Sunday, September 6, 2015

Slot Motivasi : Kapal Titanic

Assalamualaikum
Salam Sehati Sejiwa...

Minggu lepas, aku kena handle slot motivasi untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Rasanya, otak diorang dah tepu dengan ilmu yang telah digarap oleh cikgu-cikgi kat sekolah. 
Well, why not buat aktiviti yang santai-santai ja kan? Kurangkan sedikit tekanan budak-budak tu.

Hehe... idea ni tercetus selepas aku mendapat satu mesej whatsapp. 
Aku akan share kan bawah ni... rasanya ramai gak yang pernah baca kan?




Lebih kurang macam nie...



Sebuah kapal kemalangan di laut, 
di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?
~
Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.
~
Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.
~
Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"
~
Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"
~
Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"
~
Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"
~
Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."
~
Cikgu kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."
~
Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.
~
Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.
~
Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.
~
Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."
~
Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.
~
Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.
~
Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.
~
Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
~
Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
~
Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
~
Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.
~
Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.
~
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
~
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
~
Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
~
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
~
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."










Berikut secara ringkas perjalanan slot aktiviti :-

Tujuan
- mengaitkan kepentingan hubungan kekeluargaan antara pasangan suami isteri, antara anak dengan ibu bapa

Pelaksanaan
- murid-murid diminta untuk memberi pandangan berdasarkan cerita yang disampaikan
- mengubahsuai cerita titanic
(bot karam - pasangan suami isteri berpisah - yang terselamat membesarkan anak-anak)

Bahan-bahan
- kad gambar
- lagu iringan mp3

Refleksi
- mengasah kemahiran interpersonal murid
- membentuk keyakinan diri murid
- menghargai pengorbanan orang lain



p/s : UPSR dah nak dekat.... semoga dipermudahkan... :p

2 comments:

captainlukman said...

Hi Cikgu...

Lagu mana yang Cikgu maksudkan dlm blog saya...maaflama saya hiatus Dari blogging...let me know the lyrics if you know Dan saya suka cerita cikgu. Tq

DzuLagiL said...

hehehe...
tudia captain..
takpa...takpa... lagu tu dah lama dah... terlupa dah sbnrnya...
lama dah tak berblogging nie....