Thursday, January 8, 2009

Cara Berjuang Bersama Palestin.....?!!!




Salam,

Setiap hari membelek berita berkenaan
Palestin, setiap hari rasa pedih dan
adakalanya terasa seolah tidak mahu
mendengar sebentar laporan berita
berkenaannya kerana sukar menahan rasa
sakitnya.


Sudah hari kesepuluh dan serangan
semakin ganas. Sekitar 550 orang
Palestin telah diragut nyawanya
termasuk kanak-kanak dan wanita serta
orang awam, manakala seramai 2500 lagi
cedera. Bekalan ubatan, makanan dan
perkara asas semakin kurang. Hospital
dan doktor amat terhad dan laporan
berita menyatakan ada doktor yang
tidak sempat tidur sama sekali.

Palestin pula telah terbahagi kepada
tiga bahagian, kiri dan kanan telah
mula ditembusi oleh Yahudi, hanya
bahagian tengah masih belum berjaya
ditembusi. Jelas, mereka sedang
melakukan penjajahan secara fizikal
dan menghilang Palestin dari peta
dunia.!


Persoalan utama sekarang, apa lagi
yang boleh bantu yang benar-benar
dikira membantu?? Satu soalan yang
saya sendiri turut kerap menyoal diri
ini. Saya tiada jawapan yang
melegakan, atau jawapan yang
membuatkan anda terperanjat kerana ‘di
luar kotak'.


Namun bagi saya, kita semua boleh
membantu berdasarkan rasa kemampuan
masing-masing. Siapa boleh lebih, buat
lebih, siapa hanya mampu yang kurang,
buat jugalah.


Keadaan manusia yang berbeza-beza
dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri
oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru,
jangan harapkan semua orang mampu
menjadi terlalu ‘berani seperti anda,
terlalu ‘pemurah' seperti anda,
terlalu ‘berjasa' seperti anda.


Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang
sangat popular :-


Erti : Sesiapa yang melihat
kemungkaran, hendaklah ia mencegah
dengan tangannya, barangsiapa yang
tidakmampu, cegahlah dengan lisannya
(perkataan dan tulisan), barangsiapa
yang tidak mampu, cegahlah dengan
hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

USAHA KITA : PILIHLAH


Natijahnya, pilihlah salah satu
atau lebih dari satu dari tindakan di
bawah untuk membantu saudara kita di
Palestin yang dijajah dan Palestin
yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ;
Pergilah ke medan di Palestin, jika
anda ada cara, kemampuan dan
keikhlasan. Sama ada untuk membantu
menghantar bantuan kemanusian,
perubatan, psikologi atau yang lebih
dahsyat dari itu dari segi
fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang
tidak mampu pergi ; sumbanglah bantuan
kewangan atau pakaian dan lainnya
kepada badan yang dipercayai lagi
berwibawa di tempat anda. Agar bantuan
tersebut boleh sampai kepada rakyat
Palestin yang sedang menderita. Cuaca
sejuk kini tidak menentu, Palestin berada dalam
cuaca sejuk, sekitar di bawah 10
celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak
mampu memberi kedua-dua bantuan di
atas, atau termasuk juga mereka yang
mampu, teruskan berdoa untuk
keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan
umat Islam, doakan bala bagi Yahudi,
pemimpin Amerika dan rakyatnya yang
menyokong, pemimpin Mesir dan
sekutunya-sekutu mereka yang membuka
jalan dan menyokong serangan pengganas
Yahudi ini.


Doa anda boleh bacanya sebagai :-


a- Qunut Nazilah dalam setiap solat
fardhu anda, anda dibenarkan untuk
memegang kertas doa semasa qunut
tersebut kerana tentunya sukar untuk
menghafalnya. Itu tidak membatalkan
solat dalam semua mazhab termasuk
mazhab Syafie kerana andatidak
bergerak besar berturut-turt sebanyak
tiga kali. Hanya angkat sekali kertas
doa, berhenti sebenar kerana membaca,
kemduain terus turun sujud, tiada
berturut-turut.


b- Doa semasa sujud dalam setiap
solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas
yang sohih.


c- Khatib bacalah doa untuk
Palestin di hujung khutbah Jumaat.


d- Dan banyak lagi waktu doa
maqbul.


4) Solat Hajat ; Bagi mereka
yang berpegang kepada bolehnya
dilakukan solat hajat sama ada secara
individu atau berjemaah. Anda turut
boleh meneruskannya.


5) Menyertai Demonstrasi Aman :
Sertailah ia dengan aman dan
makmurkannya, namun jangan lupa juga
memakmurkan masjid di kala Subuh dan
waktu-waktu lain.


6) Menulis ; Tulislah di blog,
web, forum anda, ruangan akhbar,
majalah yahoogroup dan lainnya,
buatkanlah kajian ringkas dan
permudahkan penyampaian info kepada
orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi
terhadap Palestin dan sekutu-sekutu
mereka.


7) Ceramah ; anda mampu ceramah?
berikanlah ceramah berkaitan isu ini
atau hadirkanlah diri ke ceramah
berkaitannya di tempat anda.Anda tidak
semestinya seorang ustaz/ah untuk
ceramah dalam bab ini, wartawan pun
boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot
barangan Yahudi dan Amerika di ketika
ini. Hantarlah surat dan bantahan,
petition, memorandum kepada kedutaan
Amerika, Mesir dan sekutu jahat
mereka. Pelajar Al-Azhar, kami
mendambakan tindakan dan usaha anda
terhadap kerajaan Mesir.





TINGKATKAN KEPEDULIAN



Tingkatkan kepedulian kita terhadap
nasib saudara kita umat Islam.


Jangan dirasakan usaha kita sangat
kerdil, tidak mampu memberi sebarang
kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka
baiklah dengan Allah, nescaya Allah
bersama hambaNya yang bersangka baik
dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

Allah menyebut : aku berada di atas
sangkaan hamba-hambaKu,




AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH
KEEGOANNYA!


Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam
bidang ekonomi sedang jatuh merudum,
hari ini berita BBC melaporkan
Presiden dipilih, Barrack Obama
mengatakan ekonomi US sedang ‘SANGAT
SAKIT' dan sangat serius masalahnya.


Rakyat Amerika yang kehilangan kerja
semakin ramai. Obama sedang pening
kepala masa plannya untuk USA, Bush
bukan main seronok dengan Yahudinya.(
Sumber di sini http://news. bbc.co.uk/
1/hi/business/ 7811326.stm)


Jualan kereta di US pula kini diratah
serangan virus kegawatan ekonomi
apabila jualannya jatuh paling teruk
sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit
Three jatuh 50 % buat pertama kalinya.
Chrysler pula rugi dengan kejatuhan
jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan
Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke
37 peratus. (http://uk.biz.
yahoo.com/ 06012009/ 323/auto- sales-
crash- 2008-hits- lowest-level- since-
1992. html)


Seorang rakan warganegara Amerika di
sini memberitahu kami bahawa Bush
sedang merancang Amerika menyertai
perang, itu adalah salah satu jalan
agar perlantikan rasmi Obama sebagai
Presiden US pada 20 Januari 2009
terpaksa ditangguh, kerana demikian
menurut undang-undangnya. Iaitu jika
US sedang dalam peperangan, Presiden
yang sedang menerajui akan kekal. Kami
tiadalah mengetahui sejauh mana
benarnya ramalan atau analisa ini.
Cuma ini mungkin salah satu sebab
Obama dan rakannya, senyap sunyi
menggelak dari memberi komen dalam isu
Palestin.


Namun saya kira, mungkin hasrat Bush
sedikit terganggu kerana untuk
berperang Amerika perlukan berbillion
US dolar, bagaimana ia boleh sedangkan US dalam
ekonomi yang sangat sakit dan teruk?


MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT
BERSUARA


Kalau sebelum ini yang tidak kurang
bengisnya adalah Britain, sebagaimana
dalam kes Iraq, namun, kini UK agak
senyap sunyi sikit, Alhamdulillah.
Mengapa?


Jika Amerika sedang merudum dengan
teruknya, UK setiap hari berita
parahnya semakin menjalar, sehingga
nilai Pound Sterling jatuh menjunam
hampir sama malah pernah lebih rendah
daripada matawang Euro. Kes buang
kerja tidak henti-henti, pasaraya dan
syarikat besar satu demi satu bungkus
seperti Woolworth, MFI dan banyak
lagi, menghidangkan kebanjiran
pengganggur. Ditambah dengan cuaca
sejuk luar biasa, sehingga kami yang
berada di sini turut bimbang.


QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah
dengan baris yang telah saya usahakan
barisnya dan ertinya, agar boleh
dibaca oleh orang ramai.





اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ
عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ
إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ
نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ،
إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ
الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ



Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya
kami memohon pertolongan dariMU dan
kami beriman denganMu, dan kami
bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja
Mu dengan kebaikan dan kami tidak
mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau
yang kami sembah dan kepada Mu kami
menunaikan solat dan bersujud,
kepadaMu kami berusaha, kami
mengharapkan rahmatMu dan kami
takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu
yang pedih akan dikenakan kepada orang-
orang yang kafir, Ya Allah azablah
orang-orag kafir Ahli kitab yang
menghalang-halangi dari jalanMU."


اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ،
ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ


اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ
الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ،
وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم
وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ
قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ
كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا
مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ
عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.





Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami
menjadikan-Mu sebagai pendinding
(kepada musuh2) kami, dan kami
berlindung dengan-Mu daripada
kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang
menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan
wahai yang menjalankan awan, dan wahai
yang menghancurkan tentera al-Ahzab,
hancurkanlah Yahudi perampas dan
penjajah dan bantulah kami ke atas
mereka dan goyangkanlah mereka.


Wahai Tuhan kami, binasakanlah
kesempurnaan mereka, dan pecah-
belahkanlah jemaah/kesatuan mereka,
dan gagapkanlah perkataan mereka
(melalutkan kereka), pecah belahkanlah
hati-hati mereka, goyahkanlah
pendirian mereka, dan hantarkanlah
anjing ke atas mereka dari anjing-
anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang
Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang
Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha
Berdendam, wahai Allah tuhan kami,
turunkanlah ke atas mereka kemarahan
dan kesakitan dariMu yang tidak mampu
ditolak oleh kaum yang berdosa.




اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ
اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ
مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ ..
اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ
مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً
لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ
وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ ,
اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ
سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ


Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan
pejuang Islam dalam petempurannya
dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami
untuk mengalahkan mereka di mana-mana
sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada
mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah
jadikanlah mereka boleh dibilang, dan
bunuhlah mereka sebinasanya, dan
janganlah engkau lepaskan mereka walau
seorang. Ya Allah jadikanlah senjata
dan harta mereka sebagai harta
rampasan di tangan kaum Muslim, Ya
Allah jadikanlah senjata mereka
mengenai dada mereka sendiri, dan
helah mereka mengenai tengkuk mereka,
dan perancangan mereka penghancur
mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah
para Malaikat membantu kaum Muslimin,
Ya Allah tepatkanlah tembakan dan
lontaran mereka


اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ...
اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا
فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ
إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان
والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين





Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka
sebagaimana engkau menghancur kaum
Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka
dengan paluan azaz kerana mereka telah
melakukan kerosakan dalam negara dan
membunuh para hambaMu. Ya Allah
bantulah saudara kami di LUbnan,
Palestin, Afghanistan, Iraq dan
seluruh negara umat Islam.

(sdri aftaf)

sekadar berkongsi.....

- petisyen "stop the violence in Gaza", ambillah masa seminit untuk menurunkan tandatangan...

http://www.thepetitionsite.com/takeaction/938380652

(sdr shazrin)

- Berhentilah membeli barangan-barangan Yahudi. Sanggupkah anda makan serta minum darah dan daging saudara-saudara anda di sana?

"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine.. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression." -Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

http://boycottisraelnow.com/list.htm

http://inminds.com/boycott-brands.html

(sdr muaz)

p/s : sekadar berkongsi maklumat..... ambilah sedikt masa untuk ambil tahu.... kongsilah sedikit pengorbanan untuk berkongsi sedikit pernderitaan...

2 comments:

Rumaisha said...

salam...sama-sama doa semoga islam diberi kemenangan...aamiin...

DzuLagiL said...

salam Rumaisha,
teruskan perjuangan...