimana kita mendidik anak kita. Walau sehebat manapun guru itu, mereka tetap memerlukan guru lain untuk mengajar anak mereka. Jika kita mendidik murid-murid yang lemah ini hanya sekadar ala kadar, adakah anda mahu guru lain mengajar anak anda sebegitu?


video : persembahan koir aku... :)



p/s : sekadar suatu luahan seorang insan bergelar guru.

Wednesday, November 9, 2011

WW : Antara Nilai Politik Ataupun Agama?







p/s : persaudaraan seagama menjangkaui isu politik

Monday, November 7, 2011

Berapa Harga Blog Korang?




Salam 'alaik,
wah, nampaknya bulan November telahpun membuka tirainya...
bulan nie antara bulan tersibuk sepanjang tahun nie....

Antaranya;-
1) Sambutan raya aidiladha
(hehe, x de ler sibuk mana...tp memang meriah)

2) Kenduri kahwin abang aku
(mcm-mcm kena fikir, mcm aku plak yg kahwin....)

3) Yang terpenting, peperiksaan semester...
(apsal payah bebenor nak study nie...)

4) Kena kemas rumah sewa
(harap-harap kat Kedah nie x banjir seteruk tahun lepas...)

Tapi,
entri kali nie bukan nak bercerita pasal aku....
kali nie, aku nak berkongsi satu laman web yang menarik untuk korang...
rasanya ramai pun yang dah tau...
anggapler sekadar refresh balik apa yang korang dah tau...
Web ini dapat menilai harga domain korang.
Bukan tu jer, segala informasi berkaitan statistik pengunjung, kedudukan web korang dan beberapa maklumat yang berkaitan....

Cara penggunaan: Mudah jer....
1) masuk link ini [bizinformation]
2) taip jer url korang
3) klik value


caption : harga blog aku



caption : harga web-web termahal kat Malaysia




p/s : sape yang nak beli blog aku nie? haha....

Saturday, November 5, 2011

::selamat hari raya aidiladha bersama pilihan hati::





Dup... Dap...
ku lihat tubuhmu...
ku tarik rapat tubuhmu...
lalu ku tumbangkan tubuhmu...
dirimu seakan-akan meronta-ronta...
kemudian, aku mengusap tubuhmu agar dirimu lebih tenang...
pabila perasaan diriku dan dirimu telah menjadi satu...

Aku berteriak "Pak Aji, moh kita sembelih lembu nie...!"



Salam Aidiladha...!


(kenangan korban : rasanya lepas SPM dulu kut...)


Pulanglah ke kampung masing-masing...
Selagi anda berpeluang...
Jangan sampai di suatu saat...
Tiada lagi yang menanti kepulangan kalian...

Kesyukuran Dalam Pengorbanan...



الله أكبر .. الله أكبر .. الله أكبر .. لا إله إلا الله ، الله أكبر .. الله أكبر .. ولله الحمد




p/s : sejauh mana pengorbanan kita kepada ISLAM?

Friday, November 4, 2011

Coding@Facebook Salam Aidiladha




Salam Aidiladha,
Anda ada facebook?
Cuba korang taip kod di bawah nie kat status or kat komen...
Sesuatu yang menarik akan berlaku...

[copy and paste jer text ni]
@+[267642143271329:0]
@+[311722825508110:0]
@+[267061236669952:0]


p/s : sila buang simbol +

Wednesday, November 2, 2011