Saturday, January 31, 2009

BloG YanG AgaK SeTaN......!


Salam 'alaik…....

Terkejut,
Kaget,
Marah,
Geram,
Benci,
Terkilan,
Sedih
dan bermacam-macam perasaan lagi ketika aku membaca blog ini....


http://******-islam.blogspot.com


Apakah niat sebenar penulis blog ini?
Memesongkan akidah kita semua....Astagfirullah...


Secara terang-terangan penulis blog ini mengaku MURTAD...!
Segala isi-isi blog ini telah mengundang kemarahan orang Islam secara keseluruhannya.
Isi-isi yang terkandung dalam blog ini telah banyak menghina ajaran ISLAM...
termasuklah menghina nabi kita, Nabi Muhammad (S.A.W)...
Banyak fakta diputarbelitkan dan dipesongkan....



Moga-moga kita semua dilindungi di bawah lembayung-Nya.

Ingatlah, kejayaan manusia hanyalah terletak pada agama. Sekiranya agama dibelakangkan, adakah manusia itu akan berjaya? Mungkin individu terbabit hanya berjaya di dunia tetapi bukan di akhirat.
Aku bawakan perumpamaan ikan tembakul. Kejayaan ikan tembakul hanyalah terletak pada air. Mungkin dia boleh hidup di darat, tetapi selama manakah ianya mampu bertahan?


Tepuk dada tanyalah minda,
Tepuk dahi fikir-fikirkan bersama.....


Aku bukanlah sesempurna manusia, mahupun sebaik-baik manusia. Bukan jua iman setinggi gunung, tetapi hanya senipis kulit bawang. Mungkin ramai beranggapan, "Weh, kubur masing-masing."

Nak ubah pendirian orang tentang Islam memang susah, sudahlah dengan extremist dan terrorist yang dah memberi imej yang buruk di mata dunia, jadi perlukah kita memburukkannya lagi? Nampak sangat kita ni terlalu ambil mudah dengan Islam, dan mempermainkannya. Jadi apa kata kita mulakan dengan diri kita sendiri.

Dan aku tau, mesti ada yang rasa malu, segan dan rasa tak guna untuk berdoa, atau beribadat. Yelah sebab rasa banyak sangat dosa dah buat kan, rasa seperti tak guna pun, but you're wrong, Allah Maha Mengampuni, apa yang penting kita sentiasa ikhtiar, berusaha dan bertawakal.



p/s : Sekadar berkongsi. Kembalilah pada agama. Ingat, kejayaan manusia hanyalah terletak pada agama.




For the safety purpose, i had to
"*" unreveal the blog's url....
please e-mail me for further info about this url...

kepada semua pengunjung,
Untuk tujuan keseleamatan, url blog ini terpaksa ditapis "*"....
Sila emel untuk mendapatkan url yang penuh....



aosis89@yahoo.com

Thursday, January 29, 2009

Gerhana Matahari 26 Januari

Salam,
gerhana matahari 26 Januari.....

p/s : di sebalik keagungan ciptaan-Nya, aku tertanya-tanya, bagaimana pula cara untuk menentukan masuknya awal bulan terutamanya sewaktu tibanya bulan Ramadhan mahupun Syawal dan Zulhijjah?










Di atas merupakan beberapa foto Gerhana Matahari Separa yang diambil dari sekitar Kuala Lumpur. Ketika ini, kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) agak sesak dengan orang ramai. Namun, tidak ramai yang menyedari atau mengambil tahu mengenai berlakunya gerhana matahari.

sumber foto : http://rovicky.wordpress.com/2009/01/26/foto-gerhana-matahari-cincin-26-januari-2009/

Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 27 Januari 2009
Tajuk : Malaysia separa, Indonesia cincin

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kebesaran Tuhan memberi peluang kepada penduduk di Kuala Lumpur untuk menyaksikan gerhana matahari separa bermula pukul 4.30 petang dan tamat pada 7.00 petang hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, gerhana matahari sebelum ini berlaku di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998 dan mengambil masa lebih sepuluh tahun untuk muncul semula.

Selain Kuala Lumpur, katanya, bahagian Sumatera di Indonesia juga menyaksikan gerhana matahari tetapi berbentuk cincin.

Menurutnya, gerhana matahari terjadi apabila bulan yang sedang mengelilingi bumi berada di kedudukan bersetentang dengan bumi serta matahari dan bayangannya terkena pada bumi.

''Gerhana matahari hanya berlaku ketika bulan baru kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

''Gerhana matahari separa terjadi ketika saat puncak gerhana di mana tidak seluruh permukaan bulan menutupi permukaan matahari,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Solat Sunat Gerhana Matahari dan Cerapan Sempena Gerhana Matahari 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad dan Pengarah Seksyen Geodesi, Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Dr. Azhari Mohamed.

Wan Mohamad berkata, gerhana matahari cincin berlaku apabila keseluruhan bulatan bulan dan matahari serta saiz bulan yang kecil berbanding matahari, maka bulatan matahari tidak tertutup secara penuh.

''Gerhana matahari cincin kali ini berlaku di Sumatera, Indonesia dan pihak Jakim telah menghantar lima wakil ke sana Sabtu lalu untuk membuat penyelidikan,'' katanya.

Menurutnya, rombongan itu diketuai Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim, Razali Shahabudin; Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim, Sobri Mat Yassin; Pembantu Hal Ehwal Islam Jakim, Abu Zaki Abd. Jalal; Penolong Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Penolong Pegawai ILIM, Zaharin Ismail.

Menurut Sheikh Ismail pula, gerhana akan berlaku selama alam ini ada.

''Matahari adalah tanda kebesaran Allah, jadi gerhana adalah ujian kepada umat Islam untuk melihat sama ada bersyukur dengan kebesaran Allah atau tidak.

''Jadi apabila berlaku gerhana umat Islam perlu bersama menunaikan solat sunat gerhana,'' katanya.

Tambah Wan Mohamad, gerhana matahari seterusnya berbentuk gerhana penuh akan berlaku pada Julai ini di China.

Malaysia hanya akan menerima kesan sebanyak sepuluh peratus sahaja.


petikan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0127&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive



PELAJAR Sekolah Darul Quran Kuala Kubu, Ulu Selangor tidak ketinggalan menyaksikan fenomena gerhana matahari di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam. - UTUSAN / ZULHAFIZ HANAFIAH

Tuesday, January 27, 2009

BloGGer AwaRD



1. Copy Badge Cute Blogger Award untuk diletakkan di blog anda.

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

penyampai anugerah : najah najihah
link blog : najahfisabilillah.blogspot.com

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memberika anugerah ini kepada pemenang seterusnya.

a) nama gelaran terkini...."mie" (entah mane dapat nickname nie...?)
b) lahir pada hari Jumaat, 23 Jamadilawal 1410
c) seorang budak yang agak sensitif & agak sengal... (ye ker?..)
d) ziarah, baca, komen adalah antara perkara yang akan aku buat ketika singgah ke blog orang lain.
e) selalu ber"online" terutamanya masa cuti. (sanggup x tido sampai subuh..)
f) agak skema
g) mengacau orang merupakan rutin harian... (jahat gak aku nie...)
h) suka berinteraksi dengan orang lain... (contoh macam join-venture sebarang aktiviti kesukarelawan)
i) kalau rasa tertekan, lagi suka sakat orang lain...
j) andai dirinya tercipta untukku...( untuk sape aku tujukan erk...?)


4. Akan aku berikan anugerah ini kepada :-
a)Alhaqimi - alhaqimi.blogspot.com
b)Nurul Fathy - chentarahsia.blogspot.com
c)Lai - pulah-711.blogspot.com
d)ADMIN X-PO ORG™ - x-poshop.blogspot.com
e)Hamizah - emymimie.blogspot.com
f)REzZ_87 - rezz-nozomiy.blogspot.com
g)i.Z.z.A.t.Y - izzaty-mywords.blogspot.com

p/s : entah sape yang cipta award nie sebenarnya...??

Tuesday, January 13, 2009

Cantik, menarik, Kacak, bergaya.....?



Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.


p/s : praktikanlah....moga-moga anda akan lebih menawan !

Saturday, January 10, 2009

Filem : IP MAN


Salam,

Baru-baru ni, aku ada menonton filem Ip Man. Well, cerita nie berkisarkan tentang kehidupan Ip Man yang merupakan seorang pengamal kung fu Wing Chun. Latar filem ini adalah ketika negara China sedang ditakluki Jepun (rasanya ketika Sino-Japanese War....pi check buku sejarah jap). Rakyat sangat menderita, pembunuhan kejam, kebuluran(akibat catuan makanan)sehinggakan bilangan penduduk telah menurun secara drastik daripada 300,000 kepada 70,000(..tak salah ar). Rakyat dipaksa bekerja sebagai buruh. Ip Man adalah ikon yang memperjuangkan hak mereka. Cerita ini mengandungi unsur patriotisme yang sangat tinggi, menekankan konsep keadilan, kasih sayang, kebebasan, serta semangat bangsa itu sendiri.

Apa yang paling menonjol di sini, iaitu, pengkhianatan terhadap bangsa itu sendiri yang membuatkan sesuatu bangsa itu jatuh. Harapkan pagar, pagar makan padi. Aku rasa filem ini memang patut korang kaji. Mesej yang disampaikan sangat jelas. Asbab sesuatu keharmonian sesuatu negara itu bergantung kepada kepaduan rakyat. Sekiranya rakyat tidak bersatu, maka sudah pastilah akan jatuhnya sesebuah negara itu.

Dari perspektif yang berbeza, aku merasakan filem-filem patriotik dari Timur ini agak berkualiti berbanding filem-filem patriotik di barat yang kebiasaannya bergantung kepada wanita-wanita cantik yang dizahirkan sebagai simbol seks semata-mata di samping lebih mementingkan keuntungan berbanding mesej yang hendak disampaikan kepada penonton. Lebih baik kita mengamalkan dasar pandang ke Timur kembali. Tambahan pula, ini adalah merupakan salah satu cara kita memboikot Barat.

Tepuk dada, tanyalah minda.
Tepuk dahi, lu fikirlah sendiri...!




p/s : Cuma sekadar berkongsi. Ingatlah, kemerdekaan itu adalah suatu nikmat. Sokonglah barangan buatan tempatan...!!!

Friday, January 9, 2009

SeLaMaT KeMBaLi ke SeKoLah....!



Al-kisah bermula....

Tahniah diucapkan kepada si polan bin si polan kerana telah berjaya ditawarkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda.....

tup...tap...
tup...tap...

Pergh...Baru-baru nie, aku baru jer terima surat lapor diri. Dah hampir dua bulan gak aku bercuti. Cuti semester hujung tahun kali nie memang agak panjang. Tapi, masa sudah pasti sentiasa berlalu. Di penghujung cuti inilah baru banyak panggilan dan sms masuk dari member-member sekuliah bertanyakan tentang lapor diri nie. Kalau tak, sepatah bunyi mahupun huruf langsung tak dengar berita. Mahu tak mahu terpaksa "welcome back to school". Semangat baru....Jiwa baru.... Matlamat baru!



p/s : harap-harap ada masa nak online... Waktu berehat sudah pun habis, jom kembali ke "sekolah".

Thursday, January 8, 2009

Hari Asyura......AyuH...!


bubur asyura.....
Dah lama rasanya tak merasa bubur nie.... Tahun nie melepas lagi...


Salam,

Di bulan Muharram, ada satu hari yang istimewa iaitu hari Asyura, hari ke 10. Banyak riwayat yang menyebutkan bahwa pada hari asyura ini terjadi banyak peristiwa penting berkenaan dengan para nabi. Misalnya dikeluarkannya Yunus dari perut ikan, diselamatkannya Ibrahim dari kobaran api. Juga diselamatkannya Musa dari Firaun, hal ini membuat kaum yahudi setelahnya selalu berpuasa pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, beliau berkata, Rasullah saw datang di Madinah lalu beliau menemukan orang-orang yahudi sedang berpuasa hari Asyura. Beliau bertanya pada mereka mengenai hal itu. lalu mereka berkata:"Sesungguhnya pada hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israil atas firaun dan tentaranya. Maka kami berpuasa hari ini untuk mengagungkannya."
Nabi Muhammad salallahu'alaihi wassalam berkata, "Kami adalah orang-orang yang lebih berhak dengan Musa daripada anda". Lalu, baginda memerintahkan untuk berpuasa.

Nabi Muhammad salallahu'alaihi wassalam berkata, "Berpuasalah anda sebelum dan sesudahnya satu hari dan berbezalah anda dengan orang-orang yahudi." iaitu orang2 yahudi hanya berpuasa pada hari ke 10 saja. Maka kita diminta untuk berpuasa pada hari ke 9 dan 10, 10 dan 11 atau 9,10,11.
Puasa tiga hari ini (9,10,11) adalah yang terbaik.

Selain itu, hal yang sangat penting adalah berbuat baik pada hari ke 10 itu.
Imam Baihaqi meriwayatkan dalam syu'abil Iman, "Barangsipa yang membuat kelapangan atas keluarga dan istrinya pada hari asyura, Allah akan melapangkanpadanya dalam sisa waktu setahunnya."
Dalam riwayat At tabrani dikatakan, Nabi Muhammad salallahu'alaihi wassalam bersabda, "Sedekah satu dirham pada hari Asyura sama dengan tujuh ratus ribu dirham."

(sdri embun pagi)

p/s : rebutlah peluang ini....moga2 kita dipermudahkan segala urusan-Nya.

Cara Berjuang Bersama Palestin.....?!!!




Salam,

Setiap hari membelek berita berkenaan
Palestin, setiap hari rasa pedih dan
adakalanya terasa seolah tidak mahu
mendengar sebentar laporan berita
berkenaannya kerana sukar menahan rasa
sakitnya.


Sudah hari kesepuluh dan serangan
semakin ganas. Sekitar 550 orang
Palestin telah diragut nyawanya
termasuk kanak-kanak dan wanita serta
orang awam, manakala seramai 2500 lagi
cedera. Bekalan ubatan, makanan dan
perkara asas semakin kurang. Hospital
dan doktor amat terhad dan laporan
berita menyatakan ada doktor yang
tidak sempat tidur sama sekali.

Palestin pula telah terbahagi kepada
tiga bahagian, kiri dan kanan telah
mula ditembusi oleh Yahudi, hanya
bahagian tengah masih belum berjaya
ditembusi. Jelas, mereka sedang
melakukan penjajahan secara fizikal
dan menghilang Palestin dari peta
dunia.!


Persoalan utama sekarang, apa lagi
yang boleh bantu yang benar-benar
dikira membantu?? Satu soalan yang
saya sendiri turut kerap menyoal diri
ini. Saya tiada jawapan yang
melegakan, atau jawapan yang
membuatkan anda terperanjat kerana ‘di
luar kotak'.


Namun bagi saya, kita semua boleh
membantu berdasarkan rasa kemampuan
masing-masing. Siapa boleh lebih, buat
lebih, siapa hanya mampu yang kurang,
buat jugalah.


Keadaan manusia yang berbeza-beza
dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri
oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru,
jangan harapkan semua orang mampu
menjadi terlalu ‘berani seperti anda,
terlalu ‘pemurah' seperti anda,
terlalu ‘berjasa' seperti anda.


Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang
sangat popular :-


Erti : Sesiapa yang melihat
kemungkaran, hendaklah ia mencegah
dengan tangannya, barangsiapa yang
tidakmampu, cegahlah dengan lisannya
(perkataan dan tulisan), barangsiapa
yang tidak mampu, cegahlah dengan
hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

USAHA KITA : PILIHLAH


Natijahnya, pilihlah salah satu
atau lebih dari satu dari tindakan di
bawah untuk membantu saudara kita di
Palestin yang dijajah dan Palestin
yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ;
Pergilah ke medan di Palestin, jika
anda ada cara, kemampuan dan
keikhlasan. Sama ada untuk membantu
menghantar bantuan kemanusian,
perubatan, psikologi atau yang lebih
dahsyat dari itu dari segi
fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang
tidak mampu pergi ; sumbanglah bantuan
kewangan atau pakaian dan lainnya
kepada badan yang dipercayai lagi
berwibawa di tempat anda. Agar bantuan
tersebut boleh sampai kepada rakyat
Palestin yang sedang menderita. Cuaca
sejuk kini tidak menentu, Palestin berada dalam
cuaca sejuk, sekitar di bawah 10
celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak
mampu memberi kedua-dua bantuan di
atas, atau termasuk juga mereka yang
mampu, teruskan berdoa untuk
keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan
umat Islam, doakan bala bagi Yahudi,
pemimpin Amerika dan rakyatnya yang
menyokong, pemimpin Mesir dan
sekutunya-sekutu mereka yang membuka
jalan dan menyokong serangan pengganas
Yahudi ini.


Doa anda boleh bacanya sebagai :-


a- Qunut Nazilah dalam setiap solat
fardhu anda, anda dibenarkan untuk
memegang kertas doa semasa qunut
tersebut kerana tentunya sukar untuk
menghafalnya. Itu tidak membatalkan
solat dalam semua mazhab termasuk
mazhab Syafie kerana andatidak
bergerak besar berturut-turt sebanyak
tiga kali. Hanya angkat sekali kertas
doa, berhenti sebenar kerana membaca,
kemduain terus turun sujud, tiada
berturut-turut.


b- Doa semasa sujud dalam setiap
solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas
yang sohih.


c- Khatib bacalah doa untuk
Palestin di hujung khutbah Jumaat.


d- Dan banyak lagi waktu doa
maqbul.


4) Solat Hajat ; Bagi mereka
yang berpegang kepada bolehnya
dilakukan solat hajat sama ada secara
individu atau berjemaah. Anda turut
boleh meneruskannya.


5) Menyertai Demonstrasi Aman :
Sertailah ia dengan aman dan
makmurkannya, namun jangan lupa juga
memakmurkan masjid di kala Subuh dan
waktu-waktu lain.


6) Menulis ; Tulislah di blog,
web, forum anda, ruangan akhbar,
majalah yahoogroup dan lainnya,
buatkanlah kajian ringkas dan
permudahkan penyampaian info kepada
orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi
terhadap Palestin dan sekutu-sekutu
mereka.


7) Ceramah ; anda mampu ceramah?
berikanlah ceramah berkaitan isu ini
atau hadirkanlah diri ke ceramah
berkaitannya di tempat anda.Anda tidak
semestinya seorang ustaz/ah untuk
ceramah dalam bab ini, wartawan pun
boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot
barangan Yahudi dan Amerika di ketika
ini. Hantarlah surat dan bantahan,
petition, memorandum kepada kedutaan
Amerika, Mesir dan sekutu jahat
mereka. Pelajar Al-Azhar, kami
mendambakan tindakan dan usaha anda
terhadap kerajaan Mesir.





TINGKATKAN KEPEDULIAN



Tingkatkan kepedulian kita terhadap
nasib saudara kita umat Islam.


Jangan dirasakan usaha kita sangat
kerdil, tidak mampu memberi sebarang
kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka
baiklah dengan Allah, nescaya Allah
bersama hambaNya yang bersangka baik
dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

Allah menyebut : aku berada di atas
sangkaan hamba-hambaKu,




AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH
KEEGOANNYA!


Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam
bidang ekonomi sedang jatuh merudum,
hari ini berita BBC melaporkan
Presiden dipilih, Barrack Obama
mengatakan ekonomi US sedang ‘SANGAT
SAKIT' dan sangat serius masalahnya.


Rakyat Amerika yang kehilangan kerja
semakin ramai. Obama sedang pening
kepala masa plannya untuk USA, Bush
bukan main seronok dengan Yahudinya.(
Sumber di sini http://news. bbc.co.uk/
1/hi/business/ 7811326.stm)


Jualan kereta di US pula kini diratah
serangan virus kegawatan ekonomi
apabila jualannya jatuh paling teruk
sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit
Three jatuh 50 % buat pertama kalinya.
Chrysler pula rugi dengan kejatuhan
jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan
Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke
37 peratus. (http://uk.biz.
yahoo.com/ 06012009/ 323/auto- sales-
crash- 2008-hits- lowest-level- since-
1992. html)


Seorang rakan warganegara Amerika di
sini memberitahu kami bahawa Bush
sedang merancang Amerika menyertai
perang, itu adalah salah satu jalan
agar perlantikan rasmi Obama sebagai
Presiden US pada 20 Januari 2009
terpaksa ditangguh, kerana demikian
menurut undang-undangnya. Iaitu jika
US sedang dalam peperangan, Presiden
yang sedang menerajui akan kekal. Kami
tiadalah mengetahui sejauh mana
benarnya ramalan atau analisa ini.
Cuma ini mungkin salah satu sebab
Obama dan rakannya, senyap sunyi
menggelak dari memberi komen dalam isu
Palestin.


Namun saya kira, mungkin hasrat Bush
sedikit terganggu kerana untuk
berperang Amerika perlukan berbillion
US dolar, bagaimana ia boleh sedangkan US dalam
ekonomi yang sangat sakit dan teruk?


MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT
BERSUARA


Kalau sebelum ini yang tidak kurang
bengisnya adalah Britain, sebagaimana
dalam kes Iraq, namun, kini UK agak
senyap sunyi sikit, Alhamdulillah.
Mengapa?


Jika Amerika sedang merudum dengan
teruknya, UK setiap hari berita
parahnya semakin menjalar, sehingga
nilai Pound Sterling jatuh menjunam
hampir sama malah pernah lebih rendah
daripada matawang Euro. Kes buang
kerja tidak henti-henti, pasaraya dan
syarikat besar satu demi satu bungkus
seperti Woolworth, MFI dan banyak
lagi, menghidangkan kebanjiran
pengganggur. Ditambah dengan cuaca
sejuk luar biasa, sehingga kami yang
berada di sini turut bimbang.


QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah
dengan baris yang telah saya usahakan
barisnya dan ertinya, agar boleh
dibaca oleh orang ramai.





اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ
عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ
إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ
نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ،
إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ
الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ



Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya
kami memohon pertolongan dariMU dan
kami beriman denganMu, dan kami
bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja
Mu dengan kebaikan dan kami tidak
mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau
yang kami sembah dan kepada Mu kami
menunaikan solat dan bersujud,
kepadaMu kami berusaha, kami
mengharapkan rahmatMu dan kami
takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu
yang pedih akan dikenakan kepada orang-
orang yang kafir, Ya Allah azablah
orang-orag kafir Ahli kitab yang
menghalang-halangi dari jalanMU."


اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ،
ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ


اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ
الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ،
وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم
وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ
قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ
كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا
مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ
عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.





Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami
menjadikan-Mu sebagai pendinding
(kepada musuh2) kami, dan kami
berlindung dengan-Mu daripada
kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang
menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan
wahai yang menjalankan awan, dan wahai
yang menghancurkan tentera al-Ahzab,
hancurkanlah Yahudi perampas dan
penjajah dan bantulah kami ke atas
mereka dan goyangkanlah mereka.


Wahai Tuhan kami, binasakanlah
kesempurnaan mereka, dan pecah-
belahkanlah jemaah/kesatuan mereka,
dan gagapkanlah perkataan mereka
(melalutkan kereka), pecah belahkanlah
hati-hati mereka, goyahkanlah
pendirian mereka, dan hantarkanlah
anjing ke atas mereka dari anjing-
anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang
Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang
Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha
Berdendam, wahai Allah tuhan kami,
turunkanlah ke atas mereka kemarahan
dan kesakitan dariMu yang tidak mampu
ditolak oleh kaum yang berdosa.




اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ
اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ
مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ ..
اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ
مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً
لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ
وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ ,
اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ
سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ


Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan
pejuang Islam dalam petempurannya
dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami
untuk mengalahkan mereka di mana-mana
sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada
mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah
jadikanlah mereka boleh dibilang, dan
bunuhlah mereka sebinasanya, dan
janganlah engkau lepaskan mereka walau
seorang. Ya Allah jadikanlah senjata
dan harta mereka sebagai harta
rampasan di tangan kaum Muslim, Ya
Allah jadikanlah senjata mereka
mengenai dada mereka sendiri, dan
helah mereka mengenai tengkuk mereka,
dan perancangan mereka penghancur
mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah
para Malaikat membantu kaum Muslimin,
Ya Allah tepatkanlah tembakan dan
lontaran mereka


اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ...
اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا
فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ
إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان
والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين





Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka
sebagaimana engkau menghancur kaum
Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka
dengan paluan azaz kerana mereka telah
melakukan kerosakan dalam negara dan
membunuh para hambaMu. Ya Allah
bantulah saudara kami di LUbnan,
Palestin, Afghanistan, Iraq dan
seluruh negara umat Islam.

(sdri aftaf)

sekadar berkongsi.....

- petisyen "stop the violence in Gaza", ambillah masa seminit untuk menurunkan tandatangan...

http://www.thepetitionsite.com/takeaction/938380652

(sdr shazrin)

- Berhentilah membeli barangan-barangan Yahudi. Sanggupkah anda makan serta minum darah dan daging saudara-saudara anda di sana?

"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine.. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression." -Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

http://boycottisraelnow.com/list.htm

http://inminds.com/boycott-brands.html

(sdr muaz)

p/s : sekadar berkongsi maklumat..... ambilah sedikt masa untuk ambil tahu.... kongsilah sedikit pengorbanan untuk berkongsi sedikit pernderitaan...

Monday, January 5, 2009

Ingin mengetahui tahap ke"ori"an telefon bimbit anda?






Tekan *#06#

Maka, terkeluarlah nombor identiti henset korang.
Rujuk pada digit yang ke-7 dan ke-8.

1 2 3 4 5 6 <7> <8> 9 10 11 12 13 14 15

Nombor siri hp korang : x x x x x x ? ? x x x x x x x

- jika nombor tersebut adalah "02" ataupun "20" menunjukkan hp anda berasal dari China yang mempunyai kualiti yang agak rendah.

- jika nombor tersebut adalah "08" atapun "80" menunjukkan hp anda dibuat di Jerman dan sudah pastilah kualiti terjamin.

- jika nombor tersebut adalah "01" atau "10" menunjukkan hp anda dikilangkan di Finland dan tentunya mempunyai kualiti yang baik.

- jika nombor tersebut adalah "00" menunjukkan bahawa hp anda dihasilkan di kilang yang asal dan mempunyai kualiti mobil yang terbaik.

- jika nombor tersebut adalah "13" menunjukkan bahawa hp anda berasal dari Azerbaijan dan mempunyai kualiti yang rendah dan dipercayai akan membawa mudarat kepada pemilik hp tersebut.



p/s : cubalah.... artikel nie aku translate dari bahasa Inggeris dan dipermudahkan agar nmpk ringkas dan padat.

Saturday, January 3, 2009

LARIAN AMAL UNTUKMU PALESTIN





LARIAN AMAL UNTUKMU PALESTIN
10 JANUARI 2009
SABTU
730-1100 PAGI
ASTAKA TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR
YURAN PENYERTAAN: RM3
HADIAH DISEDIAKAN UNTUK PARA PEMENANG!!!!
SIJIL DISEDIAKAN UNTUK SEMUA PESERTA.

KATEGORI:

LELAKI:
A: BAWAH 12 TAHUN
B: 13-20 TAHUN
C: 21-30 TAHUN
D: 31 TAHUN KE ATAS

PEREMPUAN:
E: BAWAH 12 TAHUN
F: 13-20 TAHUN
G: 21-30 TAHUN
H: 31 TAHUN KE ATAS

Tentatif program
730 am – pendaftaran peserta
800 am – senaman
830 am – pelepasan peserta lelaki
845 am – pelepasan peserta perempuan
1000 am – tamat larian
1030 am – ketibaan VIP dan dif kehormat
1045 am – Penyampaian hadiah dan jamuan VIP
1100 am – bersurai

Untuk mendaftar, peserta haruslah datang ke lokasi pada waktu yang tertera diatas. JOM SERTAI LARIAN AMAL!!!!

* peserta hendaklah datang berpakaian sukan lengkap dengan berkasut.
* nombor larian akan diberi semasa pendaftaran.
* peserta mestilah menamatkan larian dalam tempoh 1 jam 30 minit
* peserta hendaklah mengikut laluan yang telah ditetapkan

Untuk maklumat lanjut,SILA LAYARI....
http://untukmupalestin.blogspot.com
-walk-for-peace.html


Untuk peserta dari kolej tun syed nasir, kaunter pengesahan pendaftaran akan dibuka pada:
tarikh: 5 dan 8 januari 2009
hari: isnin dan khamis
masa: 9 - 11 malam
tempat: tepi DSG, KTSN
Sila bawa yuran penyertaan sebanyak RM3.
SEKIAN,harap maklum.



p/s : Weh...korang! Support ar... Kalau tak dapat invovle pun inform yang lain... Salam imtihan..!

Salam 2009 / 1430H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam 2009/1430H,

buat sahabat yang diingati...
selamat menyambut tahun baru...
moga-moga segala impian, harapan azam yang dihajati akan tercapai.
ingatlah...
setiap lembaran baru akan kita tempuhi...
hidup ini pendek,
saling memaafkan dan saling memberi secara berterusan,
menghargai sedalam-dalamnya,
senyumlah selalu walau dirimu disakiti,
berbahagialah selalu....



p/s : pergh, dah lama tak update blog nie.