Saturday, December 1, 2012

Adakah kita rasa tidak berguna?


caption : adakah itu kita?


Cerita 1
Tanyalah pada sang rumput di padang: “Tidakkah kamu mahu menjadi sesuatu yang lain? Lagipun, kamu hanya tumbuh pada tempat yang sama setiap hari…”

Lalu, sang rumput menjawab: “Aku sememangnya hijau dan kehijauan itu alasan untuk aku hidup.”

Tanyalah pada sebatang sungai: “Tidakkah kamu menjadi sesuatu yang lain? Lagipun, kamu hanya mengalir pada arah yang sama sepanjang masa…”
Lalu, sungai menjawab: “Aku bukan cuba untuk menjadi sesuatu yang lain, tetapi aku cuba untuk menjadi sungai.”



Cerita 2
Suatu hari, si suami mengeluh keseorangan melihat dirinya yang kurus melidi. Dia ingin menjadi seorang yang berotot agar kelihatan gagah di mata isterinya.
Suami : Erm, awatler aku nie kurus sangat? Padahal, aku selalu pi bersenam di gym.
Isteri : Abang…. Oh, abang! Mai sat… Nak minta tolong nie…
Suami : Iye, yang… Awatnya?
Isteri : Abang, tolong bukakan penutup botol sos cili nie… 
Suami : Tup…. Tap… (penutup botol berjaya dibuka…) Nah, ambik ni…. 
Isteri : Wah, abanglah orang yang “PALING GAGAH” yang pernah ayang jumpa selama nie…
Suami : Erks…(terharu…)





-cerita tamat-




Assalamualaikum dan selamat berblogging,
Setelah hampir 6 bulan lamanya, aku telah meninggalkan arena berblogging. Namun, jauh di sudut hati, aku tetap mahu berkongsi sesuatu dengan semua orang. Aku juga gembira dengan adanya teman-teman di sekeliling yang sentiasa juga mahu berkongsi pengalaman, idea, pandangan serta cerita-cerita mereka. Aku bukanlah seorang yang pandai untuk menulis, dan itu merupakan salah satu sebab aku tersekat sebentar untuk berblogging. Tapi, aku adalah aku… Betul tak? Jadilah diri kita sendiri. 

Titik-tolak daripada itu, aku pun mahu nukilkan sesuatu buat semua.
Erm, sekadar suatu perkongsian buat semua. Ramai yang selalu mengeluh menginginkan untuk menjadi sesuatu yang agak "LAIN" berbanding dirinya. Tentu anda juga pernah berfikiran demikian, tak gitu?

“Kalaulah aku kacak…” 
“kalaulah aku ada rumah besar…”
“Kalaulah aku tinggi…”

Konon-kononnya kacak itu lambang kesempurnaan, sasa itu lambang kegagahan, kaya itu lambang kebahagiaan serta berbagai-bagai lagi anggapan. Namun, sedarkah kita… adakah kita benar-benar memerlukkannya?


Adakah kita rasa tidak berguna?

Janganlah cuba untuk menjadi orang lain. Cukuplah sekadar menjadi diri sendiri. Dan itulah yang membawa perbezaannya. Terpulanglah bagi sesiapa pun untuk menilai anda, akan tetapi anda tetap anda. Diri anda sendirilah yang akan mengajar anda untuk mengenal diri sendiri.

Kadangkala, kita memerlukan suatu perubahan yang drastik untuk kebaikan kita. Latihan demi latihan akan menjadikan kita seorang yang lebih sempurna. Janganlah mengharap perubahan itu datang secara tiba-tiba. Namun, pastikan perubahan itu tidak mengubah siapa kita sebenarnya…


Adakah kita rasa tidak berguna?

Akan tetapi, kadangkala… Hanya dengan memberi senyuman, tanpa sebarang sebab, kepada seseorang yang kebetulan lalu di hadapan anda…
Tanpa sebarang niat, kamu mungkin telah menyelamatkan seseorang yang anda tidak kenali, seseorang yang merasakan dirinya tidak berguna dan mungkin akan membunuh diri, sehinggakan dengan hanya satu “SENYUMAN” telah memberikan satu pengharapan dan keyakinan untuk meneruskan hidupnya…

Adakah kita masih lagi berasa "TIDAK BERGUNA"…?





p/s : be the right person in the right place at the right time...


6 comments:

etuza said...

asalamualaikum tanda bertemu di jendela maya, alhamdulillah Zul kembalikan nostalgia lalu..terima kasih kunjungan Zul...ada juga post2 pakcik di laman Pesona Etuza warna-Warna Kehidupan...kelihatan ada sambutan blog pacik..
Zul..tiap orang itu pasti ada kelebihannya, rugi jika kita merasai kita tidak berguna. Jadilah yag sentiasa berguna kepada Allah ya....

etuza said...

Zul mengajarkan ( cikgu) kalau tak silap. Belum kahwin lah ni? ingatkan Zul sekarang dah berdua. Tak apa lah kalau ada jodoh tak ke mana Zul..
Zul di Lahadatu ke? lupa lah kat mana Zul..

DzuLagiL said...

erm, skrg ada di tawau... Ibu sama abang semua lahir di tawau. Saya asal ipoh...

Razil Tahir said...

Selalu rasa diri berguna, tapi tak confident untuk ke depan dan buat sesuatu...

DzuLagiL said...

to Razil Tahir
yer lah .. usaha tetap usaha...
apa2 pun kena hadapi ketakutan kita tue...
xpa, pelan2x...

Edy Fee said...

lepas ni senyum 24 jam la..hahahahha mcm entry motivasi dh ni.bgus2