Sunday, July 18, 2010

Muhammad Sharfuddin... Dalam Kenangan


(kenangan bersama : SBE S.K. Kepala Batas -> 8-12 Mac 2010)


Jumaat, 16 Julai 2010

Seperti kelaziman, aku akan beriadah petang. Lebih kurang jam 7 lebih, aku dimaklumkan oleh salah seorang juniorku bahawa arwah telah dimasukkan ke Hospital Jitra akibat masalah jantung.

Beberapa jam kemudian, keadaan arwah semakin serius dan terus dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beberapa housemate arwah turut bersama di sana.


Sabtu, 17 Julai 2010

Jam 3 pagi, keadaan arwah semakin kritikal. Arwah terus dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang. Arwah di bawah penjagaan rapi.

Arwah telah menjalankan pembedahan di otak. Doktor mengatakan terdapat darah beku di bahagian otak. Sebenarnya, terdapat jangkitan kuman bermula dari peparu, jantung dan seterusnya ke bahagian otak.

Jam 10.30 pagi, sewaktu bergotong-royong menurunkan khemah, roomateku meminta kami semua bersiap untuk ke hospital. Majlis bacaan yassin turut diadakan di Masjid An-Nur bagi pelajar-pelajar asrama yang tidak berkesempatan untuk pergi selepas waktu zohor.

Jam 11.45 pagi, aku dan beberapa teman terus bertolak ke hospital. Kami tiba agak lewat kira-kira jam 2.30 akibat kesesakan. Di sana, kami sempat berjumpa dengan keluarga arwah. Keluarga arwah kelihatan agak tenang. Mereka terus-terusan membaca yassin untuk arwah.

Beberapa kenalan serta pensyarah turut tiba sejurus kemudian. Kami bergilir-gilir menziarahi arwah. Keadaan arwah semakin tenat. Arwah dalam keadaan koma dan dibantu dengan alat pernafasan. Agak sayu melihat arwah terlantar di atas katil. Kelihatan rambut arwah telah pun dicukur dan terdapat beberapa kesan jahitan di kepalanya. Kami diminta untuk mengajarkan arwah mengucap. Jururawat turut memberitahu supaya memaklumkan kepada kenalan-kenalan yang lain agar segera menziarahi arwah kerana keadaannya sangat kritikal.

Kami seterusnya membaca yassin setelah solat jamak di surau hospital.


Ahad, 18 Julai 2010

Aku dapat post di facebook daripada seorang kenalan yang mengatakan arwah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 0150 pagi tadi.

7.30 pagi, pengumuman di asrama pun telah dibuat.

8.30 pagi, bas institut disediakan bagi menziarahi arwah jenazah.

Jenazah Allahyarham Muhammad Sharfuddin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid T. Gelugor, Kepala Batas, Pulau Pinang tepat jam 12.00 tengah hari tadi. Semoga rombongan rakan-rakan dari IPDA yang turut disertai oleh Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah, serta KJ HEP dapat memberi semangat kepada keluarga Allahyarham.


p/s : Harapan agar para sahabat yang mempunyai kelapangan masa untuk sama-sama menunaikan kewajipan kita sebagai muslim, satu ummah, hak allahyarham untuk dikebumikan. Kepada yang tidak berkesempatan bolehlah menunaikan solat ghaib di mana sahaja anda berada.

Insya-Allah dipermudahkan... amin ya rabbal 'ala.

Al-fatihah..

p/s :

8 comments:

izuan said...

Al fatihah buat arwah yang sangat ramah dan sentiasa murah dengan senyuman..

DzuLagiL said...

salam 'alaik...
sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan di atas, harap dimaklumkan...

daeng azman said...

mati itu pasti...insyaAllah, doakan arwah dijauhkan daripada fitnah kubur dan azab insyaAllah

nana said...

al-fatihah buat arwah...sy tak tahu arwah sakit n baru je dpt msg mlm td..baru tahu arwah sudah tiada...semoga arwah bahagia di sana..

nana said...

al-fatihah buat arwah...sy tak tahu arwah sakit n baru je dpt msg mlm td..baru tahu arwah sudah tiada...semoga arwah bahagia di sana..

Anis Suzana Bt Shafie said...

dr bila arwah ad skit jntg? cam da lme sgt..tme dia skit tuh mungkn da sgt kritkl da.. sedihny xdpt balik tgk dia..da la lme xjmpe..smga arwah muhammad sharfuddin ibni hajat trus brda dlm ingtn n doa.mga Allah temptkn beliau besma2 org beriman..amin..

GadisBiasa2je... said...

sedihnya mengenangkan senior..
sangat tak disangka.
semoga Allah mtempatkannya bersama org2 beriman. InsyaALLAH.
al-fatihah.

DzuLagiL said...

to izuan
sama2...insya-Allah

to kyrios angel
mudah2an...

to nana
al fatihah...

to Anis SUzana Bt Shafie
erm, mmg dh lama...tp, lupe plak berapa lama....

to AdawiyahAjos
mudah2an...
insya-Allah...