Wednesday, June 17, 2009
Rokok & Surah Yasin
Salam 'alaik.
mungkin ramai yang sudah melihat video ini di Youtube
sekadar berkongsi...
kalaulah perkara ini benar-benar berlaku....
Monday, June 8, 2009
Pabila Ustaz berbuat salah.....
Salam alaik,
Erm, rasanya ramai yang sedia maklum tentang gosip seorang pendakwah popular. Aku di sini bukanlah ingin menyebar gosip mahupun fitnah hatta menjadi pengadu domba. Sekadar ingin berkongsi rasa. Ambil yang manis, ludah yang pahit.
Personaliti yang aku maksudkan di sini merupakan seorang ustaz yang popular melalui program-program dakwah yang agak santai dan mudah di fahami oleh segenap lapisan masyarakat menjangkau batasan usia tua mahupun yang muda. Ustaz ini agak “selambe” sehinggakan lebih dikenali dengan panggilan “Ustaz Rock”. Mungkin gelaran ini diberikan atas dasar penglibatannya dalam arena muzik rock dalam era 80-an. Jadi, tentu ramai yang sudah dapat meneka gerangan personaliti ini.
Penglibatan ustaz ini dalam pelbagai program dakwah bukanlah seperti program-program dakwah yang biasa. Malah, menampilkan kelainan yang tersendiri di setiap programnya seperti sitkom remaja yang menyelitkan unsur-unsur nasihat didasari dengan hujah-hujah al-Quran serta hadis. Selain itu, penggubahan lagu yang mengikut trenda terkini telah berjaya memikat anak-anak muda kini. Bukan itu sahaja, tidak lekang ceramah beliau tanpa nyanyian lagu yang berunsur dakwah. Maka, berhasillah pendekatan berdakwah melalui hiburan.
Akan tetapi, agak terkilan rasanya dengan liputan yang sewajarnya terhadap usaha dakwah beliau. Di sebalik menjalankan usaha dakwah ini, tiada satu liputan khusus pun yang dibuat terhadapnya. Baik dari media cetak mahupun media elektronik sekalipun. Umpamanya, meletakkan di dada akhbar jauh sekali bahkan program-program dakwahnya pun tidak diberi liputan yang sewajarnya. Namun, sebaik sahaja ustaz ini membuat suatu kesilapan, pihak media terus-terusan berlumba cuba memberikan liputan yang sangat meluas. Terus sahaja berita ini diletakkan di muka hadapan akhbar begitu juga media elektronik yang berulang kali menyajikan keaiban individu tersebut. Sehinggakan terdapat program tv wanita yang mewancara sebelah pihak sahaja tanpa mendapatkan jawapan ustaz itu sendiri. Mungkin ramai yang pernah menontonnya.
Adakah orang bergelar ”ustaz” ini tidak akan dan tidak boleh melakukan kesilapan?
Perlukah keaibannya diwar-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia?
Natijahnya, pelbagai persepsi serta tanggapan negatif masyarakat dapat dilihat. Masyarakat mula memperlekehkan dakwahnya. Maka, dakwahnya sukar lagi untuk diterima. Sesungguhya, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita sememangnya tidak dianjurkan mengaibkan apatah lagi memperlekehkan orang lain. Cukuplah kita membenci perangai buruk yang ada pada diri seseorang individu tetapi bukan pada diri individu tersebut.
Namun, layakkah kita meletakkan sesorang yang bukan pada tempatnya?
Ambillah rasionalnya permasalahan ini.
Tepuk dada, tanyalah minda
Tepuk dahi, fikirlah sendiri…
p/s : sekadar suatu perkongsian
Wednesday, June 3, 2009
Maksud Allah... Siapa yang tahu?
Salam 'alaik,
Suatu perkongsian yang dapat dijadikan sandaran kepada kita.
Moga-moga kita mengambil iktibar melalui perkongsian ini.
Di suatu zaman, ada seorang raja yang amat zalim. Hampir keseluruhan rakyat pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka dipaksa untuk menyembuhkan baginda. Namun, tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkan baginda.
Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya akan dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang ketika ini bukanlah musimnya untuk ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar perkhabaran ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat itu bukanlah musim ikan itu untuk muncul ke permukaan, namun dititahkan juga seluruh rakyatnya untuk mencari ikan tersebut. Aneh bin ajaib. Walaupun bukan musimnya, temyata ikan itu tersangat mudahlah untuk ditemukan. Maka, sembuhlah raja yang zalim itu daripada penyakitnya.
Di lain waktu dan di lain tempat, terdapatnya seorang raja yang amat terkenal akan kebijaksanaannya. Baginda sangat dikasihi rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana tersebut gering. Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang pada ketika ini sangat mudah didapati di permukaan laut. Lantaran itu, mereka sangat optimis bahawa raja mereka akan segera pulih seperti sediakala.
Namun, ternyata tanggapan mereka meleset. Ikan-ikan yang seharusnya mudah dijumpai di permukaan laut tiada satu pun yang tertangkap. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil ditemukan. Sehingga akhirnya, raja yang bijaksana itu pun mangkat.
Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?"
Tuhan pun berfirman, "Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Lantaran itu, Aku membalas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!"
"Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku. Lantaran itu, Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"
Kita dapat mengambil beberapa pengajaran daripada kisah ini.
Pengajaran pertama:
Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia
ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak
diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita
apabila sedang tertimpa musibah.
Pengajaran kedua:
Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terleka. Barangkali Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.
Pengajaran ketiga:
Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat sebarang kesalahan begitu juga sebaliknya. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan
untuk membantu meringankan penderitaannya.
Pengajaran keempat:
Siapa yang tahu maksud Allah?
Wallahua'lam...
p/s : sekadar suatu perkongsian