Monday, March 23, 2009

Kontroversi : Lagu Agnes Monica ( Allah Peduli)



Salam 'alaik,

Sekadar perkongsian...

Mais haramkan lagu Agnes Monica

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengharamkan lagu ‘Allah Peduli’ nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica daripada disiarkan di Selangor kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam selain penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu terbabit.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu itu bagi menggambarkan Jesus dan bagi sebarang kekeliruan, pihaknya mengharamkan lagu terbabit daripada berkumandang di negeri ini.

“Penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif untuk umat Islam seperti yang termaktub di bawah Bahagian 1 Jadual Kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, sebagai perkataan (Allah) yang tidak boleh digunakan orang bukan Islam. Sehubungan itu, siasatan akan dilakukan pegawai bertauliah mengenai perkara ini termasuk menarik semula edaran album yang mengandungi lagu berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai lagu yang mencetuskan kontroversi ‘Allah Peduli’ nyanyian Agnes yang beragama Kristian, malah ia pernah disiarkan menerusi ruangan hiburan akhbar Metro Ahad 8 Mac lalu. Malah dalam lagu terbabit, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ‘Sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu tiga minit 40 saat itu.

Mohamad Adzib berkata, sesetengah daripada kita tidak faham isi kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi dan ia secara senyap-senyap boleh memesongkan keimanan dan akidah umat Islam.

“Justeru saya minta pihak yang berkenaan sama ada di peringkat pusat supaya memantau isu lirik lagu ini dan mengambil tindakan tegas demi memelihara kesucian Islam,” katanya.


Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Su at u perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti


sumber : harian metro

sdr ntahlah...

Di harap MAIS, jabatan agama Islam, para alim ulama dpt bermuafakat menangani & memantau isu2 yg melibatkan org Islam spt gejala sosial yg semakin serius, kes2 zina, rogol, khalwat…tdk krg juge isu pemakaian yg menjolok mata d kalangan artis2 kita yg semakin melampau…dan yg paling d takuti isu murtad d kalangan umat Islam..d hrp bg pihak yg berkenaaan dptlah mengambil tindakan yg sewajarnya sebelum ia mnjadi lbh parah & tdk terkawal..yg sedihnya kebnyakan yg terlibat ni adalah org melayu yg beragama Islam……
p/s : Fikir-fikirkan....

5 comments:

PRiNCe$$ KaYaNGaN™ said...

hmmm...berat ni...

xsilap sarah kan...
lagu agnes monica y berjudul "matahariku" p0wn ade unsur2 pemujaan matahari...

tp sejauh mane btl nye xtau la plak...

hmmm...ape hukum nye kite y islam nyanyi lagu mcm 2 ek???

DzuLagiL said...

to PRiNCe$$ KaYaNGaN™

Mohamad Adzib berkata, sesetengah daripada kita tidak faham isi kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi dan ia secara senyap-senyap boleh memesongkan keimanan dan akidah umat Islam.

(petikan akhbar metro)


lagu matahari tu lebih kurang sama...
menyembunyikan yang hak daripada yang batil....


p/s : sekadar berkongsi

RuQaiYaH OtHMaN said...

hmmm..betul..
kalau tak pandai menilai..
yang seronok itulah yang memesongkan..
orang2 sekarang pun nyanyi lagu korea,mat saleh,hindustan,n etc tapi tak tahu maksud..
susah jugak sebab takut ada maksud yang memesong..

p/s:juga ragu2 dgn initipati "matahari"~~so better jgn nyanyi..^_^

DzuLagiL said...

to RuQaiYaH OtHMaN

Aiseh, lemahnya iman diri nie...
moga2 kita dipermudahkan segala urusan...

DzuLagiL said...

pemiggirkota respon post kontroversi lagu Agnes Monica:-


Isu penggunaan nama Allah sbg alat missionari sgt kritikal di Indonesia akibt pengaruh liberalisasi. Sebab itu, ummat Islam di malaysia perlu peka & jgn terlampau simplistik dlm isu penggunaan nama Allah oleh org kristian Malaysia. Kaji secara mndalam; dr sudut fiqh,bahasa,metafizik,sejarah,bahasa dll. jgn meluaskn jurang antr ummat dengan tradisi ilmu Islam





to peminggirkota
syabas atas pemikiran tersebut...
terlalu banyak isu serta cabaran yang kita hadapi sekrang...
permudahkan segala urusan kami...
mudah-mudahan...
insya-Allah