
Salam,
Saban waktu, apabila orang bertanya..."Mie, apa maksud nama ang?"
Aku seringkali cuba mengelak dan berkata, "Masih mencari...."
"AGIL" suatu nama yang cukup ringkas dan unik. Sememangnya nama yang hanya mempunyai 4 huruf iaitu A G I dan L. Namun, maksudnya pula yang aku sendiri belum tahu. Kalaulah huruf G digantikan dengan huruf Q maka sudah pastilah maksudnya "akal". Ustaz aku pernah memberitahu bahawa nama itu merupakan suatu doa dan akan mencorakkan personaliti ataupun tingkahlaku kita. Apabila aku bertanyakan permasalahan ini kepada kedua-dua orang tuaku, mereka hanya menjawab, "Itu hanyalah sekdar nama." Ayahku pernah memberitahu bahawa "AGIL" itu melambangkan sebilah pedang yang tajam. Tapi, aku tetap sangsi dengan jawapan itu. Maka, sudah pastilah aku akan terus mencari dan tetap terus mencari maksud nama aku.
Suatu hari, aku mendapat sms dari seorang teman. Dia mengatakan bahawa maksud nama kita bukanlah suatu perkara yang sangat penting tetapi sebenarnya bagaimana cara kita mengambarkan diri kita kepada umum itulah yang lebih penting. Interpretasi maksud sesuatu nama memberikan suatu tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya, kita tidak menggambarkan seperti mana maksud sesuatu nama itu, maka sudah pastilah orang lain akan menganggap kita sesuatu yang asing. Mereka akan memandang sinis kepada kita. Namun begitu, memang sukar untuk kita hidup dalam kelompok masyarakat yang suka melihat segalanya dari sudut pandangan yang negatif dan bukannya menerima diri kita seadanya. Namun, kita mesti lebih optimis. Barulah kita dapat merasakan kenikmatan hidup. Betul x?
p/s : Aku hanyalah insan yang kerdil hidup di dalam dunia ini. Apakah interpretasi maksud nama korang semua?