Salam alaik,
Erm, rasanya ramai yang sedia maklum tentang gosip seorang pendakwah popular. Aku di sini bukanlah ingin menyebar gosip mahupun fitnah hatta menjadi pengadu domba. Sekadar ingin berkongsi rasa. Ambil yang manis, ludah yang pahit.
Personaliti yang aku maksudkan di sini merupakan seorang ustaz yang popular melalui program-program dakwah yang agak santai dan mudah di fahami oleh segenap lapisan masyarakat menjangkau batasan usia tua mahupun yang muda. Ustaz ini agak “selambe” sehinggakan lebih dikenali dengan panggilan “Ustaz Rock”. Mungkin gelaran ini diberikan atas dasar penglibatannya dalam arena muzik rock dalam era 80-an. Jadi, tentu ramai yang sudah dapat meneka gerangan personaliti ini.
Penglibatan ustaz ini dalam pelbagai program dakwah bukanlah seperti program-program dakwah yang biasa. Malah, menampilkan kelainan yang tersendiri di setiap programnya seperti sitkom remaja yang menyelitkan unsur-unsur nasihat didasari dengan hujah-hujah al-Quran serta hadis. Selain itu, penggubahan lagu yang mengikut trenda terkini telah berjaya memikat anak-anak muda kini. Bukan itu sahaja, tidak lekang ceramah beliau tanpa nyanyian lagu yang berunsur dakwah. Maka, berhasillah pendekatan berdakwah melalui hiburan.
Akan tetapi, agak terkilan rasanya dengan liputan yang sewajarnya terhadap usaha dakwah beliau. Di sebalik menjalankan usaha dakwah ini, tiada satu liputan khusus pun yang dibuat terhadapnya. Baik dari media cetak mahupun media elektronik sekalipun. Umpamanya, meletakkan di dada akhbar jauh sekali bahkan program-program dakwahnya pun tidak diberi liputan yang sewajarnya. Namun, sebaik sahaja ustaz ini membuat suatu kesilapan, pihak media terus-terusan berlumba cuba memberikan liputan yang sangat meluas. Terus sahaja berita ini diletakkan di muka hadapan akhbar begitu juga media elektronik yang berulang kali menyajikan keaiban individu tersebut. Sehinggakan terdapat program tv wanita yang mewancara sebelah pihak sahaja tanpa mendapatkan jawapan ustaz itu sendiri. Mungkin ramai yang pernah menontonnya.
Adakah orang bergelar ”ustaz” ini tidak akan dan tidak boleh melakukan kesilapan?
Perlukah keaibannya diwar-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia?
Natijahnya, pelbagai persepsi serta tanggapan negatif masyarakat dapat dilihat. Masyarakat mula memperlekehkan dakwahnya. Maka, dakwahnya sukar lagi untuk diterima. Sesungguhya, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita sememangnya tidak dianjurkan mengaibkan apatah lagi memperlekehkan orang lain. Cukuplah kita membenci perangai buruk yang ada pada diri seseorang individu tetapi bukan pada diri individu tersebut.
Namun, layakkah kita meletakkan sesorang yang bukan pada tempatnya?
Ambillah rasionalnya permasalahan ini.
Tepuk dada, tanyalah minda
Tepuk dahi, fikirlah sendiri…
p/s : sekadar suatu perkongsian
8 comments:
cm2 la lumrah manusia...mmg ske tgk keaiban org lbh dr kebaikannye...sape yg membuka2 keaiban org, huhu...tanggungla nnt kt akhirat...aku nasihatkan je..chill
kata prof.dr.sidek baba
dunia artis adalah dunia fitnah yg berterusan!
hurm..kcian gak. aku malas nak ambik tau pasal ustaz tu sebab macam2 cerita. kadang2 media sendiri x boleh nk percaya sgt. diorg akn bg cerita tu hot utk lariskan paper diorg...
jgn cepat melatah. tau berita yg betul then we can make a conclusion from what was happend actually..
inilah yang orang kata..
kuman seberang sungai nampak..gajah dok depan mata boleh plak tak nampak..jangan sibuk nak mengata orang..
melainkan ambil iktibar dari setiap apa yg berlaku dan tak melakukannya
no komen...cerita2 macam ni xusah dipanjang2kan
to chipsey
komeng ringkas : setuju 100%
to neem
haha...
elakkan jadi artis...
to rhapsody LiN
yup, sure it does..
well.. i really mean it...
the truth never lies...
but, there's still certain part dat are not makin' any sense...
especially for those who keep pointing to others...
Giv me a break...!
to Lavender Pelangi
mudah-mudahan diri nie dipermudah...
kadang-kadang lemah gak diri nie...
to Park Chick
skadar suatu perkongsian...
apa-apapun..
thanks!
to future phenomenon
wslm...
terima kasih atas kunjungan...
ukhwah fillah abadan abada
susah btul kan jd artis...
buat salah..klu x buat pun salah..huh
to Senyum Seindah Suria,
betui...
betui...
betui...
bersederhanalah dlm melakukan sesuatu...
Post a Comment