Thursday, April 16, 2009

Kontroversi : Isu Pengkid



Perihal 1 : Luahan Rasa Pengkid

Pertama sekali, saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap akhbar-akhbar yang selalu menyiarkan isu pengkid. Sudah tidak ada masalah lainkah untuk dijadikan isu semasa?

Saya juga pengkid, jadi saya ingin menyuarakan komen mengenai isu pengkid ini untuk tatapan semua pembaca. Pengkid wujud kerana sikap lelaki juga.

Ada di antara pengkid dulunya wanita normal tetapi mereka mengubah cara hidup untuk menjadi seperti lelaki selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki. Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki. Memang tak semua begitu tetapi kebanyakan dan saya percaya melebihi 60 peratus begitu.

Jika seseorang ingin berubah, ia perlu datang daripada hati mereka sendiri. Tak guna mereka dipaksa. Jika seorang pengkid dipaksa berubah menjadi wanita normal dan dipaksa berkahwin tidakkah anda semua terfikir ia bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka? Bukankah rumah tangga mereka juga akan binasa? Bolehkah ini dikatakan menyelamatkan institusi keluarga? Saya ada seorang rakan pengkid yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki. Bukankah itu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya. Setiap orang diberikan hati dan otak untuk berfikir, jadi berilah masa kepada kami untuk berfikir. Biar kami tentukan sendiri bila dan bagaimana kami nak berubah.

Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka. Hakikatnya, banyak lagi masalah lain yang membelenggu negara kita, antaranya kes buang anak, bohsia dan mat rempit, seks rambang dan pelacuran, lelaki dan wanita tinggal serumah tanpa ikatan. Bukankah semua kes ini lebih berat tapi kenapa isu pengkid yang tak banyak membawa masalah kepada negara harus dibangkitkan. Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?

Hak masing-masing untuk berpakaian seperti apapun. Kenapa tidak ditangkap mereka yang berpakaian seksi dan menjadi ikutan hingga terjadinya gejala rogol. Fikirlah anda semua kerana pengkid juga manusia biasa dan mereka dilahirkan bersama naluri ini. Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi begini.

Sejak saya kecil saya sudah seperti ini. Naluri ini lahir secara semula jadi dan bukan kami cari sendiri. Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita.

Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.

Pesanan terakhir saya kepada rakyat Malaysia, jangan menyalahkan golongan ini 100 peratus. Selamatkan dulu anak gadis anda dan adik perempuan anda yang menjadi aset pemuas nafsu lelaki, menjadi pembunuh bayi tidak berdosa dan bermacam-macam lagi.

Bagaimanapun, bagi pengkid yang mengganggu rumah tangga orang lain, mereka harus diberi pengajaran. Saya bukan ingin mencabar fatwa tetapi tindakan yang diambil tidak dapat mengubah apa-apa.

Saya berkata begitu kerana ada juga di kalangan kawan-kawan wanita saya yang bertudung ketika berdepan dengan masyarakat tetapi di rumah mereka ada kekasih dan hidup seperti suami isteri.

Apa gunanya semua itu? Saya sarankan rakyat Malaysia jangan terlalu pening kepala dengan isu ini kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.



_________________________________________________________________




Wow. Hebat isi hati si peluah ini. Pertama sekali, aku ingin bertanya satu soalan pada saudari (yang aku tak tahu siapa ko ni.).

Apa agama kamu?

Kecewa. Sedih. Hanya ini sahaja perasaan aku terhadap golongan-golongan seperti kamu ini.

Bagi menjawab kata-kata saudari.

“Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki.”

- Kenapa nak menghambakan diri kepada lelaki? Walaupun jika kamu bukan seorang pengkid, sememangnya salah untuk kamu menghambakan diri kepada lelaki. Melainkan bagi yang dah ada ikatan yang sah.

“Bukankah itu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya.”

- Wah..Kamu pandai cakap pasal dosa? Kamu tahu ke istilah dosa pahala ni? Syurga neraka tahu ke ape benda?

“Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka.”

- Kamu adalah superwoman atau kamu ni Tuhan? Hanya Allah yang menentukan bilanya berkahir nyawa seorang hambaNya.

“Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi begini.”

- Niat tak menghalalkan cara. Kalau kamu berserah kepada Allah semata-mata. Kamu takkan jadi begini.

“Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita.”

- Kromosom XY takkan menjadi XX. Dan kromosom XX takkan menjadi XY. Islam tak memaksa lelaki menjadi wanita. Dan islam juga tak memaksa perempuan jadi wanita. Hm…bukan ke pelik tu kalau wanita terpaksa jadi perempuan. Haih~ pening betul aku otak diorang ni.

“Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?”

- Sekali lagi. Kamu ni Tuhan ke? Hanya Islam yang dapat menyelamatkannya. Memanglah kat Malaysia ni berleluasa masalah ni. Masalahnya pemimpin kita bukannya memimpin berlandaskan islam sangat. Tambah-tambah lagi rakyat jelata sendiri yang sememangnya dah rosak. Islam di kad pengenalan, bertudung di kepala. Tapi hati hitam legam, Masya Allah. Hanya Tuhan yang tahu. Aku menyokong HUDUD!!!

“Saya bukan ingin mencabar fatwa tetapi tindakan yang diambil tidak dapat mengubah apa-apa.”

- Fatwa ni fungsinya macam seorang bapa la. Kalau anak dia wat salah, mestila die tegur. Haramkan mana perbuatan yang salah tu. Kalau dia buat bodoh, salah la. Sebab dah memang tanggungjawab dia. Jangan salahkan fatwa. Kalau fatwa tak memperingatkan dan memberi amaran kepada kamu. Sape lagi nak tolong peringatkan kamu tentang dosa dan pahala tu? Nak harapkan rakan sepengkid kamu tu tolong peringatkan??? ~ Wallhua’lam.

“Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.”

- Aku pun turut doakan juga. Aaaamin.

Mereka-mereka ni kita takleh nak berkeras sangat. Lagi kita berkeras, lagi la diorang degil. Haih~…nak kiamat dah.

Isu reformis NGO bukan islam yang turut melawan fatwa.

Yang ni aku nak direct. (Untuk yang melawan je, yang tak berkaitan jangan terasa ye…)

Ape kes korang? Nak mati ke? Menyebuk tak tentu pasal? Ade fatwa nak kacau korang ke? Ni perintah untuk orang islam je. Dah la bukan islam, duk sebok-sebok sangat ni pehal??? Balik baca kitab masing-masingla. Nak kacau pulak cara pemerintahan Islam!!!!

Sumber Luahan Rasa Pengkid





Perihal 2 : Pengkid difatwa HARAM

Kecenderungan segelintir wanita mengamalkan budaya pengkid, istilah yang menggambarkan penampilan dan kelakuan umpama lelaki mendorong Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan ia sebagai haram.

Namun, pengharaman itu lebih menjurus kepada kelakuan melampau bagi pasangan sejenis memandangkan aspek pakaian bukan lagi satu isu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, ketetapan itu berdasarkan kepada kecenderungan wanita untuk berkelakuan seperti lelaki semasa bergaul dengan pasangan mereka yang juga kaum sejenis.

"Ia bukan sekadar (merangkumi) pakaian sahaja. Etika pakaian dah jelas halal dan haram.

"Tapi yang kita tekankan ialah yang kelakuan menyerupai lelaki dan menjadikan pasangan wanitanya sebagai teman seksual,'' kata beliau ketika dihubungi di Kota Bharu selepas menghadiri muzakarah dua hari Majlis Fatwa Kebangsaan semalam.

Ia reaksi segera beliau terhadap kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin semalam mengenai keputusan mengharamkan perbuatan wanita yang cenderung kepada kegiatan seksual sebagai lelaki sedangkan mereka adalah wanita sejati.

Majlis turut membuat ketetapan untuk membolehkan seseorang cucu mewarisi harta pusaka datuk mereka sekiranya bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk mereka.

sumber: Kosmo!
26 Oktober 2008



Perihal 3 : Sanggup dicerai demi PENGKID

KUALA LUMPUR - Seorang isteri sanggup meninggalkan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan dan seorang anak perempuannya semata-mata mengikuti pengkid yang menyerupai penyanyi lelaki pujaannya.

Isteri itu yang bekerja di institusi kewangan dan menjadi model sambilan dikatakan mula menjalin hubungan 'cinta songsang' dengan pengkid tersebut yang juga merupakan teman sekerjanya sejak penghujung 2005.

Bermula dengan hanya meminati wajah 'tampan' yang dimiliki pengkid berkenaan yang dikenali dengan Boy, Azni (bukan nama sebenar) yang merupakan model bertudung lantas jatuh hati dan cuba untuk mendekatinya.

Perkenalan itu akhirnya membuatkan mereka berdua rapat dan menjalin hubungan 'cinta songsang' secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suami, keluarga dan rakan-rakan.

Menurut Azni, tindakannya itu menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu musnah.

Bercerita lanjut, Azni memberitahu, pada awal perhubungan dengan Boy, suaminya (Azim - bukan nama sebenar) tidak mengesyaki apa-apa meskipun beliau selalu pulang lewat.

Bukan sahaja pulang lewat tetapi Azni semakin lama mengabaikan anaknya dan tidak mempedulikan rumah tangganya.

"Suami hanya fikir saya sibuk dengan kerja sebagai model sambilan tanpa mengetahui sebenarnya telah curang bersama seorang pengkid," katanya.

Namun, kisah percintaan songsang itu akhirnya sampai juga ke pengetahuan Azim yang mengetahui perkara itu melalui rakan sekerja Azni dan juga anaknya sendiri.

"Azim betul-betul terkejut apabila anak saya bercerita tentang saya bersama Boy di atas katil dan rakannya pula bercerita tentang keakraban saya dengan pengkid itu.

Setelah tidak menemui jalan penyelesaian meskipun telah merujuk ke pejabat agama, Azim akhirnya terpaksa melepaskan isterinya ke tangan seorang pengkid pada penghujung 2006.

Sehingga kini, Azni dikatakan masih berhubungan dengan Boy.


Perihal 4 : Pengkid gaduh rebut KEKASIH




p/s : Apa nak jadi skrang nie? Risau gak tgk keadaan semasa skrang nie. Masalah politik, ekonomi, sosial dan sekiranya tidak dapat dibendung sudah pastilah akan lebih mengeruhkan keadaan. Sememangnya, keadaan ini akan lebih menyukarkan dari semasa ke semasa.

Fikirlah secara rasional,
Jangan menyerang secara emosional.........

14 comments:

Iliana said...

salam..

fuhh~ terkejut sy mula2 bce..
ingatkan kamu yg tulis "saya pun pengkid juga" hehe

dlu sy pn nk tls entri ni. tp, tpakse dibatalkan sbb ada 2 readers blog sy spesis ni..

apa pn sy ske komen balas kamu..a, niat tidak menghalalkan cara..suka sekali

Azah said...

aik?
cam knal je kata2 di atas?
copy n paste ek?
haha...
hati-hati..
nnt ade pengkid dtg serang!!

~haaaa!!!

DzuLagiL said...

to Iliana
wslm...
skadar perkongsian ilmu...
sblm nie pun mmg ada wat group discussion ttg isu nie...
mmg dah kena pun....


to Azah
mmg kat blog ang...
dah lama nak buat isu nie...
sblm nie mmg dah kena pun...
thanks ssgt...
moga2 dipermudahkan...

cLoVer4miza said...

bahayanye benda ni.. masyarakat smkin tertipu dgn dunia.. kat skola dulu ada je kwn couple ngan pengkid.. terkejut coz mmg xde rupe prmpuan langsung..!

semoga Allah melindungi kita semua..

WeBViDeOKLiP said...

tajok kontroversi nie

Rezz Fukumoto said...

skrg nie macm2 kes...huhu....

DzuLagiL said...

to cLoVer4miza
mudah-mudahan...

to WeBViDeOKLiP
suatu perkongsian...

Rezz Fukumoto
risau...

dark angel
tepuk dada, tanyalah minda...
tepuk dahi, fikirlah sendiri...
suatu perkongsian...

I N D A H said...

awak, post la plak pasal isu kecelaruan jantina. pengkid ni salah satu, pasni, u try la yg pondan lak..haha panas tu

DzuLagiL said...

to INDAH...
boleh dipertimbangkan...
tp, ilmu x ckup ar...

apan said...

hmm yela,
sy ada suka sorang pumpuan ni,
tp sy dpt tau yg dia ni pengkid,
camne sye nak ubah dia ahh?

sy mmg ikhlas sy syg kat die,
cme xtau cmne nk ubah jee.
haih T_T

Jerung Rimba Putih said...

Mesti ustaz Zul ada jawapannya...

DzuLagiL said...

salam 'alaik
skadar merenung suatu pemikiran ...
tepuk dada..
tanyalah iman...

Nur Syazana Mohammed Sani said...

hanya pengkid tao ap motif sebenar pengkid =='

http://syazanasani.com

C`ayob.com said...

troknya pangkid......pandon pun macam tu juga kan...huhuhu. cayob follow sini

http://cayob.blogspot.com/