Saturday, January 10, 2009
Filem : IP MAN
Salam,
Baru-baru ni, aku ada menonton filem Ip Man. Well, cerita nie berkisarkan tentang kehidupan Ip Man yang merupakan seorang pengamal kung fu Wing Chun. Latar filem ini adalah ketika negara China sedang ditakluki Jepun (rasanya ketika Sino-Japanese War....pi check buku sejarah jap). Rakyat sangat menderita, pembunuhan kejam, kebuluran(akibat catuan makanan)sehinggakan bilangan penduduk telah menurun secara drastik daripada 300,000 kepada 70,000(..tak salah ar). Rakyat dipaksa bekerja sebagai buruh. Ip Man adalah ikon yang memperjuangkan hak mereka. Cerita ini mengandungi unsur patriotisme yang sangat tinggi, menekankan konsep keadilan, kasih sayang, kebebasan, serta semangat bangsa itu sendiri.
Apa yang paling menonjol di sini, iaitu, pengkhianatan terhadap bangsa itu sendiri yang membuatkan sesuatu bangsa itu jatuh. Harapkan pagar, pagar makan padi. Aku rasa filem ini memang patut korang kaji. Mesej yang disampaikan sangat jelas. Asbab sesuatu keharmonian sesuatu negara itu bergantung kepada kepaduan rakyat. Sekiranya rakyat tidak bersatu, maka sudah pastilah akan jatuhnya sesebuah negara itu.
Dari perspektif yang berbeza, aku merasakan filem-filem patriotik dari Timur ini agak berkualiti berbanding filem-filem patriotik di barat yang kebiasaannya bergantung kepada wanita-wanita cantik yang dizahirkan sebagai simbol seks semata-mata di samping lebih mementingkan keuntungan berbanding mesej yang hendak disampaikan kepada penonton. Lebih baik kita mengamalkan dasar pandang ke Timur kembali. Tambahan pula, ini adalah merupakan salah satu cara kita memboikot Barat.
Tepuk dada, tanyalah minda.
Tepuk dahi, lu fikirlah sendiri...!
p/s : Cuma sekadar berkongsi. Ingatlah, kemerdekaan itu adalah suatu nikmat. Sokonglah barangan buatan tempatan...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment