Saturday, October 25, 2008

RahSia PenCipTaaN HaRi


Assalamualaikum wbt semua....
Baru-baru nie, aku ada terbaca sebuah buku nie bertajuk rahsia & kelebihan hari dalam Islam. Buku nie agak menarik untuk dibaca dengan gaya penulisan yang agak bersahaja dan mudah. Buku nie berkisar tentang sejarah, fadhilat serta kelebihan hari di samping rahsia penciptaan hari dan peristiwa-peristiwa penting dalam hari-hari tersebut.

Di sini, aku sekadar untuk berkongsi ilmu dengan kalian semua....

Ahad
- Sebahagian ulama berpendapat bahawa Allah (S.W.T.) telah menciptakan tujuh lapis langit serta tujuh lapis bumi pada hari Ahad. Jika anda hendak memulakan dan membangunkan sesuatu, maka, lakukanlah pada hari Ahad kerana pada hari itulah Allah (S.W.T.) menciptakan langit.

Isnin
- Allah (S.W.T.) menciptakan matahari dan bulan pada hari Isnin. Jika anda hendak bermusafir, bermusafirlahlah di pagi Isnin semoga anda selamat dari segala malapetaka yang mungkin berlaku.

Selasa
- Selasa pula diciptakan pula bintang-bintang. Jika anda hendak berbekam, berbekamlah pada hari Selasa kerana sememangnya hari tersebut sesuai untuk menumpahkan darah.

Rabu

- Lautan dan sungai diciptakan pada hari Rabu. Jika anda hendak meminum ubat, minumlah pada hari Rabu kerana hari itulah dijadikan air.

Khamis
- Diciptakan pula syurga dan neraka. Pada waktu yang sama, Allah (S.W.T.) menjadikan manusia sangat menginginkan masuk syurga dan gentar dimasukkan ke dalam neraka. Orang yang hendak mengharapkan kebaikan manusia hendaklah dilakukan pada hari ini. Jika anda hendak meminta sesuatu kepada manusia mintalah pada hari Khamis kerana pada hari tersebut merupakan hari yang baik untuk memetik hasil.

Jumaat
- Penghulu segala hari. Adam dan Hawa diciptakan pada hari Jumaat. Oleh sebab itu, hari Jumaat adalah hari kebesaran Islam.

Sabtu
- Hari Sabtu merupakan hari kemuliaan bagi Nabi Musa a.s.. Sesungguhnya, hari yang baik untuk berburu adalah pada hari ini.



p/s : Menghayati buku adalah jambatan yang memisahkan antara kejernihan dan kejelikan. Sejarah terbina atas landasan ilmu yang diamalkan secara peradaban. Masa dan hari yang berlalu mempunyai nilai etika dalam fenomena dunia. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Bermuhasabahlah wahai teman. Insaflah bahawa kerdilnya kita di alam fana ini.

8 comments:

Lavender Pelangi said...

thanx 4 da info...=)

DzuLagiL said...

sama-sama...

Yazid Fauzi said...

wow..berbunga2 bahasa ko...

DzuLagiL said...

salam,
trigin gak nak wat ayat2 bunga...
nak buat ayat cinta x reti plak...

VA said...

alow..terkejot ngak aku ley mnyibuk kat cnie..hehe..ari ahad ari yg bek tuk memulakan or mmbangunkan sesuatu kan..aku lahir ari ahad..mmg umi aku start membangunkan aku ari ahad..hehe..nway,gud info..

DzuLagiL said...

salam,
haha...agak musykil cam ne ang jumpa blog nie...

selamat menyambut ari ahad...

Anonymous said...

salam,
fuyoo...bagus ar anda meletakkan info seperti ni dlm blog...kdg2, org malas nk baca buku sbb pjg sgt n kdg2 berbelit-belit cara penyampaian author buku tu..
anyway, it's a good job man!
do keep it up..anyway, buat la byk2..kita saling kong-mengkongsi ilmu.. ^_^

DzuLagiL said...

salam,
terima kasih ili...
sama-sama berkongsi ilmu...
ingat niat kita...
mencari ilmu kerana Allah s.w.t.