Sunday, November 30, 2008
Nama .... ?
Salam,
Saban waktu, apabila orang bertanya..."Mie, apa maksud nama ang?"
Aku seringkali cuba mengelak dan berkata, "Masih mencari...."
"AGIL" suatu nama yang cukup ringkas dan unik. Sememangnya nama yang hanya mempunyai 4 huruf iaitu A G I dan L. Namun, maksudnya pula yang aku sendiri belum tahu. Kalaulah huruf G digantikan dengan huruf Q maka sudah pastilah maksudnya "akal". Ustaz aku pernah memberitahu bahawa nama itu merupakan suatu doa dan akan mencorakkan personaliti ataupun tingkahlaku kita. Apabila aku bertanyakan permasalahan ini kepada kedua-dua orang tuaku, mereka hanya menjawab, "Itu hanyalah sekdar nama." Ayahku pernah memberitahu bahawa "AGIL" itu melambangkan sebilah pedang yang tajam. Tapi, aku tetap sangsi dengan jawapan itu. Maka, sudah pastilah aku akan terus mencari dan tetap terus mencari maksud nama aku.
Suatu hari, aku mendapat sms dari seorang teman. Dia mengatakan bahawa maksud nama kita bukanlah suatu perkara yang sangat penting tetapi sebenarnya bagaimana cara kita mengambarkan diri kita kepada umum itulah yang lebih penting. Interpretasi maksud sesuatu nama memberikan suatu tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya, kita tidak menggambarkan seperti mana maksud sesuatu nama itu, maka sudah pastilah orang lain akan menganggap kita sesuatu yang asing. Mereka akan memandang sinis kepada kita. Namun begitu, memang sukar untuk kita hidup dalam kelompok masyarakat yang suka melihat segalanya dari sudut pandangan yang negatif dan bukannya menerima diri kita seadanya. Namun, kita mesti lebih optimis. Barulah kita dapat merasakan kenikmatan hidup. Betul x?
p/s : Aku hanyalah insan yang kerdil hidup di dalam dunia ini. Apakah interpretasi maksud nama korang semua?
Friday, November 28, 2008
PiLih 1 atau 2......?
LAILAHAILLALLH
Salam ahli jannah
Kepentingan ilmu mengatasi selainnya. Satu ujian untuk anda dari saya. Salah satu pilihan dibawah menentukan anda ke syurga selamanya atau neraka selamanya, salah satu fahaman wahabi dan satu lagi ahli sunnah wal jamaah, ingat kalau awak salah pilih, neraka selamanya.
1. ALLAH wujud atas arasyNYA di atas langit
2. ALLAH wujud dan tidak perlukan tempat
Kuasa ilmu, apa pilihan anda, pasti jawapan anda? Ingat salah pilih neraka selamanya...
p/s : renung-renungkan.... marilah kita ambil ikhtibar...!
Sunday, November 23, 2008
Waspadalah....
Era kini, merupakan era peristiwa dan bertebarannya fitnah.
Orang yang mengecapi kebahagiaan merupakan orang yang :-
1) sentiasa mengurus diri sendiri dan keluarganya
2) tidak terlalu mencari ramai teman
3) tidak terlalu banyak pergaulan
4) aktif dalam pelbagai organisasi
5) memandang rendah urusan keduniaan
6) sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri
Jika seseorang itu bertemu dengan orang lain, dia akan berusaha memberikan nasihat serta mendatangkan manfaat. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain.
Namun, banyak perkara telah berubah. Ramai yang suka mencampuri urusan orang lain sekaligus menimbulkan kekacauan disebabkan semangat keagamaan yang semakin pudar.
p/s : Hayatilah nasihat ini agar kita semua dipermudahkan urusan-Nya sama ada di dunia mahupun di akhirat. Movie maker ini, merupakan antara koleksi movie maker yang pernah aku buat. Moga-moga ianya berguna kepada kita semua. Wassalam....!
surah : adh-dhuha
ayat : 1 - 11
Orang yang mengecapi kebahagiaan merupakan orang yang :-
1) sentiasa mengurus diri sendiri dan keluarganya
2) tidak terlalu mencari ramai teman
3) tidak terlalu banyak pergaulan
4) aktif dalam pelbagai organisasi
5) memandang rendah urusan keduniaan
6) sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri
Jika seseorang itu bertemu dengan orang lain, dia akan berusaha memberikan nasihat serta mendatangkan manfaat. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain.
Namun, banyak perkara telah berubah. Ramai yang suka mencampuri urusan orang lain sekaligus menimbulkan kekacauan disebabkan semangat keagamaan yang semakin pudar.
p/s : Hayatilah nasihat ini agar kita semua dipermudahkan urusan-Nya sama ada di dunia mahupun di akhirat. Movie maker ini, merupakan antara koleksi movie maker yang pernah aku buat. Moga-moga ianya berguna kepada kita semua. Wassalam....!
surah : adh-dhuha
ayat : 1 - 11
Friday, November 21, 2008
TeRaTak 19........!
jangan lihat pada luarannya, lihatlah pada dalamannya.......
Exam...Exam...Exam...
berakhir gak nampaknya...
begitu juga dengan semester untuk foundation...
Well, rumah merupakan tempat pertama yang ingin aku jejaki apabila semester berakhir.
Nak tak nak... terpaksa gak aku kemaskan bilik sampailah kosong...
sebab?
Teratak yang aku duduki ini hanyalah rumah sewa sepanjang aku belajar kat IPDA. Lepas nie, terpaksa plak hidup dalam asrama.
huhu....
Hari nie genaplah seminggu aku meninggalkan teratak 19...
Untuk pengetahuan korang, teratak nie merupakan rumah sewa pertama dalam hidup aku. Di teratak nie, aku mengenal banyak perkara. Aku mengenal erti persahabatan, aku mengenal erti keramahan, in fact, banyak lagi....
Apa-apa pun, teratak nie telah banyak meninggalkan nostalgia yang sangat berharga. Terima kasih buat semua "housemate" aku. Korang merupakan "housemate" terbaik.
p/s : Biasanya, orang selalu menyesal atas benda yang sudah tiada. Maka, hargailah apa yang anda ada....!
Sunday, October 26, 2008
eXam ArounD ThE CorNeR
Saturday, October 25, 2008
SuSu Ibu VS SuSu ForMuLa
Assalamualaikum,
Artikel nie leh tolong korang biler korang memerlukannya...
thanks to ridmich...aku bagi credit kat ang...
alkisah....
Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. saya ulangi.. TIADA.. susu-susu formula.. susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tumbesaran bayi.
korang kan suke sangat suke yang berfomula inilah.... itulah, yelah dah banyak keje nak buaat.. laaser gitu..penyahasingan...pengeringan dll...
fakta2 lain anda perlu tahu
Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..
Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…
Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu… (eleh… memang tak pernah bangun pun!)…
Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu...
Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.
faham ketak korang ni... sedarpun skang.. seterusnyer...
Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pituitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya….. Kalau susu tak ada… bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan… nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.
Sekali lagi pasal pantang… susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan… tak tau mana sejuk mana panas…
Kadangkala kita mengikut pantang terlalu “strict”… Tak salah ye puan-puan… tapi macamana kita nak harapkan susu yang terhasil 2000 ml sehari (banyak tu.. boleh buat berniaga..hhehe)… kalau kita minum air pun 100 ml je sehari… Minum air kena cukup... Saya tak pasti kenapa orang tua strict sangat dengan air ni.. kadang-kadang depa kata nanti “kembang”… apa entah yang kembang… Menurut teori oleh Pakar saya… mungkin zaman dahulu, luka di tempat bersalin tu tidak berjahit (yelah dulu-dulu kan bersalin kat rumah).. kadang2 koyak tang sana- koyak tang sini… so nak elak dari luka tu terjangkit kuman, maka dikurangkan minum air, supaya kuranglah terkencing… bila kering cepat luka baik. Tapi sekarang luka dah berjahit, ada pulak antibiotik.. saya rasa alasan tu dah tak releven.
p/s : pergh, cam doktor plak aku nie...macam mna kawe2 faham dah... harap dapat ambil iktibar coz kita semua bakal berkahwinkan.. si suami pun kena ambil perhatian gak... artikel nie diedit agak tak terlalu skema....
RahSia PenCipTaaN HaRi
Assalamualaikum wbt semua....
Baru-baru nie, aku ada terbaca sebuah buku nie bertajuk rahsia & kelebihan hari dalam Islam. Buku nie agak menarik untuk dibaca dengan gaya penulisan yang agak bersahaja dan mudah. Buku nie berkisar tentang sejarah, fadhilat serta kelebihan hari di samping rahsia penciptaan hari dan peristiwa-peristiwa penting dalam hari-hari tersebut.
Di sini, aku sekadar untuk berkongsi ilmu dengan kalian semua....
Ahad
- Sebahagian ulama berpendapat bahawa Allah (S.W.T.) telah menciptakan tujuh lapis langit serta tujuh lapis bumi pada hari Ahad. Jika anda hendak memulakan dan membangunkan sesuatu, maka, lakukanlah pada hari Ahad kerana pada hari itulah Allah (S.W.T.) menciptakan langit.
Isnin
- Allah (S.W.T.) menciptakan matahari dan bulan pada hari Isnin. Jika anda hendak bermusafir, bermusafirlahlah di pagi Isnin semoga anda selamat dari segala malapetaka yang mungkin berlaku.
Selasa
- Selasa pula diciptakan pula bintang-bintang. Jika anda hendak berbekam, berbekamlah pada hari Selasa kerana sememangnya hari tersebut sesuai untuk menumpahkan darah.
Rabu
- Lautan dan sungai diciptakan pada hari Rabu. Jika anda hendak meminum ubat, minumlah pada hari Rabu kerana hari itulah dijadikan air.
Khamis
- Diciptakan pula syurga dan neraka. Pada waktu yang sama, Allah (S.W.T.) menjadikan manusia sangat menginginkan masuk syurga dan gentar dimasukkan ke dalam neraka. Orang yang hendak mengharapkan kebaikan manusia hendaklah dilakukan pada hari ini. Jika anda hendak meminta sesuatu kepada manusia mintalah pada hari Khamis kerana pada hari tersebut merupakan hari yang baik untuk memetik hasil.
Jumaat
- Penghulu segala hari. Adam dan Hawa diciptakan pada hari Jumaat. Oleh sebab itu, hari Jumaat adalah hari kebesaran Islam.
Sabtu
- Hari Sabtu merupakan hari kemuliaan bagi Nabi Musa a.s.. Sesungguhnya, hari yang baik untuk berburu adalah pada hari ini.
p/s : Menghayati buku adalah jambatan yang memisahkan antara kejernihan dan kejelikan. Sejarah terbina atas landasan ilmu yang diamalkan secara peradaban. Masa dan hari yang berlalu mempunyai nilai etika dalam fenomena dunia. Pengalaman mengajar erti kehidupan. Bermuhasabahlah wahai teman. Insaflah bahawa kerdilnya kita di alam fana ini.
Wednesday, October 15, 2008
MiGGu SuKaN kat IPDa...
antara member-member se"team" hoki.....
salam lebaran,
13-16 Okt ipda ada gak wat karnival sukan...
byk game yg dipertandingkan misalnya, bola sepak, bola tampar, hoki, bola jaring...dll
wat pertama kalinya aku duk main hoki...
x pernah pun aku main hoki...
dulu kat sekolah pun aku cuma main kriket, bola tampar, basketball, catur...
or ape-ape jer ar permainan ngan tangan....
kalau bab-bab permainan dgn kaki nie yg payah ckit nie...
semalam gak aku ade main bola sepak 9 sebelah...
kira enjoy ler gak....dpt gak kuar peluh...
tp, yang bestnya semua game aku kalah....
asyik telur ayam jer...
well, firsttime ler kononyer... (jawapan skeptikal...)
teringat main guli time kecik-kecik dulu...
haha...ade kaitan ker?
p/s : apa-apa pun setiap pasukan perlu ada semangat kesukanan. Jgn ada sikap mementingkan diri. Korang pun tau apa kesannya...tepuk dada tanyalah minda, tepuk dahi lu pikir ler sendiri....
Saturday, October 11, 2008
PiDaTo....!
"Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"
“Ayah….Ayah…. Di mana rumah kita? Ayah…. Ayah…. Di mana jiran kita? Ayah…. Ayah…. Di mana adik-adik saya? Ayah… Ayah… Di mana ayah?” Mungkin, inilah luahan hati seekor anak ular tedung selar yang telah kehilangan habitat akibat pembangunan.
Pembangunan adalah sebahagian daripada perkara yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Atas nama pembangunan, saban waktu kita melihat keadaan semula jadi di muka bumi ini terpaksa dikorbankan sedikit demi sedikit, demi apa? Demi mengejar seribu impian yang terkandung dalam istilah pembangunan.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan keadilan, semestinya, saudara penjaga masa Yang setia dengan randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam pertemuan. Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan pula membuat tarian salsa dan bukan juga mengalunkan irama pop yeh yeh akan tetapi menyampaikan pidato saya iaitu penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama. Di sini saya akan mengungkap beberapa persoalan yang bersangkutpaut dengan pelestarian alam sekitar tanggung jawab bersama.
Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, jika kita lihat tajuk pidato ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'tanggungjawab bersama'. Saya akan pecahkan tajuk saya ini kepada tiga kompenan utama. Yang pertama akan saya kupaskan punca-punca kemusnahan alam sekitar, keduanya kesan-kesan kemusnahan alam sekitar dan seterusnya mencari jalan alternatif dalam melestarikan alam sekitar. Semuanya tidak lain dan tidak bukan bertunjangkan tema penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama.
Sidang pendengar yang penuh santun,
Kompenan saya yang pertama adalah punca-punca kemusnahan alam sekitar. Kemusnahan terhadap alam sekitar terjadi angkara perbuatan manusia yang tidak mematuhi peraturan atau rang undang-undang mahupun kaedah yang selamat dalam aktiviti kehidupan seharian. Tindakan tersebut itu dikaitkan dengan sikap ingin mengaut keuntungan maksimum dan mengurangkan bebanan kos yang ditanggung. Peraturan soal kebersihan dan menjaga alam sekitar ada dibincangkan dalam kitab-kitab feqah yang menandakan amalan ini penting dalam ajaran islam. Pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak dan haloba. Kata-kata yang terlalu besar ertinya ini membuatkan saya cukup terpanggil mengajak saudara dan saudari sama-sama memikirkan alam sekitar kita.
Terdapat segelintir individu bersikap tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan yang merobek keindahan alam sekitar seperti membuang sampah, sisa toksik dan agen pencemar alam secara tidak mematuhi piawaian yang ditetap pihak kerajaan sekaligus menyebabkan keindahan alam sekitar tercabul. Tindakan buruk itu bukan sahaja menyalahi undang-undang negara, bahkan satu perbuatan berdosa di sisi agama. Ajaran Islam menegah umatnya melakukan perbuatan yang diketahui mendatangkan kesan buruk, tidak kiralah kecil atau besar sesuatu kesalahan itu. Individu yang tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu berdasarkan mana yang lebih mudah dan menguntungkan mereka. Soal keburukan dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak lain atau masyarakat tidak pula dikisahkan. Hal ini umpama jari-jari liar yang rakus menerkam mangsanya. Batu dilontar ke depan, tangan disorok ke belakang. Yang konon-kononnya terlalu sarat, terlalu berat untuk difikirkan bersama. Menyesakkan nafas orang yang melihat. Manusia…oh, manusia….oh, manusia!
Sidang pendengar yang setia,
Kita terus meneroka dengan komponen kedua saya iaitu kesan-kesan kemusnahan alam sekitar. Dipetik dari Malaysia Today, para akademik mendapati bahawa dua pertiga daripada ekosistem yang seimbang yang dikaji, telah mengalami kerosakan di tangan manusia sepanjang setengah abad yang lalu. Wilayah tanah kering di dunia, yang mewakili 41 peratus permukaan tanah di bumi, telah begitu teruk dimusnahkan, namun, di sini jugalah populasi manusia telah berkembang dengan begitu pesatnya sejak tahun 1990-an. Sepanjang 50 tahun yang lalu, manusia telah mengubah ekosistem dengan pantas dan meluas berbanding mana-mana waktu dalam sejarah manusia, kebanyakannya bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk makanan, air bersih, kayu balak serta keperluan yang lain. Seluruh akibatnya, hanya kini, kian nampak jelas. Lebih kurang 15 dari 24 ekosistem yang utama bagi kehidupan atas bumi telah mengalami kerosakan yang serius. Sebuah ekosistem ditakrifkan sebagai sebuah kompleks yang dinamik mengandungi tumbuh-tumbuhan, binatang dan mikroorganisma yang membentuk unit fungsi bersama persekitaran benda bukan hidup yang dapat wujud bersama.
Sememangnya sektor pertanian menjana pendapatan negara dan merupakan sumber pendapatan yang terpenting. Namun begitu, peningkatan nutrien buatan manusia dalam persekitaran telah membawa kepada peningkatan alga. Ini akan mengurangkan oksigen bagi hidupan akuatik dan juga menghasilkan bahan toksik yang membahayakan air untuk diminum. Hal ini disebut eutrofikasi yang disebabkan cahaya matahari tidak dapat menembusi dasar air akibat pengumpulan alga di atas permukaan air. Maka, tumbuhan akuatik tidak dapat menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan oksigen sekaligus menyebabkan hidupan akuatik di ambang kepupusan. Terumbu yang didominasi oleh batu karang kini dengan tiba-tiba berubah kepada dipenuhi alga, yang telah bertambah disebabkan bertambahnya kadar nutrien yang turun dari sumber-sumber dari darat. Banyak terumbu karang di Jamaica kini didominasi oleh alga. Sekali lagi, hidupan akuatik diancam kepupusan akibat kemusnahan habitat.
Sidang saksi yang bermisi,
Sudah banyak kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh masyarakat dunia akibat masalah pencemaran. Isu pencemaran alam merupakan masalah peringkat global yang turut melanda negara seluruh dunia. Mungkin sesebuah negara itu telah, sedang dan akan mengalami krisis ini. Kegagalan sesbuah negara menangani alam sekitar turut melepasi sempadan negara apabila kesannya turut dirasai di negara lain. Maka, sudah tentulah isu alam sekitar sering menjadi duri dalam daging hubungan dua negara yang berjiran. Sedekad lalu, masyarakat dunia heboh dengan masalah penipisan lapisan ozon. Kejadian itu selalu menjadi igauan ngeri bagi generasi kini dan akan datang. Generasi kini merupakan pencetus generasi akan datang. Lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung (UV) disebabkan pelepasan gas-gas berbahaya secara tidak terkawal. Melepaskan unsur pencemaran sememangnya tidak dapat dielakkan. Aktiviti harian manusia sudah pasti tidak lepas daripada menghasilkan bahan buangan. Kita makan dan menghasilkan najis, bekas pembalut makanan menjadi sampah, menhidupkan enjin melepaskan asap dan sebagainya.
Namun, apakah tindakan kita? Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan misteri. Kita teruskan dengan komponen ketiga saya iaitu kempen melestari alam sekitar. Sebenarnya, kempen ini bukannya bertujuan menyusahkan, membebankan mahupun melecehkan hadirin sekalian tetapi bertujuan mencari alternatif meminimumkan kesan daripada aktiviti tersebut. Sebenarnya krisis alam sekitar bukannya suatu isu yang boleh dianggap remeh. Di peringkat global, pelbagai perbincangan khusus yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi negara seluruh dunia. Deklarasi demi deklarasi telah dibuat mengenai tatacara dan usaha mengatasi masalah ini. Memang tidak dinafikan, semua pihak sedar kepentingan menjaga alam sekitar.
Bagaimanapun, perkara yang agak menyedihkan apabila negara maju yang sedia kita tahu yang sebenarnya lebih banyak menyebabkan masalah alam sekitar ini mengambil jalan mudah menunding jari terhadap negara membangun sebagai punca berlakunya masalah alam sekitar. Sebagai contoh, negara Amerika Syarikat merupakan penyebab 20% kesan rumah hijau dunia. Negara maju lebih gemar menyalahkan aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah sebagai punca masalah alam sekitar. Justeru, negara maju cuba menghalang atau memulau hasil kayu seperti perabot yang dihasilkan daripada negara membangun sebagai ugutan berlapik bagi menutup mulut negara membangun. Memang sukar untuk negara membangun menegur dan memperbetulkan sikap buruk negara maju. Maka, langkah yang mampu diambil ialah tindakan yang dilakukan di dalam negara sendiri.
Ramai yang beranggapan bahawa pencemaran secara besar-besaran sahaja boleh mencemarkan alam sekitar. Namun, hakikatnya memang berbeza seperti yang difikirkan. Saya bawakan contoh membuang puntung rokok dan kertas pembalut gula-gula juga perbuatan mencemarkan alam sekitar. Biarpun kecil, tetapi sekiranya jumlahnya berlipat kali ganda tetap mencemarkan alam sekitar. Acapkali kita lihat tempat-tempat seperti perhentian bas, tandas awam dan sebagainya kelihatan agak kotor disebabkan benda-benda kecil ini. Sebenarnya, setiap antara kita mempunyai peranan untuk melestarikan alam sekitar biarpun perkara itu dianggap remeh. Jangan disebabkan benda remeh ini, kelak membawa binasa kepada seluruh komuniti masyarakat.
Hadirin sekalin, sidang penonton penuh santun,
Harus dikejut mana yang lena
Harus ditegur mana yang alpa
Sebelum manusia ditimpa bencana
Sebelum alam mulai bicara
Jika dikaji antara flora dan fauna tidak boleh dipisahkan. Asimilasi ini bagai isi dengan kuku, bagai irama dengan lagu, bak aur dengan tebing. Oleh itu, hutan ditebang, hutan dimusnahkan, hutan diterokai untuk pembangunan sudah pastilah haiwan-haiwan akan pupus. Tidak hairanlah hadirin sekalian, jika satu hari, monyet-monyet, harimau-harimau mahupun gajah-gajah ingin berumah bersama kita. Bahkan jangan terkejut sekiranya cucu cicit kita mengatakan beruang panda itu, pokok yg tumbuh melilit di tepi pagar. Seterusnya, ledakan bom jangka ketiga ini umpama ledakan bom jangka pada generasi mendatang.
Oleh itu, hadirin, bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan anjakan paradigma dan menanamkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat, alam gemilang, hidup pasti cemerlang. Jadi, anda bayangkan andainya alam boleh berkata-kata mungkin inilah luahan rasa sebatang pokok meranti ataupun rintihan seekor semut api merah. Konklusinya, manusia yang mengancam Manusia sendirilah turut terancam. Persoalannya, untuk mengejar sesuatu kemajuan. Haruskah alam menjadi taruhan? Timbang-timbangkan agar bom jangka ini tidak terus-terusan meledak seperti ledakan tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan dan taufan Katrina dan Wilma di Amerika. Tepuk dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah sendiri. “Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, Wabillahitaufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh. Pemidato bestari, mohon permisi!
salam kepada semua teman...
ini teks pidato yang aku buat...
jadi, harap-harap korang boleh manfaatkan teks nie....
aku bukanler pemidato sekolah, jadi byk kelemahan dlm penghasilan pidato nie...
terima kasih wat member-member yang banyak membantu...
harap semua dapat berkongsi ilmu...
p/s : cintai alam sekitar....! Salam lebaran gak wat semua!
perhatian : harap tolong maklumkn kpd penulis skiranya korang nak guna pidato...
bknler niat nk mgharap balasan....
itupun sudah cukup memadai sbgi tnda apresiasi...
tp, kalau boleh tlg elakkan penggunaan pidato ini untuk assignmnt mahupun pertandingn...
editler yg mana patut...
hanya sekadar rujukan...
elakkan plagiat....
utamakan yang asli...
SaLam LeBAraN....
Assalamualaikum semua...!
dah lama rasanya aku tak update blog nie...
mungkin sebab kekangan masa yang agak terhad....
Di kesempatan ini,
aku cuma nak ucapkan salam lebaran kepada semua...
maaf zahir dan batin...
minta maaf kat semua...
moga korang semua berbahagia selalu....
p/s : Hari ini, aku ngan roomate aku gotong royong bersihkan bilik...
bersihkan sawang labah-labah, lap tingkap, mop lantai dan lain-lain. Yang pentig semua dah bersih. Harap-harap takde ler lagi anai-anai kat bilik kitorang....
Apa yang penting?....KERJASAMA (mcm citer wonder pets plak..!)
Monday, September 1, 2008
Ramadhan
Salam semua!
ramadan atau ramadhan?
x kisah ar.....
apa-apa pun kita bersua jua dengan bulan yang mulia....
moga-moga bulan ni menjadi bulan tarbiah kepada kita...
kepada teman-teman sekalian...
jangan pulak korang lupa niat puasa...
nanti, anak-anak kita tanya x ke segan?
ikuti dialog ini,
anak : Abah, esok dah start pose?
abah : Tentulah....
anak : Pose kena ada niat ke?
abah : Tentulah....
anak : Abah boleh ajar bacakan niat pose?
abah : Tentulah....
anak : Macam ne?
abah : Tentulah....
anak : Abah tahu ke tak?
abah : Tentulah....
anak : Abah....?
abah : Tentulah abah tahu.....dah, kamu banyak soal plak. Pi, tanya emak ang!
More RAMADHAN graphics
Thursday, August 21, 2008
NASIHAT DALAM KEHIDUPAN
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
p/s : perkongsian ilmu -ayuani-
p/s : perkongsian ilmu -ayuani-
Friday, July 18, 2008
Lelaki Oh..... Lelaki !!!
LELAKI........
seorang LELAKI umpama,
sekuntum bunga ditaman,
segar mewangi dipelosok dunia,
setulus kasih sesuci embun.
lembut LELAKI kerana tutur katanya,
patuh LELAKI kerana setianya,
cekal LELAKI kerana beraninya,
sabar LELAKI kerana imannya.
kasih LELAKI kerana belaiannya,
lemah LELAKI kerana air matanya,
ikhlas LELAKI kerana simpatinya,
dendam LELAKI kerana cemburunya,
sayang LELAKI kerana sifat keibuannya..
p / s : setiap orang ada kelebihannya.....
cuma ada yang menyalahgunakannya.....
fikir-fikirkan..................
p / s : setiap orang ada kelebihannya.....
cuma ada yang menyalahgunakannya.....
fikir-fikirkan..................
Friday, June 13, 2008
Kisah Nabi Nuh a.s
Dikhabarkan dalam musnad bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda, bermaksud,
"Semoga Allah merahmati saudaraku Nuh a.s. yang asal mula namanya adalah Yashkur. Akan tetapi, oleh sebab baginda sering menangisi kesalahannya, Allah (s.w.t.) mewahyukan kepada beliau, 'Oleh sebab rintihanmu, maka namamu Aku ganti dengan Nuh.' "
Para sahabat bertanya,
"Kesalahan apakah yang dilakukan Nabi Nuh sehingga menangis berpanjangan?"
Rasulullah (s.a.w) menjawab,
"Penyebabnya ialah dalam suatu perjalanan, Nabi Nuh a.s. melihat seekor anjing, lalu terdetik dalam hatinya 'alangkah buruknya anjing itu' kemudian Allah (s.w.t) memerintahkan baginda supaya menciptakan sesuatu yang lebih baik daripada itu."
Pernah tak kita terlihat sesuatu perkara, atau peristiwa atau benda yang kurang cantik fizikalnya? Ataupun, mungkin jua terdetik di hati kita untuk mengata akan keaiban seseorang?
Sebagai contoh, apabila kita melihat sesorang yang miskin dan berpakaian lusuh, terdetik dalam hati kita "Ish, teruknya orang nie atau Jijiknya.....dll".
Bagaimana manusia nak berbangga dengan diri sendiri sedangkan hukum atau asal usul kejadian manusia hanyalah bermula dari nuftah (air mani) dan akhirnya kita akan menjadi iffah (bangkai atau mayat) ?
Jadi, renungkanlah diri kita......
adakah kita nie layak nak berbangga diri?
p/s : sifat takbur adalah tercela bagi makhluk-Nya
Wednesday, June 11, 2008
AnaLiSA......tanyalah pada DIRI !!!
utk kawan2
Message: mudahan2 menyedarkan kita
Zaman skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama ............ "
Bertudung labuh ayu sentiasa,
Ikhlas atau peraturan semata;
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula
Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar
Dulu cakap ngan laki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,(especially kt Friendster,myspace,facebook...dll)
"rasa malu tu campak pi Thailand ka?"
Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema
Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran bagaikan nak gila
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."
pantun nie diperoleh dari seorang teman......
kalau korang semua kaji, banyak perkara tu mungkin pernah kita lihat, rasai atau alami sendiri.
adakah kita nie merupakan salah seorang daripada golongan yang dinyatakan dalam pantun nie?
jawapannya, mungkin iya....atau mungkin jua tidak.....
cuba kita kaji diri kita.....(post-mortem ar ckit)
maka, terpulanglah bagi individu untuk menilainya....
tepuk dada, tanyalah diri!
Movie maker nie aku buat mudah-mudahan korang dapat fahami mesej melalui lirik yang ingin disampaikan... movie maker nie aku wat pendek ckit dari lagu asal....
kalau korang nak dengar lagu yang panjang......korang boleh cuba cari....
Lagu nie bertajuk "analisa" kumpulan shoutul-amal.....
walaupun kumpulan nasyid agak kurang terkenal berbanding kumpulan nasyid yang lain tapi lagu-lagu dari kumpulan nie boleh tahan gak....
Harap korang dapat hayati lagu nie....
p/s : antara lagu nasyid yang aku minat
Message: mudahan2 menyedarkan kita
Zaman skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama ............ "
Bertudung labuh ayu sentiasa,
Ikhlas atau peraturan semata;
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula
Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar
Dulu cakap ngan laki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,(especially kt Friendster,myspace,facebook...dll)
"rasa malu tu campak pi Thailand ka?"
Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema
Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran bagaikan nak gila
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."
pantun nie diperoleh dari seorang teman......
kalau korang semua kaji, banyak perkara tu mungkin pernah kita lihat, rasai atau alami sendiri.
adakah kita nie merupakan salah seorang daripada golongan yang dinyatakan dalam pantun nie?
jawapannya, mungkin iya....atau mungkin jua tidak.....
cuba kita kaji diri kita.....(post-mortem ar ckit)
maka, terpulanglah bagi individu untuk menilainya....
tepuk dada, tanyalah diri!
Movie maker nie aku buat mudah-mudahan korang dapat fahami mesej melalui lirik yang ingin disampaikan... movie maker nie aku wat pendek ckit dari lagu asal....
kalau korang nak dengar lagu yang panjang......korang boleh cuba cari....
Lagu nie bertajuk "analisa" kumpulan shoutul-amal.....
walaupun kumpulan nasyid agak kurang terkenal berbanding kumpulan nasyid yang lain tapi lagu-lagu dari kumpulan nie boleh tahan gak....
Harap korang dapat hayati lagu nie....
p/s : antara lagu nasyid yang aku minat
Wednesday, June 4, 2008
KaPeL BaNYaK MaNFaat.....?
>> 1] seronok [DAPAT FITNAH] glemer tau. glemer dgn mende x baik
>> 2] seronok [DAPAT DOSA] bincang masalah masing2 macam orang dah kahwin la pulak.uhuk2!
>> 3] seronok [DAPAT GENG NGAN SYAITAN]
>> 4] dapat meluahkan masalah [ALLAH KAN ADA]..luah jangan x luah
>> 5] banyak habis duit [LEBIH BAIK GUNA UNTUK SEDEKAH] x kurang juga y habiskan duit beli prepaid & bayar bil tepon y melambung2..masuk tenet duk berjam2
>> 6] banyak risau [TAKUT AWEK KITA ORG LAIN KEBAS BERAPA KALI DAH MISS SOLAT PASAL DOK ASYIK BERDATING X PULAK RISAU ..] yups kalau solat pun macam lipas kudung sbb takut awek majuk..ihik3!
>> 7] banyak termenung & senyum sendiri [PASAL INGAT PERISTIWA RIANG NGAN AWEK..KITA SEBAGAI MUSLIM PATUTNYA BANYAK MENGINGATI MATI Y BOLEH DTG BILA2 MASA..] kadang2 muram sebab bergaduh ngan awek..padan muka!!
>> 8] lebih mengutamakan awek daripada org lain [HIDUP DALAM DUNIA SENDIRI, DYA & AWEK DYA..LAIN DAH X KISAH..] sanggup utamakan awek..serius gler bila kita terserempak dya duk dating..kita macam nak telan jer..renggang dgn kawan2 coz kapel..>>
9] menepati masa & janji [TAKUT AWEK MARAH/SAKIT ATI/MAJUK..SOLAT FARDU LEWAT X TAKUT PULAK..] fuuyo0oooo!!>>
10] lain2 lg y memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada PAHALA.
sumber : friendster group [geng tak nak kapel]
p/s : merupakan salah seorang ahli group tersebut.
Tuesday, June 3, 2008
BaRaNGKaLi
BaYAngkAn....AndA DikRitIK DenGAn hEbAt...
SEdAngKAn AndA dAh Wat sESuatU yg Hebat....
mgkin anda mahu mengalah sedangkan anda ingin melakukan. Bkan menjadi suatu kesalahan utk melakukannya tapi.... aDeR JeR ganguan.
barangkali,
aku perlu berubah
barangkali,
aku perlu bertanya
barangkali,
aku perlu membiarkan
pabila bertiup ke kanan, ke kanan ar aku
pabila bertiup ke kiri, ke kiri ar aku
mengapa ini berlaku
hanya terdapat satu jawapan
iaitu
dunia ini terlaku banyak kebarangkalian
percayalah!!!!
barangkali
p/s : sajak aku nie....
SEdAngKAn AndA dAh Wat sESuatU yg Hebat....
mgkin anda mahu mengalah sedangkan anda ingin melakukan. Bkan menjadi suatu kesalahan utk melakukannya tapi.... aDeR JeR ganguan.
barangkali,
aku perlu berubah
barangkali,
aku perlu bertanya
barangkali,
aku perlu membiarkan
pabila bertiup ke kanan, ke kanan ar aku
pabila bertiup ke kiri, ke kiri ar aku
mengapa ini berlaku
hanya terdapat satu jawapan
iaitu
dunia ini terlaku banyak kebarangkalian
percayalah!!!!
barangkali
p/s : sajak aku nie....
Monday, June 2, 2008
Sunday, June 1, 2008
SeMesTeR BrEaK...?
Salam....
Semester break?
best ker......
tapi apa yang aku dah buat sepanjang semester break nie?
ape-ape pun,
aku takdelah buang masa sangat
ada gak benda yang aku buat.....
kekadang ade gak yang negatifnya...
antaranya:-
- mengajar kelas pada waktu malam
- buat motivasi kat budak-budak sekolah
- buat tayangan multimedia.....(movie maker jer)
- jumpa ngan member lama wat gathering
- online non-stop
- makan, tidur, tv
- main game jer....
jadi, bagi sesaper nak bagi hadiah hari jadi......
aku cadangkan korang wat tayangan multimedia...
mesti member korang hepi punyer.....
aiseh gune jer ape-ape perisian.....adobe, powerpoint, flash, moviemaker....dll.
korang pun dpt isi masa lapang...
tak gitu?
p/s : tengah cuti sem ker?
Subscribe to:
Posts (Atom)