Sunday, November 30, 2008
Nama .... ?
Salam,
Saban waktu, apabila orang bertanya..."Mie, apa maksud nama ang?"
Aku seringkali cuba mengelak dan berkata, "Masih mencari...."
"AGIL" suatu nama yang cukup ringkas dan unik. Sememangnya nama yang hanya mempunyai 4 huruf iaitu A G I dan L. Namun, maksudnya pula yang aku sendiri belum tahu. Kalaulah huruf G digantikan dengan huruf Q maka sudah pastilah maksudnya "akal". Ustaz aku pernah memberitahu bahawa nama itu merupakan suatu doa dan akan mencorakkan personaliti ataupun tingkahlaku kita. Apabila aku bertanyakan permasalahan ini kepada kedua-dua orang tuaku, mereka hanya menjawab, "Itu hanyalah sekdar nama." Ayahku pernah memberitahu bahawa "AGIL" itu melambangkan sebilah pedang yang tajam. Tapi, aku tetap sangsi dengan jawapan itu. Maka, sudah pastilah aku akan terus mencari dan tetap terus mencari maksud nama aku.
Suatu hari, aku mendapat sms dari seorang teman. Dia mengatakan bahawa maksud nama kita bukanlah suatu perkara yang sangat penting tetapi sebenarnya bagaimana cara kita mengambarkan diri kita kepada umum itulah yang lebih penting. Interpretasi maksud sesuatu nama memberikan suatu tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya, kita tidak menggambarkan seperti mana maksud sesuatu nama itu, maka sudah pastilah orang lain akan menganggap kita sesuatu yang asing. Mereka akan memandang sinis kepada kita. Namun begitu, memang sukar untuk kita hidup dalam kelompok masyarakat yang suka melihat segalanya dari sudut pandangan yang negatif dan bukannya menerima diri kita seadanya. Namun, kita mesti lebih optimis. Barulah kita dapat merasakan kenikmatan hidup. Betul x?
p/s : Aku hanyalah insan yang kerdil hidup di dalam dunia ini. Apakah interpretasi maksud nama korang semua?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
ha`ah betulla tu,,
sbb tu nabi SAW suruh kite panggil nama orang dengan nama penuh atau nama yg disukainya...supaya dengan panggilan kita itu dapat mendoakannya dengan baik2..mengikut maksud nama dialah..
tapi..org skang ni..elok2 name baik2..cthlaa..name die karim, tapi name panggilan cicak laa..tapir laa..apelaa..sume2 ni mmg berlaku..maklumlaa kunun nak nampak power and lain dari yg lain..tp hakikatnye...bodoh mcm binatang...sy cume bg pendapat..tapi takyahlaa pertikaikan name tu, asalkan bukan name neraka sudah, nauzubillah...faham ye...teruskan usehe mencari makne name..mudah2an baikla hendaknye..=)
salam,
thanks najah.....
sebelum nie memang saya guna nama lain sebab nama yang dulu tu ada maksud kejahatan. Apa-apa pun thanks ada komen nie....
ukhwah fillah abadan abada...!
as'kum.salam ukhuwah dr akk.akk xkenal sgt adik,tp akk kwn friendster adik.about nama,memang adalah 1 doa.dan setiap nama kita ade salah sorang ustaz tu sebut mase akk belajar di uitm,jika ada 3 huruf arab xsilap akak salah 1 nya Mim,selebihnya akk xingat.Jika ade 3 huruf arab tu,sudah tentu ada maksudnya.Samada baik atau buruk.apapun,klu adik rase nak nama samaran yg lebih mendoakan adik,xsalah.klu AGIL tu nama pedang,apa salahnya adik guna nama samaran SAIFULLAH yg bermaksd PEDANG ALLAH.tp jgnlah dibuang nama yg ibubapa berikan,nanti kecik ati depa.salam aidil adha dr akk.ni blog akk,WWW.srikandimaskrider.blogspot.com dan ini blog kelab consultant akk www.nisakuantan.blogspot.com. ..
nama agak penting, krn ia sesuatu yang akan disebut tiap-tiap orang yang memangil kita.
nama yang mempunyai maksud yang baik, bagaikan orang mendoakan kebaikan pada kita, tapi klau personaliti tak baik.. biarkan nama sgt baik pun x guna gak..
so diri kita lagi penting drpd nama, tapi kalu diri kita baik, dan ada nama yang maksudnya baik tu rezeki namanya.. :D
x guna blogger, sudi2lah dtg ke blog sy izzataziz.com
salam, terima kasih atas keprihatinan kalian...
hargai sangat...
salam ukhwah..!
Post a Comment