Saturday, June 19, 2010

Karikatur Penghinaan Nabi Junjungan....!


CELAKA....!
satu ungkapan yang terpacul keluar dari bibirku...

.............???
Suatu laman web yang diwujudkan khas bagi mengumpulkan karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah (S.A.W). Rentetan daripada peristiwa 20 mei, terus-terusan golongan anti-Islam ini menghentam Nabi Muhammad (S.A.W). Pelbagai bentuk karikatur telah dihasilkan dan disiarkan melalui laman web tersebut. Mungkin juga banyak lagi laman web yang sebegitu rupa. Namun, apakah tindakan kita?

Kecoh satu dunia tentang hak kebebasan media.
Adakah ini yang mereka mahukan?
Menghina, mengutuk, melemparkan fitnah kepada nabi junjugan kita?


http://muhammadture.com/



"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka..."(Al-Mujaadilah: 22)


P/S : Cuma, aku terfikir sejenak. Sejauh manakah kecintaan kita kepada KEKASIH ALLAH ?

Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Sayangnya Rasulullah kepada kepada umatnya sedangkan ketika sakratul maut datang memanggil Rasullah menyebut Ummati… Ummati… Ummati…

3 comments:

NiZaM Limited said...

dari dulu smpai sekarang musuh islam ni tak henti2 nak jathkan islam..termasuk menghina nabi dan al-quran..
paling baru kes kat facebook, hari melukis potret Muhammad..

ish2..umat islam kena bersatu utk tentang sume ni..tp mcm taktau cmne nak mula jek..x_x

SlacKerZ said...

ish2... mmg x gne.. rse nak lempang je dorang yang buat karikatur ni laju2.. hope semua benda ni dapat dibanteras..tak abis2 nak jatuhkan umat islam..

DzuLagiL said...

to NiZaM Limited
usaha atas iman

to SlacKerZ
erm, tuler pasal...
umat Islam ini macam buih-buih di lautan...
tapi....